Travelogue – Terengganu : Day 03

Dan pagi² kiteorang dah bersiap nak gerak naik ke arah utara Terengganu. Kenderaan Starex tajaan  Mahasimfoni.my Car Rental ready to go.

42449418955_3e7eddb5a7_bStarex setia bersama kami sepanjang perjalanan.

Alang² di Kuala Terengganu, so kiteorang pi cari sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan jauh. Dan pilihan port sarapan kiteorang adalah di Kedai Makan Sinah, Kampung Losong Dato’ Amar

42449506025_87f006be7f_bTak jauh pun kedai makan tue dari Taman Tamadun Islam.

43353346801_78204109d6_bOwner kedai jaga pitih kat kuanter.

Yang membuatkan gua terkejut beruk kat kedai nie ..ialahnya harganya yang murah. Cuba bayangkan.. air teh O panasnye aje.. harganya 30 sen! Gua siap tanya berkali kali time nak bayar air teh O gua… kot silap dengar ke ape… Dan nak lagi padu.. kedai nie banyak gile kot makanan untuk sarapan. Gua tengok pun sampai tak tau nak makan apa. Rambang mata siot.. Penyudahnya gua ambil nasi dagang. Sekadar nak makan makanan asli nasi dagang yang panas dibuat disini.

43353414671_4f078f5f06_bAmbil nasi dalam bungkusan.. kuah.. cedok sendiri…pehh..

43353414211_31991a8f36_bSaja nak rasa beza pulut panggang Ganu dengan di KL. Karipap, pulut panggang tue.. semua isi ikan…. pehhh.. padu bak hang.

42449596755_28501f1a99_bHamparan makanan sarapan pagi atas meja diorang.. aiyoyo.. apa mau makan nie macham..

Nasinye aje dah macam²..pengsan!

Perut pun dah kenyang.. so kite move ke next agenda… iaitu Broadwalk Setiu. Er… apekemende broadwalk tue? bunyi macam tarian omputeh je… Tengok map jap.. Uii.. bleh tahan gak nak kesana… sejam lebey la jugak.

28503626247_32b93dc799_bSemua perjalanan mostly lalu tepi pantai. So, semedang aje le nampak pantai.

Dan .. akhirnya kiteorang dah sampei … truly jalan kampung ar nak kesana. No more city sense area.

43373196991_99bc674e9d_bYeay.. dah sampai..

Dari luar nampak macam area pokok kayu bakau je. Mengikut kata orang situ, actually iadea Broadwalk Setiu nie idea sultan Terengganu. OoOo yea ke .. #barutahu. Dan sememangnya kawasan nie penanaman semula pelbagai spesis pokok kayu bakau. Dalam kepala gua mesti sama macam trip jalan dalam paya bakau cam di johor sebelum nie.

43324533002_3aa924b211_bYeay.. dah sampai.

Kat sebelah kiri gua seperti gambar diatas elok benau ada jaring berpagar mengelilingi satu petak. Gua tanya ar kat brother jaga situ. Mengikut brother jaga situ, actually pokok kat dalam kawasan berjaring pagau tue adalah pokok yang ditanam oleh sultan Terengganu. OoOoo.. patut ar elok nau dipagaunye.

41564446660_ec5f4e487d_bPokok yang ditanam sultan Terengganu.

43324596552_7816f8da02_bDah siap semua.. jom kedalam

Masuk kedalam skit .. eh.. kiteorang terjumpa makcik kat tepi jeti. Apekobondo makcik tue buat?

42468905175_c7e6d7da13_bOoO ..makcik nie cari lokan rupanya. Seguni dapek nye…

Cammane makcik nie tangkap lokan nie eh? So, makcik nie demo ar cammano nak carik lokan nie.. Caranya ialah dengan racikkan sebatang besi ke atas permukaan pasir. Bila ada bunyi seperti berlaga batu.. aaa.. tue ar lokan..

42468943685_4c6d491f09_bRupa kawasan dalam Broadwalk Setiu.

Ok gak kawasan nie… takde le suram mana pun. Orang pun sentiasa ada.. ntah mane orang luar datang pun tak tau ar… Kalo usha kat dalam air … bleh nampak siput ala² siput sedut berjalan di dasar…ada anak ikan gak.. crystal clear gak airnya….

42656557114_37a1a773c9_bUncle nie tunjukkan pokok nie.. ape ke ntah nama pokok nie.. pe pun pokok nie ar diorang buat bakul kraftangan

Bile kiteorang sampai kat hujung jambatan kayu .. wow…. sampai ke landscape cantik wooo..tak sangka ada port cantik cam nie… ingatkan hutan banat kayu bakau je.

42469011155_ab450c1d8d_bEnding jambatan kayu.Cantiknye… ada pokok rhu dan air mengalir tenang.

42469010655_2ae316b7f1_bDari perspektif atas jambatan kayu

43324748112_1805df12c0_bKawasan pokok rhu

42469011005_e63627c33d_bAir mengalir tenang

29503003388_3b9d371f0b_bEh.. ada lak achik nie standby bertikar mengayam bakul ar plak..

