Review : Nasi Ayam Guys

Baru² nie gua mendapat invitation untuk menjamah hidangan nasi ayam. To be frank.. rasa malas nak kokak ayam. Semua makanan based on ayam. Blurgh..
But anyway… kedai nie rare beb… mereka bukan setakat menyediakan nasi berasaskan ayam beb. Tapi mereka juga menghidangkan nasi berasaskan itik. Wow… itik eh.. jarang kedai melayu membuat hidangan berasaskan itik. tanpa berpikir panjang , gua terus order nasi itik. Teringin plak nak rasa macammana rasanya.

44475761694_624838f5ce_zTara.. nasi itik yang dimaksudkan

Nampak simple kan.. tapi bile makan kenyang plak tue. Yang penting itiknye lembut. Rasanya kalo tak kena masak itik nie.. dagingnya keras skit. Tak selembut macam ayam. Tapi hidangan nasi itik nie .. aummm.. tak tau nak explain rasanya. Kena try sendiri.

Kalo tak boleh go dengan nasi itik, boleh aje order nasi ayam seperti dibawah.

44475762764_675ba7acce_z

Nasi ayam diorang.

Tak cukup tamak lagi untuk makan di kedai nie.. korang boleh order side dish diorang iaitu sup wantan dan sayur pak choy. Feels like chinese style dowh.

This slideshow requires JavaScript.

Mungkin ramai yang anggap makan nasi ayam terlalu mainstream untuk nasi ayam. Apa kita melantak nasi itu diganti dengan nasi lemak.

30258909737_7bfbef58f6_z

Nasi lemak pun ada?

Tak cukup rare lagi makanan di kedai ini? Apa kata try Itik Goreng Berempah.

30258911257_d42f326ec2_z

Itik Goreng Berempah

Fuiyo… nak plak letak atas meja panas² .. padu beb.. wehh… mana nak sorok makanan dalam perut nie wehh.. Dan akhir sekali mai pekena wantan goreng diorang. Sesuai untuk yang budget2x makan sipi² je.

30258912247_9776dd6d83_zWantan goreng.

Nie makan banyak² nie.. takde minum² ke bang. Eh.. mestilah ada… untuk hidangan gua kali ini.. gua nak try rasa kopi signature diorang.

30258911707_220686125d_zKopi signature diorang iaitu Ice Crushed Coffee

Umangaih.. gelas beso tue.. adeh.. senak perut nak mengabihkan kopi nieh… Siap ada timbunan ais yang di tuang dengan susu plak bahagian atas tue.. Not bad gak rasa kopi diorang.

Anyway.. baru terperasan.. sepanjang menikmati makanan kat situ.. rasanya tak putus² orang keluar masuk kedai. Ramai gak orang makan sini walaupun hari nie hari ahad.

30258906237_8d07c8215f_zRamai dowh orang makan sini

Kalo lah kedai nie dekat ngan rumah.. rasa macam selalu jugak la mencari nasi itik kat sini. Nasib baik jauh. Oh yea.. lokasi kedai nie kat 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam . Landmark mudah ialah UNISEL dan sebelah UiTM Shah Alam.

45198075681_0926579564_zKedai Chicken Rice Guys.

Bagi yang sesiapa stay berhampiran Universiti Malaya, korang tak perlu nak pergi jejauh untuk mendapatkan nasi ayam / nasi itik diorang. Kiosk diorang juga ada di dalam Universiti Malaysia iaitu di Student Mall , Kompleks Perdanasiswa yang berkonsepkan kiosk.

So, ape lagi.. jom makan di Chucken Rice Guys. Bukan setakat murah, tetapi ianya bersih dan selesa.

#nasiayam #nasiayamplecing #instafood #foodislife #nasiitik #chickenriceguys #roastedchicken #chicken #itik #duckrice #bestplacetoeat #mananakmakan #shahalam #Repost #bestplaceinshahalam #sedapsemuanya #foodie #like #follow #encikpink #mediaavenue #lirikancahaya #malaysia #makan #foodblogger #halal #makanenak #makanmakan #MakanTerusss #makananhalal

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s