Me Famiglia Italian Restaurant

Ok. kali nie gua nak pet pat pet pot tentang restoran italian style iaitu Me Famiglia Italian Restaurant. Well.. lokasi restoran nie kat area Kepong. Nak cari kedai nie landmarknye mudah aje.Nampak je AEON Big Kepong, restoran tue kat belah belakang AEON Big tue je.

untitled-1Kedudukan Me Famiglia Italian Restaurant

Well… nama pun ada iras itali, sudah tentunya kita akan terbayangkan pizza dan speghetti. Masuk je dalam restoran, most of the staff akan greet.

img_4547Ruang dalam kedai.

So, gua disapa oleh manager kedai tue.. dan since takde orang time kiteorang sampai… kiteorang bebas nak lepak meja mana. Dan nak best lagi, manager restoran cakap.. order je apa sahaja.. Wow.. awesome.. mesti ar nak order yang menu paling mahal kan. hahahaha…

img_4535Buku menu yang besar gedabak giler.. memula agak blur nak pilih yang mana.

Antara menu² yang jadi pilihan.

So, antara menu yang gua order adalah :

  1. Brushetta option B
  2. Soup of the day
  3. Baked Lamb Shank
  4. Classico e’Tiramisu
  5. Pizza tuna
  6. Italian soda Blackcurrent

Nak tunggu makanan sampai pun tak lama. Sebab diorang hidangkan by course satu persatu. First yang sampai adalah soup of the day. Dalam erti kata mudahnye.. mushroom soup le..

img_4552soup of the day

Well… gua pun bedal la mushroom soup tue.. Wow.. rasa lain dari soup komersil di pasaran. Rasanya yang tebal. How to say eh! “bahan” dalam tue pun banyak. ermm… conclusionnya yang gua dapat buat… inilah bezanya restoran seperti ini dengan konsep makanan komersil kat luar sana seperti pizza hut dan dominos pizza. Memang Me Famiglia Italian Restaurant buat makanan focus niche.

Nota kaki : anak gua yang follow tambah sepinggan lagi.

Next course ialah Brushetta option B

img_4565Brushetta  yang diletakkan mushrooms dan mozzarella cheese

Peh.. meleleh siot cheese tue.. nak plak dapat makan panas². Cicah plak dalam mushroom soup tue… peehh….. nikmat ya amat…Memang padu ar makanan diorang.

Tak lama kendian, Bake Lamb Shank pun sampai.

img_4569

Weh.. ape yang menggunung nie beb.. ala.. matilanak nak abeskan….rupanya yang menggunung tue … daging kambing yang disadur dengan sos campuran sayur. Memula makan gua ingatkan gua makan ayam coz gua sendiri pun dah lupa apa yang gua order. Ingat ayam coz bila sodok daging tue.. lembut mudah cerai daging macam masak ayam. Bila manager datang ke meja terangkan makanan yang gua makan, baru gua perasan yang gua order Bake Lamb Shank. Langsung gua tak perasan gua makan daging kambing. Lembut macam makan daging ayam. Mengikut kata manager kedai, rupanya daging kambing tue dimasak selama 8 jam dulu. Peh. cam nie hasilnya daging kambing. Bila disadur dengan sos campuran sayur tue.. rasa manis sayur skit.  Puas hati makan coz easy ke mulut.hahahaha… tak perlu la nak susah payah nak toreh daging tue. Memang “A” la Bake Lamb Shank tue..

Dari segi pricingnye pun…kalo kat luar sana, ada yang cecah RM 60-70 sepinggan macam nie.. tapi kat kedai diorang still affordable.

Tak lama kendian , pizza tuna pun sampai.

img_4573Pizza tuna selera anak gua.

Yang sebenarnya , tuna² nie gua tak layan sangat. Tapi sebab nak try rasa.. gua pun menketedarah la pizza tue nie. Yang magic nye …sorang dewasa dan sorang baru nak dewasa makan pizza cikonet macam gambar diatas…. lagi 2 slice tak dapat nak perabih. Ingatkan time sampai.. pizza besar nie bleh licin.. hakikatnya tak dapat nak perabih. Pelik bin ajaib. Nak kata gua kenyang sangat makan Bake Lamb Shank tue takde la jugak. Tapi tue la hakikatnya.

Menurut kata manager, setiap pesanan pizza .. diorang akan buat bila customer ready nak makan.

img_4555Pizza dimasak dari ketuhar kat tengah² tueh.

img_4580Pizza dari meja sebelah. uii.. lagi nampak sedap.

Sebagai pencuci mulut, pesanan Classico e’Tiramisu pun sampai

img_4583Classico e’Tiramisu

Dalam hati gua, mesti tak bleh beat kek macam secret recepie. Bila makan tiramisu diorang.. wow.. champion ooo… part paling gua suka ialah rasa chocolate-coffee yang kuat. Nak describe pun tak reti sebab hal rasa kan. Nak tak nak korang kena try sendiri ar.. Er.. nak tambah lagi boleh tak.. hahahaha…

Yang penting kat sinie, layanan dari restoran nie .. A la jugak. sembang ngan manager lek lek sembang macam kawan² . No barrier doe…

IMG_4587 edited.jpgSempoi manager kedai.

Ape2x pun.. memang satu kepuasan makan kat kedai nie.. Memang padu…makanan pun rasa berbeza dan rare dari italian style yang commercial yang lain.

#timurbarat #malaysia #kualalumpur #makanangin #makan #makanmakan #restaurant #encikpink #RakanMOTAC #rakanmotac #motoc #pelancongan
#food #foodporn #foodie #foodstagram #foodgasm #foodblogger #mediaavenue #lirikancahaya #foodlover #foodpic #foodies #foodoftheday #lunch #foodblogger #mefamiglia #foodaddict #italian #italianfood

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s