#WhenMusicSpeak

Merupakan satu program pencarian vokal professional yang akan menjelajah beberapa negara yang bakal dimulai di Malaysia , seterusnya lokasi serantau seperti Thailand, Singapura, Indonesia , Filipina dan lain².

Ianya satu misi bagi sebuah label baru, OUR RECORDS SDN BHD di dalam mengenalpasti bakat baru berpotensi yang bakal dikumpulkan dibawah pengurusan syarikat ini yang akan menerbitkan single dan album bagi mereka yang terpilih.

Program ini mendapat tajaan lokasi dari pusat hiburan karaoke terkemuka Neway dan bakal dimumlakan siri awal saringan ujibakat pertama pada 4 November 2018 (Ahad) di lokasi Neway Karaoke Box, One Utama bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan akan diteruskan ke beberapa tempat lain seperti Johor Baharu, Kuantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang mana tarikh dan lokasi spesifik akan diumumkan dari masa ke semaasa melalaui sebaran media.

Seterusnya siri ini akan dikembangkan ke beberapa negara Asia lain dengan sasaran sekurang-kurangnya 10 bakat baru yang akan dipilih bagi menandatangani kontrak ini diakhir rancangannya.

Menariknya selain dari tawaran rakaman, syarikat juga memberi insentif gaji bulanan secara tetap kepada artis dibawah pengurusan mereka dan ianya merupakan satu amalan yang telah banyak digunapakai di beberapa negara lain di dalam industri pengurusan bakat.

Bagi sessi pertama ini, penjurian bakal diadili penyanyi berkaliber Aishah dan Manbai serta bakal melibatkan para professional tempatan lain pada sessi saringan di setiap lokasi.

30481598417_96380e85e5_z

Barisan juri Aishah dan Mambai bersama Dato Freddie Fernandez & bos Our Records Sdn Bhd.

Syarat utama bagi siri awal pencarian bakat ini ialah ianya terbuka kepada semua yang berumur diantara 16 hingga 25 tahun dan mereka bolehlah melayari laman web http://www.ourmusicasia.com bagi mengetahui segala info berkaitan atau terus menghubungi talian hotline 012-3153988 (Hj Kamal) / 011-28596452 (Mark) untuk pertanyaan lanjut.

Majlis sidang media ini akan turut dihadiri oleh beberapa artis yang bakal terlibat di dalam aprogram ini antaranya Man Bai, Aishah GV4 serta sokongan dari artis dari negara jiran Nu Reggae Man (Thailand), Yuka Kharisma (Indonesia) serta kehadiran para selebriti tempatan seperti Adi Sixth Sense, Yazid Search, Aru ROB, Neeta lamaNeeta, Dato Freddie Fernandez dan lain-lain.

43604136030_cd840bd152_z

Antara barisan artist yang menyokong program #WhenMusicSpeaks

#WhenMusicSpeaks #whenmusicspeaks #music #talent #sing #singer #oneutama #kl #kualalumpur #malaysia
#mediaavenue #lirikancahaya #encikpink
#Music #Singing #Sing #musiccover #instacover #instasong #tiktok #tiktokmalaysia #smule #karaoke #manbai #aishah #aishahGV4 #indonesia #thailand, #nureggaeman #yukakharisma

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s