Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 : Nak Tarik Pelanggan

Trend pemasaran dan pembelian pengguna telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Lebih ramai pengguna mendapatkan info daripada online dan ini sekaligus mempengaruhi cara mereka membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Jadi golongan usahawan perlu berubah dan menggunakan platform online untuk memastikan bisnes mereka terus meningkat dan kekal relevan dalam pasaran. Situasi ini diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok, yang menyedari betapa pentingnya untuk para usahawan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini terutamanya dalam aspek pemasaran yang lebih kepada online. Justeru itu, Najib Asaddok yang terkenal sebagai Pakar Pemasaran Online di kalangan usahawan tempatan kini melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum dan akan membantu 50,000 usahawan terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan supaya dapat memahami ilmu pemasaran online dan menarik ramai pelanggan.

Objektif utama kempen ini adalah membantu usahawan memahami strategi bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara online, menarik ramai pelanggan & meningkatkan jualan. “Ramai lagi usahawan yang masih belum gunakan PEMASARAN ONLINE sedangkan cara ini boleh bantu mempercepatkan perkembangan bisnes mereka. Dengan Formula Online Rocket Marketing kami, kempen pemasaran mereka akan lebih berkesan, jenama mereka akan lebih dikenali dan jualan mereka akan meningkat berkali ganda.” “Menurut laporan Hootsuite yang terkini, seramai 24 juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini adalah satu peluang besar yang patut usahawan rebut dalam usaha memperkenalkan produk atau perkhidmatan mereka,” kata Najib dalam satu sidang media khas Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 – Nak Tarik Pelanggan. Menurutnya lagi, angka 50,000 dipilih bersempena dengan ulang tahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd pada tahun ini. Momentum Internet mempunyai misi membantu seramai 50,000 Usahawan di Malaysia untuk membina bisnes dan menaikkan jualan mereka melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM1 sahaja.

img_0194Buku Roket Pemasan Momentum

“Sasaran Momentum Internet adalah golongan yang telah menjalankan perniagaan. Mereka terdiri daripada Usahawan, Pemilik Bisnes, Pengasas Produk, Jurujual, Stokis dan Ejen. Kami juga fokuskan 5 jenis industri untuk dibantu seperti Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Perkhidmatan,” katanya. Sejak 2015, Momentum Internet telah membantu lebih 38,000 usahawan di seluruh negara melalui siri kelas dan seminar, dan lebih 20% telah mereka bantu melalui kelas lanjutan. “Peratusan yang berjaya dibimbing boleh dikatakan subjektif. Kami percaya dengan formula yang diajar kepada mereka dan peratusan berjaya lebih meningkat kerana telah terbukti dengan ramai usahawan yang kami bantu berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama mereka dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan,” katanya. Beliau turut meraikan wakil media dan bloggers yang hadir dengan majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya.

Siapa Najib Asaddok ?

Bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok juga seorang usahawan internet sejak 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting serta berpengalaman dalam dunia jualan sejak 2005 yang membantu kejayaan beliau dalam bisnesnya hari ini. Lebih 38,000 usahawan telah dibantu oleh beliau dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada usahawan untuk melebarkan sayap melalui pemasaran online. Melalui kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai RM1 juta pertama dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Beliau pernah juga banyak membantu usahawan melalui siri latihan online di Facebook, Youtube dan siri e-mel kerana beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, KESUNGGUHAN dan sifat BERSERAH kepada Allah SWT. Tugas kita sebagai manusia hanya LAKUKAN sahaja secara konsisten capai kejayaan.

img_0202Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd

Momentum Internet Sdn. Bhd.

