Day 02 – Tourism Malaysia Media Challenge 2.0

Huargh.. bestnye tdo.. langsung tak sedor ape² malam tadi.. penat kot.

So.. pepagi dah bangun.. standby untuk aktiviti hari nie…  Ape2x .. jom terjun tiruk dulu dalam swimming pool.

29816358948_f2595abf21_bUpacara jengah tingkap dari bilik penginapan. Nampak port makan kat bawah berkonsepkan garden

28797116307_45c457dbdb_bha.. dah sampai pun level swimming pool

43639338022_ca5d424be2_bWah.. best gak swimming pool diorang.

42783387565_552eb09696_bJom terjun..

29816435808_3da7b9c132_bDak DBoy acah² model swimming pool

Dah settle kembangkan badan dalam kolam.. kiteorang gerak pi ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka di sebelah Kota A’Famosa. Pernah pergi Muzium Kesultanan Melayu nie… tapi tak pernah masuk dalam.

29818908378_739b6f4b45_bYeay.. dah sampai

43688738421_659a798263_bKepada yang tak pernah sampai.. nie la bentuk muziumnye…

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah.Selain daripada reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahun berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.

43688737831_ddf45642bf_bEh….ingatkan sampai muzium terus masuk dalam.. rupanya ada plak persembahan seni silat kat luar… memang diorang nantikan ketibaan kiteorang…yang baca doa tue orang duyung rupanya… hehehehe

29818907108_c0f2abf4ce_bPemandangan wide shot. Eh.. ada plak awek kuning nie depan kamera.

Siap ada iringan instrumen alat muzik traditional tue…

43688735041_378da62439_bHa..masuk!! masuk!!

42786027805_6f09ce005e_bGeng media dipanggil bersama tuk tiru gaya dua pendekar di depan. Sape yang paling sama.. dialah pemenangnya.

Dah settle belah dalam .. kiteorang dijemput masuk ke dalam muzium.

43642209352_e2ebd218b1_bMacam biasa…kiteorang dibawa taklimat kat dalam bangunan.

43642209152_b47540cbe0_bSetting kedudukan pembesar² dan tetamu kat balairong seni menghadap sultan Melaka

41881016280_8a76d6e585_bUntuk trip media macam kiteorang..hari nie ada special kes.. semua media ada greenlight masuk kat kawasan hampir dengan “sultan” yang warna kuning tue… Pelawat biasa tak dapek nak masuk dalam “pagar” situ.

So… kat muzium nie pun kiteorang ada media challenge. Dan nak lebih thrill lagi…kiteorang kena laksanakan permainan traditional kat bawah ruang bawah muzium.

41880790310_bf05fc957b_bawek berbaju hijau kat belakang diorang tue sampai terkejut dibuatnya

42972552214_fe3979484f_bSalah satu cabaran kena buat .. iaitu bermain timbang bulu tangkis.

Permainan kedua.. main tembak tin. I can’t believe i cannot strike this exercise. Hawau toi

Jom main game legend nie. sape yang tak pernah main congkak nie.. memang korang geng² raver ar..

Dah settle lawatan di Muzium Kesultanan Melayu Melaka…kiteorang dibawa ke Muzium Senibina. Senibina pun ada muzium… siyes tak tau…

muzium-seni-bina-malaysiaOoOo.. kat sini rupanya Muzium Senibina.

41880793900_0e0c03f128_bMai² berkumpul di dalam

29818909418_6b7ab06e07_bAbam muzium senibina sedang kasi taklimat pasal muzium nieh.

Muzium Seni Bina Malaysia mula dibuka kepada umum pada bulan September 2005. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mempamerkan keunikan warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Selain daripada menjadi satu lagi destinasi pelancongan, muzium ini juga turut menekankan aspek pendidikan dengan menyediakan pusat sumber sebagai tempat rujukan mengenai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Bangunan yang dijadikan muzium ini adalah sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai-pegawainya.

Ia kemudian dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000, bangunan ini telah digunakan sebagai pejabat pentadbiran Lembaga Air Melaka sejak tahun 1982. Muzium Seni Bina Malaysia ini yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang seumpamanya yang diharap dapat memberikan sedikit gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat umum.

43642604372_c519dba83f_bJom bergambar beramai².. wah ..mentang² agenda lepas nie free time sampai malam.

Dah settle agenda melawat muzium² yang ada .. kiteorang balik ke hotel untuk next agenda iaitu pegi ke Encore Melaka…

Encore Melaka? kemende tueh?

So.. kiteorang gerak ke Encore Melaka yang terletak di area tambakan baru belah² klebang sana.

43703697971_b732311e33_btak sampai 15 minit kalo gerak dari Kota A’Famosa.

28813918537_ffdb7abe4c_bPunye le lapang kawasan.. tetiba ada bangunan “unik” kat kawasan yang luas terbentang.yang berpetak ada warna biru tue la kot Encore Melaka

42800508335_3fd90de845_bYeay.. dah sampai…besau jugak bangunan nieh.

43656740982_d1056082ac_bBetul² bangunan Encore Melaka nie kat tepi Laut Selat Melaka. Lepak sini pun best.. angin menderu deru.. rambut pun “rosak” ditiup angin.

28813971927_70273dbb98_bPemandangan dari bangunan sebelah.

So.. sebelum kiteorang masuk Encore Melaka yang berpetak putih tue.. kiteorang pi mencekik dulu kat bangunan sebelah. Dah mencekik .. ada taklimat skit pasal Encore Melaka.

