Day 01 – Tourism Malaysia Media Challenge 2.0

Dan .. Tourism Malaysia pun put me on the list untuk being part program diorang yang dinamakan “Tourism Malaysia Media Challenge 2.0” . Basically program nie MOTAC jemput semua media yang ada di Malaysia seperti Berita Harian , Majalah Backpackers, bloggers dan lain².

Secara dasarnya , gua pun tak tau program mende nieh… yang gua nampak .. program nie kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia dan Tourism Malaysia.

Seperti dijanjikan,kiteorang pun berkumpul di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  untuk naik bas kesana.First port ialah kiteorang ke Muzium Adat Jelebu. Rasanya gua pun tak pernah sampai ke Jelebu. No idea jelebu kat celah bedah mane

42764397315_b84f56cc20_bSejam setengah jugak la perjalanan dari MOTAC Putrajaya ke Muzium Adat tue.

So, akhirnya kiteorang pun dah sampai ke Muzium Adat Jelebu nie..

41859330680_0f7705017a_bPe², sarap dulu..

Kat sini kiteorang diberi penerangan oleh pengurus Muzium Adat tentang content yang ada dalam muzium nie. Actually, bila pengurus Muzium Adat nie beritahu pasal Luak, Suku, Perut dan lain² .. dah macam kembali ingatan ke subjek sejarah dulu² le plak.

Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah Beradat”

41859438820_9250c07ca8_bPengarah Muzium Adat memberi penerangan tentang Muzium Adat

Lepas tue, kiteorang dibahagikan kumpulan² kecil untuk “media challenge” . Mudah sebenarnya aktiviti media challenge nie rupanya. Pihak muzium sediakan soalan² berkaitan maklumat yang ada dalam muzium .. dan kiteorang dalam berkumpulan diminta untuk mengisi jawapan di petak² yang kosong. Dan bertempiaranlah group² yang dibahagikan oleh urusetia.

42764715125_2618d0020e_bGroup kiteorang yang dinamakan “Merecik Hawau”

Seb baek la muzium nie tak besau macam muzium negara .. kalo tak semput gak nak kehulu kehilir mencari jawapan dalam muzium nieh.

43621273572_5eb7f22a17_bAntara bahan pameran yang menarik mata gua dalam muzium tersebut. Kalo sape² dah sampai sana , for sure akan faham kenape bahan pameran nie menarik perhatian. HAHAHA.

Masa pun dah cukup , kiteorang pun bergerak ar ke 2nd port iaitu Muzium Negeri Sembilan

42951113344_7513e64763_bJom bergambo beramai²

43667623431_9a82499bb6_bHampir sejam gak point dari Muzium Adat nak ke Muzium Negeri Sembilan.

42951345254_8b1648cd1f_bDia punye jauh tue.. sampaikan orang belakang bleh tertido. hihihi

43667750351_8bcbea0ccd_bYes.. dah sampai..Nie la muziumnye kot

43667790971_7bb859ebeb_bDah sampai pun.. apo laie .. mari la gambar beramai²

Eh.. la.. ingatkan sampai nie .. terus masuk tour cari info ke dulu.. rupanya makan dulu daa… Yang menariknya kiteorang disajikan makanan tengahari bertalam di dalam Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan yang berada di belakang kiteorang gambar diatas.

Terbaik ar konsep makan tengahari kiteorang.

42951408684_bbea9faaf1_bMakan bersilo orang muzium nogori panggil

42951413534_40d5f5ae3a_bAda ikan keli goreng bercili.. dengan lauk signature orang nogori .. apo laie kalo tak masak lomak cili api..pehh.. syahdu beb..

Menurut bos MOTAC, Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan  nie pernah dibawa ke London.. nak tak nak.. istana ini terpaksa dismental dulu untuk diangkut kesana.

Menurut abam kurator muzium yang assist makan tengahari kami… zaman dulu², kalo ada majlis keramaian ..selagi pembesar tue tak abes makan.. jangan la beronti makan… Kalo pembesar tue hanya makan sepinggan aje…. maka tetamu yang makan bersama pembesar tersebut ..terpaksa la berhenti makan.

Ukiran dan hiasan dalam Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan

28780081367_74993d6d9f_bDi luar Istana.. rendah plak bumbungnya.. orang zaman dulu² rendah le kot.

Ape² pun memang terbaik makanan tenghari nie.. rare sangat rasanya. Dan kiteorang masuk ke bangunan sebelah yang mempunyai pelbagai maklumat tentang negeri sembilan…

43667750351_8bcbea0ccd_bGaleri di sebelah Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban, oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8. Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

Perut pun dah kenyang…. Istana Ampang Tinggi Negeri Sembilan pun dah sampai, next stop ..kiteorang poie ke Muzium Lukut. Macam pernah dengar  Muzium Lukut.. tapi tak pernah sampai. Sapo² tak pernah poie Muzium Lukut, muzium nie terletak kat area Port Dickson.

43635223692_1765b51b06_bade le lebih kurang 1/2 jam dari point town seremban ke Muzium Lukut

29812271768_78c156bf11_bTapak bersejarah tue kat atas bukit tue.

42965487894_14b661f0f3_bSapo lak punyo meriam nie ?

29812272408_8f99aaf1de_bHa.. dah pun sampai Muzium Lukut. Yang tapak bersejarah tue ..belah kiri jalan membukit.

Antara benda² yang ada kat sekitar muzium

42965547924_fef22d79d4_bKetibaan kiteorang disambut dengan Ketua Muzium Lukut iaitu Encik Peterson. Sempoi ja…

So, ikutkan sejarahnya.. tapak lukut nie sebenarnya port galian bijih timah. Sebelum Kuala Lumpur dibuka untuk galian bijih timah.. kat sini lah port pertama cari gali bijih timah. Sapo yang pernah dengau dengan nama Yap Ah Loy …asalnya dia dulu tue sekadar tukang masak je kat kawasan perlombongan bijih timah Lukut nie…. Lama² dia pandai dan bijak cari peluang… tue yang dia move ke Kuala Lumpur dan terkenal lak dia disitu.

42965600354_6f236f77ef_bJom bergambar jap.

Dah settle kat muzium ke-3 , kiteorang poie Melaka plak untuk acara check in di Treasures Hotel and Suites dan agenda malamnye ialah Perasmian Hari Muzium Sedunia peringkat kebangsaaan. Kiranya hari muzium terbesar ar di Malaysia ar nie.

41874205060_4f45159d87_bDah pun sampai di Treasures Hotel and Suites

Since kiteorang sampai di hotel time malam .. kiteorang bergegas menuju ke Perasmian Hari Muzium Sedunia . Event nie di buat di depan A’Famosa je pun. Since kiteorang tiba lewat, event perasmian dari Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pun dah nak abes di atas pentas.

41874249340_a394c7b2c4_b

43635634082_810f256123_b

43682407751_926ba96c7f_b

29812802118_0c616099aa_b

Sekitar dalam dewan.

43635925632_a599b85b68_bGambar ramai². macam x biasa..

So.. itu jelah aktiviti for today. Sampai hotel.. terus bumpp landing atas katil.. tak sedar ape dah..hahahaha…

 

#tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #harimuziumantarabangsa #muziumkitatamadunkita
#encikpink #mediaavenue #lirikancahaya
#melaka #negerisembilan
#history #tourism
#malaysia #travelmalaysia #travelling #wanderlust #exploring #natgeoyourshot #natgeo #natgeotravel #travelgeek #potd #traveldiaries #travelgram #citylife #citylights #instadaily #vibes #nightlights #iamfineart #mypathtotravel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s