Marina Island Pangkor

Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia kerana menjemput pihak kami untuk review Marina Island Pangkor Resort. Dan tidak lupa diucapkan terima kasih juga kepada pihak resort kerana melayan kami dengan sebaik mungkin.

Btw, kepada pembaca luar sana yang tengah membaca artikel ini.. bila menyebut “Marina Island Pangkor Resort” tue .. yang sebenarnya lokasi ini terletak di pulau buatan manusia yang berdekatan dengan Lumut, Perak. Yes.. pulau buatan manusia… seluas 316.9 ekar. Besar gak pulaunya. Pelbagai fasiliti dan bangunan yang ada atas pulau nie. Yang paling orang ketahui fasiliti atas pulau ini ialah Jeti Marina yang menghubungkan sebelah Lumut dengan Pulau Pangkor menggunakan jeti.

 

Kedudukan Marina Island Pangkor Resort

Dengan adanya fasiliti feri ini, perjalanan menaiki feri amat singkat berbanding dengan jeti yang telah lama wujud di pekan Lumut iaitu sesingkat 10 minit berbanding di pekan Lumut iaitu lebih kurang 1/2 jam. Kepada yang ingin menuju ke Pulau Pangkor dari point Jeti Marina, bolehlah menaiki bas Transnasional dari Terminal Bersepadu Selatan bagi yang berhajat nak kesana dari Kuala Lumpur.

Antara fasiliti dan bangunan yang ada disini ialah :

  1. Tempat penginapan
  2. Deretan bangunan kedai
  3. Rumah persendirian
  4. Kolam memancing
  5. Kolam ternakan udang galah
  6. Rockbund yang mempunyai restoran dan tempat memancing laut lepas.
  7. Taman permainan go-kart.
  8. Port persinggahan & pembaikan perahu layar

 

Bagi yang ingin meneroka kawasan tersebut, pihak resort menyediakan basikal dengan kadar yang murah. Dengan suasana dikelilingi air laut yang tenang.. pasti explorasi pengunjung berjalan lancar dengan jarak antara satu fasiliti dan kawasan yang berdekatan.

Kadar Sewaan Basikal

  • Rm 10/per hour – Single
  • Rm 12/per hour – Double

 

Bagi yang menginginkan kelainan dalam fotografi perkahwinan… tempat ini menjanjikan pemandangan yang memukau disebabkan latarbelakang yang mewah dan terbentang luas.

Cuti sekolah pun dah semakin hampir, jom singgah sebentar menikmati keindahan di Marina Island Pangkor Resort. Jom kome..!!

 

Advertisements

2 thoughts on “Marina Island Pangkor

    • banyak gak fasiliti untuk pengunjung enjoy kat sana. Time teman kesana… ada beberapa kayak baru sampai… dan kata CEOnya lagi… ada paddle boat akan masuk.. it seems ..diorang agak agresif untuk memeriahkan aktiviti kat sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s