28813997537_496c6a5f03_bMasuk ke dewan taklimat… uik.. dah ramai orang rupanya.

28814001097_799109f5ae_bPemandangan menghadap laut.

42987797494_06e282d694_bDah settle makan..layan taklimat jap dari Vice President of Marketing Yong Tai

Actually.. kat negara china.. dah banyak gak bangunan seperti Encore Melaka nie. Bangunan yang berpetak tue sebenarnya adalah sebuah teater. Dan bangunan 2 butir yang sedia ada pada masa kiteorang datang….adalah setakat 97% aje pembangunan kawasan keseluruhan. Akan banyak lagi pembangunan bakal dinaikkan di kawasan lapan nie..iaitu seperti hotel, kodo, tempat makan dan lain² seperti model dibawah. Uih.. nie projek mega nieh.

29833516158_564659e133_bOrang Encore brief skit pasal kawasan sekitar.

43703904391_08147e26fd_bYang biru bercahaya kat atas bumbung tue adalah panel led. Ada video laut biru bergerak² je atas tue.

42800729885_058eb2a6a5_bMacam masuk tengok wayang plak.

42800725305_afcd8d80c2_bEh.. dua kali filter nak masuk.

42800734195_275b710bd2_bTiket ! tiket ! tiket !

43703977431_40cfe79ab8_bSeat kiteorang.. kat area² tengah hall.

43703983181_5ac0f08d17_bHujung bawah sana.. entrance pintu masuk. So….initially stage kiteorang menghadap pintu masuk.

Yang menariknya pasal Encore Melaka nie… satu hall yang besar nie… akan berputar 360 mengikut scene cerita. Slowly stage akan berpusing secara perlahan mengikut jalan cerita yang telah disusun. Maksudnye…. setiap dinding keliling hall nie… dah ada set stagenya tersendiri.

42800850015_cf2cd2be1a_bFirst intro kiteorang disajikan dengan cerita berkisar Baba & Nyonya.

Kagum jugak dengan set teater Encore Melaka nieh.. entrace masuk kiteorang di depan tadi… lenyap dari pandangan ..dan digantikan dengan visual berskala besar. Dan very colorful tengok awek Baba-Nyonya masuk dalam stage dengan pakaian berwarna warni. Siap menari gerak perlahan lagi…

Next is highlight pasal upacara perkahwinan Baba-Nyonya

43657124622_32901da221_bPasangan pengantin menari bersama group pengapit lelaki dan perempuan.

42800919585_6902074d49_bBercahaya bewarna warni props tanglung

43657174632_70c09fc1d5_bTiba² pelakon² teater masuk ke dalam hall.. dari kiri dan kanan pentas secara beramai²

42988102854_6f791fae4b_bDan awek yang kat bawah sana… ada yang naik ke atas tempat seat penonton memberikan gula² kepada random penonton.

Actually.. seingat gua.. gua tek pernah menonton teater bila dah beso panjang macam nie. Seingat gua…. paling awal dan terakhir tue pun tengok teater pun masak kekecik dulu.. tengok Mickey Mouse & Donald Duck buat persembahan ice skating kat KL. Bila gua tengok style pelakon² teater naik beramai² atas tempat seat penonton… macam rare la plak…

Dan .. stage seat kiteorang berputar lagi… tetiba nampak air mencurah mengalir kat bawah.. gua ingatkan macam ilusi video atau animasi air mencurah… tapi bila gua perhatikan betul² … memang air betul ar yang mencurah ke atas stage terkena kat pelakon2x teater.. uishh… Ada takungan air dalam jumlah yang besar tue tuk jadikan effect air mencurah.. Dan dah tentu kat stage nie … kawasan basah.

41895646260_804885dd12_bAir mencurah dari atas stage.

41895649190_4731744fc6_bEfek fog blending dengan kawasan berair..

43657287952_2d13ed9761_bPelakon teater beramai² memberi penghormatan terakhir

Yang menarik juga pasal gambar pelakon teater beramai² keluar atas stage… muka² penonton terpampang keluar kat layar belakang secara live feed. Ada video camera sedang shoot muka² penonton di bawah stage.

29833923008_b026cd7e02_bBas beratur menunggu di luar hall.

Dah keluar hall ..baru terperasan ramai gak orang yang menonton teater nie. Mana taknya… beratur kot bas menunggu penumpang kat luar hall macam gambar diatas.

Ape² pun .. tahniah kepada pihak Encore Melaka coz menyediakan setup grand sebegini rupa. Satu pengalaman menarik bila menonton style teater sebegini. Props, wordrobe, jalan cerita, stage setup, lighting dan lain² .. good combination untuk persembahan sebegini. Tak pernah plak menonton ..siap stage berputar 360. Bleh rasa stage penonton bergerak mengikut jalan cerita yang disajikan.

Malam pun semakin lewat… dan kiteorang pun gerak balik pulang ke hotel.

 

#tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #harimuziumantarabangsa #muziumkitatamadunkita
#encikpink #mediaavenue #lirikancahaya
#melaka #negerisembilan
#history #tourism
#malaysia #travelmalaysia #travelling #wanderlust #exploring #natgeoyourshot #natgeo #natgeotravel #travelgeek #potd #traveldiaries #travelgram #citylife #citylights #instadaily #vibes #nightlights #iamfineart #mypathtotravel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s