Travelogue – Terengganu : Day 04

Ah. sungguh indah bangun pagi di kawasan rimba cam nie..Sejuk dan kedengaran bunyi aliran sungai.

42662194054_b13aa8f3f2_bPanas enjen kereta Starex tajaan  Mahasimfoni.my Car Rental dulu sebelum memulakan perjalanan

Dan kiteorang memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum keluar dari kawasan Terengganu.. ada few tempat untuk disinggah. Tempat pertama yang kiteorang nak pergi adalah Pantai Penarik

43378959581_2b4280e2b3_bHampir sejam nak ke Pantai Penarik

Apa yang menarik di Pantai Penarik nie? Ha… kalo korang yang belum pernah sampai ke kawasan Pantai Penarik.. selain dari tempatnya yang indah berpantai….harga makanan udang celup tepungnnya amat murah dan banyak. Dah ibarat macam makan goreng pisang gayenye….

42662287164_cc8c77e81d_bPemandangan sepanjang pantai.

29508546018_83f1ba30b5_bFaktor utama ramai orang singgah di Pantai Penarik. RM 10 untuk 60 ekor udang. Mana nak dapat harga nie macam di KL..aiyoyo..

42662325774_9d79bf84fe_bMacam goreng pisang da….

Antara hasil laut yang dijual..

43379025891_c27b178f26_bNie lagi satu yang membuatkan terliur.. sotong goreng tepung. Bapak besau ah…. Dah macam sotong kiteorang tangkap je pada hari pertama ritu.

Beli berbungkus² .. makan dalam kereta.. tak sampai keluar highway… udang dan sotong goreng.. dah settle simpan dalam perut memasing.

Dan kiteorang pergi ke arah highway terdekat… tetiba kiteorang singgah lagi kat satu port keropok lekor di mukim Merang.

42662421534_325063930f_bMemang tak sah kalo sampai Terengganu tak beli keropok lekor. Tak sampai 1/2 jam sotong dan udang goreng berpesta dalam perut.. singgah lagi beli makanan.

42662436334_d2ca41550d_bKedai Keropok Lekor Bayu Enterprise. Mudah untuk diagak tempatnya.. ada stesen minyak petronas kat sebelahnye.

42662436964_b304db08c3_bRare gak dapur kat Keropok Lekor Bayu Enterprise nie.. kalo kat area Losong Kuala Terengganu tak nampak style cam nie.

43330524862_88fc10a466_bDiorang uli semua open table.. takde sorok². Tapi time kiteorang datang .. semua dah siap untuk tinggal direbus.

43379148861_8b98793a4d_bEh.. lain plak bentuk keropok lekor diorang. Ada rasa kesat² tepung cam tue. Ape² pun.. kalo kunyah.. auummm… sedapp… rasanya nie port hanya orang ganu sini² je yang tahu.

Udang , sotong goreng tepung dan keropok lekor pun dah berjaya dipestakan dalam perut masing².. so kiteorang ke next destination iaitu ke Felcra Seri Bandi

28509641557_d4ef113a68_bDua jam setengah jugaklah perjalanan dari point Keropok Lekor Bayu Enterprise ke Felcra Seri Bandi.

28509659597_f50169dc05_bStarex tajaan  Mahasimfoni.my Car Rental padu sepanjang perjalanan

Actually ada 1 port menarik kat Felcra Seri Bandi nie yang kiteorang nak pergi iaitu Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi. Ape yang kelip² tue? Ada banyak serangga bercahaya kelip² diwaktu malam ke? So, kat situ kiteorang disambut oleh Encik Ghani. Untuk perjalanan ke Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi nie elok benar kereta lowerd diletakkan ditepi. Pengangkutan kiteorang nak ke Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi tue.. ialah seperti gambar dibawah.

29508890538_08c4e74f3c_bPling.. pengangkutan yang digunakan untuk ke Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi . Optimus prime apekah ini.. ?

Perjalanannya memang “camel trophy”. Bergoyang² abes penumpang kat belakang. Nak plak lalu kawasan off road masuk dalam kawasan kelapa sawit. Nama pun felcra kann…

42474917145_4417f1ecf5_bAda la plak hammock kat belah belakang nie plak..

Dalam kepala gua.. got no idea kawasan yang dituju.. nie mesti ada kampung kat dalam felcra nie.. tapi cam jauh la plak ke pedalaman.

41570791410_7b16eba4cc_bDan dah sampai pun Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi . Yeay..

Woah.. tempat ape nie thork? Dalam kelapa sawit pun ada tempat cam nie.. giler kentang… Menurut kepada tuan tanah iaitu En Ghani.. kawasan nie dinamakan kelip² adalah disebabkan kalo malam … sape² yang stay kawasan nie haruslah meng’kelip’kan mata masing² untuk sama level kecerahan di waktu malam yang gelap.

42474987955_31d4b3a06e_bPemandangan dari satu sudut.

Basically kawasan nie jadi port penginapan atau perkemahan yang berkonsepkan back to nature. Memang sesiapa nak menginap sini everthing is open air. Kepada sesiapa yang kaki layan nature.. kat sini la port best perlu ada dalam dream list.

43379446031_d5458297fa_bAda la plak anak sungai kat area sini.

43379444431_81f0ff1cbb_bNak masuk kawasan port lepak santai.

41570894850_200f909523_bAir kolam hijau sebab ada algea untuk kasi ikan dalam kolam makan.