Momentum Internet Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat yang ditubuhkan pada 07 Februari 2014, beralamat di 288, Jalan Lambak, 86000 Kluang, Johor. Penubuhan syarikat Momentum Internet Sdn Bhd bertujuan membantu usahawan dan bisnes menggunakan sepenuh potensi pasaran online dengan hanya beberapa klik di internet. Kami percaya gabungan antara teknologi dan sentuhan emosi manusia mampu membantu melonjak jualan syarikat mereka ketahap yang lebih baik dari sebelumnya.
Momentum Internet Sdn Bhd sangat optimis untuk memastikan lebih ramai usahawan dibantu dari segi ilmu, teknik dan strategi untuk perniagaan mereka agar dapat mencapai sasaran jualan sekurang-kurangnya 300%.
Visi syarikat memastikan produk utama iaitu SISTEM, LATIHAN, COACHING BERTERUSAN, PENERBITAN & KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN sentiasa dikemaskini.
Demi memastikan ini dapat dicapai maka syarikat sentiasa memperkemaskan sistem dan struktur yang lebih bersistematik serta membangun bersama trend teknologi terkini.
Sasaran syarikat menjelang 2023 adalah jualan tahunan RM100 juta setahun, profit 60% dari jualan, mempunyai 100 team terlatih serta mempunya sebuah Menara Momentum Internet di Kluang Johor. 3 Akademi Training juga telah berjaya ditubuhkan dan sentiasa diperkasakan fungsinya serta memiliki 30 orang trainer terlatih. Syarikat juga bersedia untuk disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.
Syarikat mensasarkan untuk menguasai pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei di mana fokus adalah kepada sasaran pelanggan iaitu golongan usahawan dan pemilik perniagaan. Pelanggan ini terdiri dari kalangan usahawan berumur 25-44 tahun samada lelaki atau wanita. Syarikat memfokuskan kepada mereka yang terlibat dlm industri Fesyen, Makanan, Kesihatan, Kecantikan dan Servis.
Mereka yang dibantu adalah mereka yang sangat komited nak mencapai sasaran jualan, bersedia untuk dilatih dan mengutamakan disiplin. Syarikat kami sangat unik di mana kami mengutamakan sistem yang mesra usahawan, berteknologi tinggi dan mampu disesuaikan di banyak negara yang kami fokuskan.
Produk kami terdiri daripada sistem, latihan, coaching, apps, customer management system dan penerbitan bahan2 pemasaran online. Syarikat menggunakan kaedah online integrated marketing menggunakan fbads, email marketing dan kaedah referral.
Pekerja pula terdiri dari mereka yang sangat berintegriti, jujur, menjaga amanah dengan Allah dan sangat passion menambah nilai kepada pelanggan kami. Mereka juga sentiasa dilatih mempunyai daya fikir tinggi, mampu buat keputusan dengan tepat, mesra pelanggan, cekap ,memimpin dan mengutamakan pelanggan.
Syarikat sentiasa menekankan kepada nilai kekeluargaan di mana kami percaya mereka yang menjaga keluarga pasti dapat memimpin dengan baik. Selaras dengan itu latihan kepimpinan serta keluarga menjadi latihan utama kepada syarikat demi memastikan objektif akan dicapai.
Nilai kesyukuran juga sentiasa ditekankan supaya team menjadi orang yang menghargai apa yang mereka miliki sepanjang masa. Kami juga komited memberi nilai dan sumbangan kepada anak-anak yatim dari segi pendidikan serta kebajikan mereka. Semua team sangat memahami visi ini dan memberikan komitmen sepenuh hati mereka.

img_0211Bersama usahawan tempatan

#roketpemasaran
#naktarikpelanggan #internetmarketing #marketing #internet #NajibAsaddok #momentuminternet #marketingstrategy
#internetmarketinglifestyle #internetmarketingtips #internetmarketingtraining #internetmarketinglife #internetmarketingagency #internetmarketingcourse #internetmarketingconsultantservices #internetmarketingtools #internetmarketingpodcast #internetmarketingtipp #internetmarketingstrategies #internetmarketingsuccess #internetmarketingonline #internetmarketingagencies #internetmarketingcoach #internetmarketingcompany
#encikpink #haluutv #timurbarat #lirikancahaya #mediaavenue #malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s