Taiwan Expo 2018

Taiwan Expo 2018 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) dari 25 hingga 27 Oktober dan akan menampilkan 12 pavilion pameran utama yang meliputi lapan sektor industri.

44301028474_d9285bcb7d_zTahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut yang Taiwan Expo dianjurkan di Malaysia dengan pelbagai produk menarik akan dipamerkan. Inovasi-inovasi hebat yang menonjolkan kecanggihan penyelidikan dan pembangunan negara Taiwan yang bermutu tinggi seperti ‘Lengan Robot’ kolaborasi dengan pengesan visual pintar dan pencetak 3D telefon bimbit yang pertama di dunia Tahun lepas menyaksikan pameran pertama Taiwan Expo di Malaysia. Acara yang berlangsung selama tiga hari itu telah berjaya menarik kira-kira 20,000 pengunjung dan menjana peluang perniagaan bernilai 36 juta dolar AS. Lebih 88% pelawat perdagangan menyatakan hasrat untuk melawat Taiwan. Selain itu produk Halal dan teknologi pintar turut menarik minat ramai pengunjung sekali gus berjaya menjana peluang kerjasama dagangan serta membina imej negara Taiwan sebagai pengeluar produk-produk unggul di kalangan pasaran Malaysia. Sambutan positif membuktikan kejayaan Taiwan Expo dalam mempromosikan imej “Kualiti Taiwan” kepada rakyat Malaysia sekali gus menyemarakkan lagi acara pada tahun ini.

Mempamerkan Kelebihan Dalam 6 Bidang Utama

45020023311_a03458c1cc_z

Executive Director of Industry / Marketing Department Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) on stage

Taiwan Expo 2018 yang bertema ‘Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ akan menampilkan 250 gerai oleh 200 syarikat yang meliputi pelbagai kategori seperti Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup Taiwan dan Pelancongan Taiwan. Kategori ini akan mempamerkan keistimewaan produk dan perkhidmatan berkualiti Taiwan seperti masakan, fesyen, gaya hidup, budaya, pelancongan dan lain-lain. Teknologi canggih Taiwan juga akan dipaparkan di beberapa bahagian pameran bertema. Taiwan Excellence umpamanya akan mempamerkan produk umum yang terunggul; Digital Commerce & Startups yang menggabungkan pemimpin dalam bidang e-dagang; Produk ICT mendominasi bidang teknologi internet dan komunikasi di Taiwan; Smart Health Station yang membawa teknologi pintar ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan banyak lagi. Cara Selamat & Kehidupan Yang Lebih Sempurna Taiwan sememangnya pakar dalam bidang R & D. Keupayaan pengeluaran, pembungkusan produk dan pemasaran meletakkan Taiwan di antara yang terbaik di dunia. Menerusi Internet of Things (IoT) umpamanya, ia merangkumi semua aspek kehidupan seperti bandar pintar, rumah pintar, rehat dan rekreasi serta peralatan pintar untuk memberikan kemudahan yang terbaik sebagai jalan menuju masa depan. Dinamisme dan budaya inovasi di Taiwan telah membolehkan ia kekal di samping teknologi terkini selama beberapa dekad dan merupakan peneraju dunia dalam teknologi e-sukan, teknologi VR dan teknologi pengguna. Sistem Bas Pintar yang berkeupayaan memantau pemandu serta memberi peringatan kepada pemandu untuk meningkatkan kecerdasan dan sistem automatik pemberitahuan sisa kitar semula pintar 24 jam yang membolehkan pengguna mengetahui apa yang akan berlaku lebih awal. Robot kolaborasi pertama di dunia dengan kedudukan visual pintar yang dapat mengenal pasti objek berdasarkan banyak parameter seperti bentuk, kedudukan, warna dan kod dalaman akan mengubah landskap pembuatan pada masa akan datang.
Teknologi Hijau juga akan dipaparkan dengan jelas di bawah platform penyelesaian teknologi hijau bandar pintar, bahan binaan hijau untuk pembangunan lestari sekali gus mempromosikan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Menghayati Nilai Halal & Fesyen

