Travelogue : Taiping

Well, kali nie gua ngan team media pergi ke Taiping Perak untuk Sambutan 135 tahun Muzium Perak. Anybody know where is Muzium Perak is? Haa.. Muzium Perak tue sebenornye kat Taman Tasik Taiping , Taiping aje. Landmark mudah..ialah kalo nampak penjara Taiping.. ha..nak dekat dah tue.

Muzium Perak yang dimaksudkan.

Aaaii mok.. dah lama bebeno teman tak kesini. Seingat teman .. time kekecik dulu rajin le jugak singgah ke muzium tepeng nie…. Dah beso toben.. memang tak pernah jejak kaki pun kat sini.

Oh yea.. kalo korang tengok cerita Rock arahan Mamat Khalid, time diorang nyanyi lagi Dari Sinar Mata dari Bumiputera Rockers.. ada shot diorang nyanyi tue .. kat muzium nieh.

 Salah satu adegan dalam cite Rock!

Gua pun tak pasti le kenape dia ambik shot kat muzium le dibanteinye.. rasanya zaman rock² dulu.. port bebudak rock lepak kat situ² le kot.

So.. seperti yang dijanjikan dalam tentatif kiteorang berkumpul dulu di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Sebelum naik bas, jom bergambo sepam dulu.

Jam 2 lebey cam tue kiteorang pun sampai ke Muzium Matang. Kedudukannye takde le jauh sangat dari pekan taiping. Kalo korang nak makan mee udang Kuala Sepetang, mesti korang akan lalu kat Muzium Matang nieh.

Kedudukan Muzium Matang atau dikenali sebagai Kubu Ngah Ibrahim.

Bergambo lagi beramei².

So.. kat sini kiteorang diberi penerangan serba sedikit tentang Kubu Ngah Ibrahim. Ikutkan fizikal yang kiteorang tengok sekarang… rumah nie mirip kepada influence inggeris. Ikutkan cerita dari pihak muzium kubu/rumah asal dah takde.. so ..pihak inggeris develop new building yang kite nampak sekarang.

Muzium Matang yang dimaksudkan.

So, kat situ kiteorang dibawa tour dan diberi penerangan hal² berkaitan Muzium Matang tue..

Pengarah Muzium Matang kasi intro dulu

Staff Muzium Matang beri penerangan kat kiteorang.

Tapi kan.. mesti korang perasan ada gajah beso kat belakang pengarah muzium tue kan… Rupanya nama larut seperti Bukit Larut tue sebenarnya diambil dari nama gajah. Nama gajah tue Larut. Ikutkan kisahnye gajah tue le terjumpa dengan lokasi bijih timah.

Serpihan kapal terbang Jepun dipamerkan juga.

Kalo perasan kat benteng Muzium Larut tue.. ada benteng pagar batu tue.. hanya di’cover’ dengan pagar biasa aje. Sebenarnya rentangan pagar biasa tue..asalnya ada benteng pagar batu. Tapi time serangan tentera Jepun.. pesawat jepun baik punye landing langgar benteng batu tue… tue yang lompong aje.

Nampak agak besar kubu nie .. so samada British atau Jepun .. diorang jadikan markas

Yang nie gambaran yang kawasan kubu nie ada penjara.

Untuk lebih fun tour kat Muzium Matang nie.. ada sedikit pertandingan untuk kiteorang. Aktiviti pertama adalah game Musang Berjanggut. Game nie simple aje. Kiteorang diminta untuk asingkan rempah ratus dalam bungkusan. Sapo cepat abes asingkan, dia go next level.

Ha.. nie la bungkusan yang dimaksudkan.

Asing..jangan tak asingkan.

Next game ialah baling tin. Wah.. nie mainan time² kecik nie.

Tin disusun bertingkat.. dan apa lagi… hantam ar ngan bola.

Nampak macam senang kan? Tapi siyes.. gua debik tin tue.. langsung tak kena.. hahahaha..

Next game ialah baling kelapa. Lagi dahsyat.. dah la kelapa tue tak bulat sempurna… mampus… Gua try baling… tepat ke tengah tue dah memang tepat.. boleh plak cantik kelapa tue bounce fly atas dereta botol tue.. jibake toi ar..

Dua game gua baling… langsung tak hit… adekepatot.

Next game, baling guna kelapa.

Dah settle acara di Muzium Matang.. kiteorang move ke port penginapan iaitu di Hotel SL Traders Kamunting.

Kawasan lobby dan reception hotel.

Yes.. dah sampai bilik. Jom kita baring.

Malamnye plak kiteorang gerak ke Muzium Perak. Tak jauh pun dari hotel. So.. kat situ kiteorang jumpa ngan timbalan menteri jap.. dan makan malam.

Pemandangan hotel. Ada kerja cat kat kapei terobang tue.

Perut pun dah kenyang.. kiteorang pergi ke Zoo Taiping. Apo dibuek memalam kat Zoo Taiping eh jang.

Kedudukan Zoo Taiping yang memakan masa 4 minit aje dari Muzium Perak

Jom masuk

Bos Zoo Taiping greet kiteorang.

Serba sedikit pasal tour kat Zoo Taiping nie… untuk jalan malam nie dikenali sebagai “Night Safari” . Dibuat untuk beri option kepada pengunjung luar sana melihat lebih dekat haiwan yang tak nampak pada siang hari.. dan boleh dilihat aktif dimalam hari. Kunjungan lebih singkat iaitu masuk jam 11 malam hingga 1 pagi.

So.. alkisahnye.. kiteorang dibawa berjalan kaki oleh tour guide kami… dan diberi penerangan. Agak susah sebenarnye nak get spot haiwan pada malam hari nie. Sebabnya keadaan pokok dan semak yang gelap untuk mencari haiwan tersebut. Tapi yang bestnye tour malam nie takde le panas.. santai sejuk aje.

Agak berjarak sikit, kiteorang dibawa naik tram untuk melihat keseluruhan zoo tersebut. Tapi seriously…. besar kot zoo tue… Kalo jalan kaki memang pancit ooo nak tawaf tengok semua haiwan tue…

Nak ending tram tour tue.. kiteorang berhenti untuk melihat dan memberi makan badak air dan zirafah.

Acara beri makan sendiri badak air.

Peh.. massive tue badak air nie.. Dia punya taring tue.. besor kot. Kalo tertusuk kat betis.. pehh.. ibarat tertusuk dengan fork motor. Elok plak badak air nie menganga mulut tepi tebing menantikan makanan disuap dalam mulut.

Kasi makan zirafah

Yang zirafah tue plak.. jinak plak datang dekat menyondol makanan kat jari pengunjung. Sambil kepala kat tangan.. memasing ambil peluang usap kepala zirafah tue.. takde le plak zirafah tue tetiba lari ke..

Lepas puas tour.. kiteorang dijamukan sedikit supper malam nie. Ape² pun .. merasa le jugak night safari yang biasa dengar dari mulut² orang lain. Terima kasih kepada pihak Zoo Taiping kerana sudi aturkan setting tour malam nie.

Sesiapa nak helo² Zoo Taiping boleh hubungi 05 – 808 6577 atau layari http://www.zootaiping.gov.my/frame-aboutus.html untuk maklumat lanjut

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s