MIVAS 2018

Buat julung kalinya, konvensyen MIVAS 2018 atau Malaysia International Vape Summit 2018 telah berjaya mengumpul  lebih 150 usahawan-usahawan vapor seluruh Malaysia yang telah diadakan pada 22-23 September 2018 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur dari 12 pm – 10 pm .

44935606542_8d00867953_z

Entrance MIVAS 2018

Konvensyen selama 2 hari ini telah dianjurkan oleh OMGFest bersama media vapor pertama di Malaysia iaiatu Vape News Malaysia dan dibantu bersama-sama Persatuan Belia Progresif telah berjaya menarik lebih 40,000 pengunjung  tempatan termasuk luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, UK , USA dan juga dari negara timur tengah.

 

Konvensyen yang telah dirasmikan penutupan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dr. Afif Bahardin dan  Adun Gombak Setia, YB  Hilman Idham telah menyatakan Vape atau lebih dikenali dengan panggilan rokok elektronik

43172404120_0c9b28ac4a_z

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang & Adun Gombak Setia

ini tidak pernah diluluskan sebagai alat untuk perokok untuk berhenti merokok. Sehingga 2015 , sekitar dua pertiga
negara-negara utama dunia telah mengendalikan rokok elektronik ini dibawah beberapa akta dan undang-undang yang sedia ada.

 

Walaubagaimanapun regulasi penggunaan rokok elektronik dan vape ini berbeza-beza di antara negara-negara dunia dan tiada peraturan melarang penggunaan rokok elektronik ataupun vape sepenuhnya. Antara negara-negara yang mengharamkan pengguannya adalah Brazil , Uruguay dan juga Singapura negara jiran kita. Di Kanada pula, secara teknikalnya vape dan rokok elektronik tidak boleh dijual tetapi penguatkuasanaan terhadap larangan itu tidak ketat dan produk vape boleh didapatai secara umum di Kanada. Di Malaysia pula pengguaan dan penjualan vape dan rokok elektronik adalah dibenarkan sama seperti di UK dan juga di US.

Di Malaysia walaupun penggunaan dan penjualan vape dibenarkan di negara ini ianya masih tertakluk di bawah Akta Racun 1952 di mana cecair nikotin yang dijual dikawal di bawah akta itu. Hanya ahli farmasi yang berlesen saja dibenarkan membekalkan produk nikotin untuk vapers. Tiga kementerian yang bertanggungjawab mengawal selia
penggunaan rokok elektronik dan vape ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerin Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

KPDNKK dipertanggungjawab untuk mengawal selia dan menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan bagi bateri dan peranti rokok elektronik dan vape dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). Selain itu, kementerian itu juga akan mengawal selia dan menguatkuasa penandaan maklumat berkaitan pada label peranti dan
cecair tanpa nikotni rokok elektronik dan vape melalui akta sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Akta 599; Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Akta 723) dan Akta Timbang dan Sukat 1972(Akta 71).

Aktiviti perlesenan, pengeluaran , pengedaran termasuk import, eksport dan peruncitan peranti serta cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape di bawah akta baharu akan dikawal selia oleh KPDNK. kementerian itu juga bertanggungjawab mengawal selian penjualan, promosi dan pelabelan yang berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape selain larangan merokok termasuk larangan penggunaanya bagi orang di bawah umur.

Adalah penting pengusaha vape supaya mematuhi undang-undang sedia ada dan juga mendapatkan kelulusan ujian verifikasi dari SIRIM serta memberi jaminan bahawa barangan berkenaan selamat untuk digunakan sebelum diedar atau djiual kepada pengguna.

44984248821_a5c9547d68_z

Malaysia adalah pengeluar no 3 e-jus terbaik di dunia kata penaja utama.

Di negara kita industri vape telah bermula sejak tahun 2009 dan ia telah berkembang dengan pesat sehingga Malaysia kini terkenal sebagai pengeluar no 3 e-jus terbaik di dunia. Malah inudstri ini telah melahirkan ribuan usahawan-usahawan muda tempatan malah antaranya sudah bergelah jutawan.

 

Konvensyen MIVAS 2018 telah berjaya menari ramai pemain besar industri ini seperti penaja utama dari Vape Empire yang telah dinobatkan sebagai syarikat vapor terbaik di seluruh asia dimana mereka juga adalah pemain besar yang banyak membantu usahawan vapor dan juga persatuan seperti Persatuan Peruncit Rokok Elektrik Malaysia (MRECA) dalam menaikkan industri vapor di Malaysia.

44935606742_4c01c2f668_z

Antara jenama besar vape di Malaysia

Antara jenama-jenama besar lain yang bersama-sama di dalam konvensyen ini adalah sepert Vaporboy, Gadget Union, Vape 69 dan ramai lagi yang telah banyak menaikkan jenama-jenama e-just Malaysia keseluruh dunia dan dengan MIVAS 2019 ini juga diharap dapat mempromosi dan mengembangkan jenama produk mereka keseluruh Malaysia malah dunia. Dengan adanya juga konvensyen seperti ini juga berharap inisiatif ini juga dapat membantu dalam membina kesedaran jenama produk (brand awareness) serta menjadi platform terbaik untuk usahawan-usahawan vapour untuk bergerak lebih jauh dindustri ini.

 

Menjadi harapan semua usahawan-usahawan agar MIVAS 2018 dapat menjadi HUB utama di Asia dan mengembangkan rangkaian (networking) serta menaikkan nama Malaysia sebagai pengeluar e-jus terbaik & berkualiti di dunia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s