29509119528_c015130015_bPeh.. ada la plak hammock camp kat sini plak..

42475094895_471fe8b425_bEh.. laju nau korang gi landing kat hammock nie kan…

Pengalaman landing kat kawasan nie kan.. memang tak nak bangun.. kawasan redup.. angin plak datang sepoi² bahasa…. ada plak hammock bleh goyang kiri kanan.. pehh… asyukkk….Nak plak owner hidangkan makanan kampung yang rare gilers….adoiyaii.. mata tue berat aje lepas makan.

29509218828_b48661ecb0_bPort mandi disediakan di tepi pondok nie..

Bagi sesiapa yang menginap kat sini.. nak mandinye sempoi aje.. boleh mandi kat tepi pondok nie…. airnya mengalir dari kawasan bukit berdekatan .. dan sentiasa akan refill automatik. cammane owner nie bikin air nie sentiasa ada .. gua pun tak tau ar..

Kiteorang dihidangkan dengan makanan tenghaari ala² kampung yang awesome.

43379613521_2d798654d1_bTempoyak….

28510008167_e1e5293b91_bIkan bilis digoreng.

41571018270_1f249305b9_bsayur ape ntah… ape pun meletup rasanya.

28510008877_d8e562697c_bKerabu ape nie woii?? Rare sangat nie..

28510008467_165d76d9d6_bDan signature dish sini iaitu.. ikan keli bakar. Gile bapak besau ar bunga kantan nie .. besar giler dowh.. Agaknye berapa hengget kat pasar dijual nieh.

43379704191_29db6535be_bDapur untuk masak ikan keli nieh..

43379703071_b13601a509_bNie bukan panggang mahu pun bakar nie.. nie diasapkan dalam tong nie.. Salai la kot?

Patut ar sedap gilers ikan keli tadi.. nak plak ada tempoyak.. pehhhh…. makan tak ingat sekeliling thork!

28510092597_0465062e50_bPinggan kiteorang .. tue yang bersusun helaian daun atas meje tue.. pehh… memang back to nature siot….

42663004704_542e5f2d20_bAcara makan tak toleh kiri dan kanan..

28510120317_58b4da7af3_bBapak besau bunga kantan yang ditanam.. patut ar lain macham bunga kantan dalam lauk tadi…

43331238172_9f00550769_bNie lelap ke lena terus nieh?

29509461538_de007bf621_bTiba².. tuan tanah hulur lagi makanan la plak.. dibantainya buat cekodok.. alahai.. atas daun plak tue.. mau tak terkam nak rasa…

Giler ko.. feel makan atas daun nie lain macham thork.. aromanya …pehhh… bertambah tambah…. Sambil borak² petang.. bleh plak owner keluarkan lagi makanan padu bak hang.. iaitu durian…..

29509547288_83678397f5_bDurian di kawasan rimbunan cam nie.. pehhh… er.. yang kat hammock sana tue dah “terkorban” ke blom tue… lain macham tutup matanya tue. Durian sampai pun tak sedor dah..

Mengikut kata tuan tanah iaitu En Ghani.. tempat nie biasa dijadikan kem untuk pelajar sekolah …. ada pelbagai aktiviti menarik dijalankan iaitu merentas kawasan, night walk.. camping.. mandi sungai berdekatan dan lain². Bagi sesiapa yang menginap kat kawasan pondok nie.. suka hati pengunjung ar nak tido celah mane pun.. bawah pondok ke.. bawah pokok ke.. lantak korang ar..

28510317047_6db104ee47_bNak bawak kemah? silakan…

28510316987_eafb73de43_bNak bentang tikar dan tido atas tanah pun .. silakan….

28510316897_a584e8270f_bMemang rare betoi ar … bentang cam nie pun jadi port tido….

28510352937_2452896c35_bTak jauh dari kawasan pondok hammock nie.. ada sungai.. bebudak sure suka nie..

Perut pun dah kenyang telah beberapa biji durian.. ikan keli smokey pun dah girang berenang dalam perut bersama cekodok.. dan masa untuk pulang keluar dari port Kelip-Kelip PalmStay Seri Bandi nie

42663285754_8ce69001ed_bMeh gambar ramei² sepam dua dulu.

Ape pun .. port nie memang terbaik thork.. tak sangka.. dalam kebun kelapa sawit pun bleh bikin port penginapan cam nie… jauh dari kesesakan bandar.. nie sure kalo malam bunyi hutan je nieh…. krik krik aje le… back to nature betoi ar…

29509745518_cd7ace2dff_bEh? ada kuda bebas berkeliaran dalam kawasan kelapa sawit nie.

Otw balik .. bleh plak tersempak ngan sekumpulan kuda. Menurut En Ghani, kuda tue memang sengaja dibiarkan berkeliaran dalam kawasan nie… dan kuda tue haiwan peliharaan En Ghani sendiri… peh.. ada kuda la plak…

Ape² pun memang ada benda unik sepanjang travelogue kali nie… Part paling best …candat sotong ar…. part paling adrenalin mencanak ..ialah acara “tembak menembak” guna panah….

Ambil kesempatan ini untuk ucapkan kepada Borak Kita dan pihak Tourism Terengganu kerana telah membawa kami para bloggers ke port yang rare diketahui umum. Nak datang lagi tak? Mestilah nakkk….muahahahaha…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s