Memandangkan Malaysia memainkan peranan penting dalam pensijilan Halal di

44109141615_bfd69b74ea_z

Representative of Taipei Economi & Cultural Office in Malaysia giving her speech

seluruh dunia, Taiwan Ekspo turut menunjukkan sokongan Taiwan terhadap perkembangan pasaran Muslim. Taiwan telah membangunkan industri halal dengan cemerlang dan Taiwan Halal Pavilion akan memperkenalkan industri halal Taiwan ke pasaran Malaysia. Satu Sidang Media Produk Halal Taiwan akan turut diadakan bersempena Taiwan Expo 2018 untuk mempromosikan industri Halal Taiwan sekali gus meningkatkan populariti produk-produk Taiwan di Malaysia. Pengunjung juga boleh menghayati fesyen, produk kecantikan dan budaya berbasikal di ruang pameran Taipei IN Style, dan mengalami sendiri pengalaman kombinasi fesyen dan sukan yang Taiwan ditawarkan. Bergaya Merentas Malaysia & Kembara Ke Taiwan Menurut Indeks Pelancongan Muslim terkini (GMTI) yang dikeluarkan oleh MasterCard, Taiwan disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) pilihan utama dalam kalangan pelancong Muslim. Inilah kali pertama Taiwan memasuki kedudukan 5 teratas sekaligus membuktikan usahanya berjaya menarik pelancong Muslim. Justeru itu tetamu Muslim dialu-alukan berkunjung ke pemeran ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang tarikan-tarikan dan makanan yang menarik untuk anda! Pada tahun 2017, Skyscanner memilih laluan berbasikal Sun Moon Lake sebagai salah satu daripada 8 laluan berbasikal yang paling indah di dunia. ‘Taiwan Bicycle’ telah lama menjadi jenama terkemuka di dunia dan telah mengeluarkan 20
juta unit basikal mewah setiap tahun. Aktiviti berbasikal yang sedang berkembang pesat di Malaysia sangat bertepatan dengan visi Taiwan untuk menjadi destinasi berbasikal bertaraf dunia.

 

Peluang Meningkatkan Perniagaan Menanti Untuk Diterokai

45020022801_941f3672d6_z

Director Of China & Northeast Asia Section, Malaysia External Trade Development Corporation MATRADE giving his keynote speech

Selain daripada pameran produk, beberapa seminar dan forum perniagaan akan berlangsung serentak dengan Taiwan Ekspo 2018 dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan idea-idea Taiwan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama wakil-wakil industri serta akademik Malaysia. Tema utama forum perniagaan yang akan diadakan meliputi Forum Digital, Pengangkutan Pintar dan Seminar Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan. Seminar dan forum yang diadakan bersama dengan sesi hubungan perniagaan tersebut dijangka akan menjana peluang kerjasama dagangan antara pengusaha-pengusaha Malaysia dan Taiwan.
Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai. Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk. Untuk pendaftaran aktiviti-aktiviti ekspo atau maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Taiwan Ekspo: http://mys.taiwanexpoasean.com/ atau Platform media sosial http://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ dan instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia

44109141295_ecc5a86329_z

Agensi dan organisasi yang terlibat menjayakan Taiwan Ekspo 2018

 

Ringkasan Taiwan Ekspo 2018 di Malaysia

44287443404_5ed4b115f6_b

Mengenai Ekspo Taiwan

Ekspo Taiwan merupakan penyertaan julung kali buat TAITRA membawakan pelbagai industri keluaran Taiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping pameran produk, ekspo ini akan turut menganjurkan mesyuarat-mesyuarat perniagaan dan forum berasaskan industri terlibat bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran kebudayaan dan aktiviti kebajikan masyarakat bagi mempromosi dan menggalakkan kehidupan yang lebih baik dan memningkat imej industri.

30070430647_d423420222_mPenganjur: TAITRA
Diasaskan pada tahun 1970 untuk membantu mempromosikan perdagangan luar negeri, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) adalah organisasi separa kerajaan tidak-berasaskan-keuntungan yang ditubuhkan bagi mempromosi perdagangan di Taiwan.

Organisasi tajaan bersama oleh kerajaan, persatuan industri, dan beberapa organisasi komersil, TAITRA membantu industri perniagaan dan pengeluar Taiwan mengukuhkan daya saing antarabangsa mereka dalam menghadapi cabaran pasaran asing. TAITRA menawarkan rangkaian promosi dan maklumat perdagangan yang diselaraskan dengan lebih daripada 1,200 pakar pemasaran antarabangsa yang ditempatkan di seluruh ibu pejabatnya di Taipei dan 50 pejabat di luar negara di seluruh dunia. Bersama dengan organisasi kakaknya, Pusat Dagangan Taiwan (TTC) dan Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC), TAITRA telah mencipta banyak peluang perdagangan melalui strategi promosi yang berkesan.

44958435142_098eae5a01_mPenerangan Logo Expo Taiwan
Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat kearah manfaat bersama.

 

#encikpink #mediaavenue #lirikancahaya
#Taiwan #taiwanese #taiwanesegirl #taiwantrip #taiwan1 #Taiwantravel #taiwangram #taiwanlife #taiwanblogger #taiwantag #taiwanstyle #taiwanspotters
#malaysian #malaysiatrending #malaysiaviners #malaysiaigers #MalaysiaTrulyAsia #malaysianig #Malaysiaboleh #malaysianbodywave #malaysianblogger #malaysiaonline
#halal #business #Businessman #businesswoman #businesslife

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s