Lawatan Ke Karangkraf

Pada 4 Sept 2018, satu lawatan muhibbah ke Karangkraf Shah Alam telah dibuat oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia. Diketuai oleh Yang Dipertua Yayasan, rombongan kami

44469558341_e86393a09d_b

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf di tengah².

disambut oleh Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf.

Pelbagai input telah diperolehi dalam sesi santai yang telah dicurahkan oleh Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf. Antara input yang diperolehi ialah untuk 4 tahun kebelakangan ini penekanan keilmuan kepada al-quran telah dijalankan. Antara aktiviti yang dibuat adalah membuat kelas bahasa arab dan kelas memahami al-quran. Antara lain ialah mewujudkan lebih dari 1500 rumah ngaji di seluruh semenanjung. Menurut beliau lagi, sebenarnya Karangkraf Shah Alam adalah merupakan penerbit buku dan majalah terbesar di Malaysia.

Setelah sessi taklimat dibuat, pihak kami dibawa untuk melihat kawasan sekitar Karangkraf Shah Alam. Untuk lawatan pertama, kami dibawa ke dalam galeri jualan

29531873097_bbfc8392ca_b

Penasihat Editorial memberi penerangan produk yang sedia ada.

Karangkraf bagi melihat kepelbagaian produk buku yang ada dipasaran. Setelah diberi penerangan , pihak kami dibawa ke tingkat atas untuk melihat department editor bagi produk² yang diterbitkan oleh Karangkraf Shah Alam. Menurut beliau, editor yang sedia ada ini bertugas agar mutu penulisan yang ingin diterbitkan akan disemak dan diubahsuai bagi memenuhi kehendak pasaran.

 

 

30600153938_fa46962fd5_b

Bahagian editorial.

Setelah diberi penerangan ringkat di bahagian editorial, pihak kami dibawa ke ruang berikutnya iaitu bahagian yang menguruskan akbar Sinar Harian.

44420426822_0ecc1141b3_b

Bahagian majalah Sinar Harian.

 

Selepas itu, pihak kami dibawa dan ditunjukkan ke set broadcasting MCP yang lazimnya boleh dilihat di media social. Menurut PR pihak Karangkraf yang membawa kami, ruang ini adalah memberi fokus kepada small scale interview. Bagi keperluan yang lebih besar, ruang dewan dibawah digunakan.

29532080267_fc6c788733_b

Public Relation Karangkraf membawa kami seterusnya.

 

Setelah diberi penerangan, pihak kami dibawa ke block sebelah iaitu ke ruang percetakan akbar Sinar Harian.

44470403311_3c6291d0ee_b

Masuk ke ruang percetakan.

Semasa kehadiran kami, ruang percetakan itu tidaklah sesibuk mana. Kami difahamkan bahawa waktu mulai sibuk bagi ruangan percetakan akbar ini adalah bermula seawal jam 11 malam. Disebabkan dengan keupayaan mesin yang ada, pihak Karangkraf berupaya menyiapkan percetakan akbar dalam kuantiti yang banyak selama 1 jam. Untuk menguruskan aktiviti percetakan yang dijalankan tiap², seramai 12 orang diperlukan untuk menyiapkan akbar untuk diedarkan kepada agen tiap² negeri.

30600371178_4e603603d8_b

Diblock yang sama kami dibawa ke bahagian hadapan untuk melihat production bagi sticker dan mesin first generation printing machine untuk akbar yang ada.

Antara input yang menarik adalah kertas² yang digunakan bagi cetakan berbentuk majalah, sebahagian besar roll kertas yang digunakan adalah dari negara luar seperti Jepun. Ini disebabkan supply chain domestik yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak harian aktiviti percetakan.

Selepas itu kami dibawa ke blok dimana hasil cetakan seperti majalah terbitan Karangkraf di”compile” secara besar². Dapat dilihat pelbagai bentuk mesin “compiling” digunakan bagi memenuhi bentuk buku yang akan berada dipasaran.

Pelbagai bentuk binding dibuat di kawasan ini.

Seterusnya kami dibawa ke kawasan percetakan secara digital yang terletak bersebelahan. Berlainan dengan konsep cetakan akbar yang menggunakan kaedah kepingan besi atau filem untuk tujuan cetakan, pihak Karangkraf juga menyediakan mesin cetakan secara digital seperti yang biasa kita lihat di mesin cetakan di rumah mahupun pejabat.

44470728361_943cc6e589_b

masuk ke kawasan percetakan secara digital

 

43560848305_a5b84c0573_b

Kawasan bahagian percetakan digital

 

Akhir sekali kami dibawa ke bahagian percetakan consumer seperti business card, company profile dan lain².

Diberi penerangan untuk cetakan produk² yang ada

Terima kasih diucapkan kepada pihak Karangkraf Shah Alam yang sudi menerima kehadiran kami. Semoga dengan kehadiran kami akan membuahkan kerjasama yang erat untuk masa² yang akan datang.

Advertisements

2 thoughts on “Lawatan Ke Karangkraf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s