43373595671_5320b01612_bBekas letak telur atau buah.

42656672814_9a77749060_bEh.. ape yang brother nie buat kat tengah kawasan berair tue?

41564799330_5be2380fba_bOooO.. brother tue tangkap kepah dalam air tue….

Mengikut abe’ yang tangkap kepah tue…cara nak tangkap kepah nie.. dia guna kaki aje untuk gagau kepah kat dasar laut nie..

42656716744_f97c27e8e2_bBentuk kepah yang ditangkap. Kecik skit dari saiz lokan yang makcik kat depan tue tangkap.

Ape pun memang kawasan nie unik ar.. ada plak kawasan molek kat hujung kawasan. Tenang dan damai…Dengar katanya sultan Terengganu gemar gak datang sini tanpa ditemani pegawai kerajaan atau escort peribadi. Baginda nak tengok sendiri perkembangan dari masa ke semasa pembangunan hutan kayu bakau secara santai.

Dah settle tour kawasan nie, kiteorang gerak keluar. Sempat plak singgah kat warung brother yang assist kiteorang dalam Broadwalk Setiu tadi.

42469196645_9b80af4ca9_bBrother yang assist tour tadi tunjukkan hasil tangkapan yang ada kat warung dia. Ada plak ketam pondan kat situ…. Brother tue tunjuk perbezaan ketam pondan dan yang ori.

Madu dan nira dijual di warung

42656808864_62539513a3_bLokan dijual longgok kat warung

29503176838_f4df8ce4a1_bRupa isi dalam lokan. Yang ada ketam kecik tue.. brother tue cakap tue “ibu” lokan.. memang biasa ada dalam lokan.

Settle kat warung lokan nie.. kiteorang move ke kawasan hutan dan jauh dari kawasan pantai iaitu ke Lata Kolam Air Deru Ecopark

29503315698_84defb7bf4_bSejam perjalanan dari Broadwalk Setiu menuju Lata Kolam Air Deru Ecopark

43374161251_8c6ebf8fb1_bYes.. dah sampai Lata Kolam Air Deru Ecopark

So… nak sampai ke kawasan nie .. memang kena masuk kawasan kampung. Dari tepi jalan kampung nak ke point seperti gambar diatas.. kena jalan ala² “camel trophy” skit. Masuk kawasan kelapa sawit. Bukan jalan tar.. So.. kena slow² skit nak masuk kawasan nie untuk kereta yang lowered.

42469645215_9bbdf63c79_bBilik mandi dan tandas. So, pengunjung bleh bersihkan diri selepas mandi sungai.

43374231451_55ae0ea418_bKabin style. Yang pintu putih.. store dan markas staff. Belah kanan level bawah tue.. dorm kabin. Belah atas .. dorm kabin gak.

41565408040_7072062770_bSelain dari mandi manda di sungai.. nak naik ATV bleh lalu track yang disediakan.

41565433370_f33a7b2ef2_bTurun ke kawasan sungai. Jernih gak airnya.. cam sejuk je.. brrrr..

28504731517_5746ea6d28_bKat kawasan bawah tepian sungai nie ada kawasan “hammock camp”.

43374297431_c5527818d4_bNak pasang kemah .. takde hal kat kawasan “hammock camp”

43325465832_a13f0736bc_bSebab musabab kawasan nie dipanggil “hammock camp” sebab.. ada signature site diorang iaitu pondok cam nie untuk para pengunjung lepak guna hammock mengelilingi pondok nie.

28504791537_713126669b_bBawak hammock dan sangkut kat pokok nie pun takde hal.

29503891968_a5a88a1709_bUihh.. ape tue yang kat kiri gambar tue.. cam menarik je port tue. Macam port tido ala² hipster je.

42469889185_58419b890b_bKawasan memanah tepi sungai. Cam best je port nie.. Kalo datang group ..ada la pelbagai aktitiviti nak buat.

Jom kite usha port cabin….

43329659542_eefc746479_b43378318591_8539030f69_bOoo cam nie rupanya tempat tido cabin..

Oh yea.. kat tempat cabin nie… depan entrance nak masuk cabin dibawah nie… ada dapur open space untuk memasak dan tandas ber”shower” yang berdekatan.

42661431214_347c9b1d08_bTandas ada kat sebelah dapur. Ada ruangan bercahaya kat belakang itulah tandas. Dah diorang bedal telur Premia la plak.. adoiyai…sedap tue…

29507845498_b44631634d_bKawasan dapur yang open air…. amoi nie lapar masak meggi taruk telur Premia plak tue.. adoiyai.. gua tengok pun terus lapar. Makan meggi campur telur Premia kat kawasan open air cam nie .. feel dia lain macham kan?

Tadi kite ternampak satu port tepi tebing tinggi kan ala hipster kan? Jom kite pi usha dekat ngan port tue…

28508781657_dce5d35590_bFuiyoo… bleh tido dalam tube nie ooo….

41569674080_f70cf725e0_bFuiyoo.. ada katil muat2x tuk 2 orang tue…. ada tingkap hujung sana boleh bukak. Nie kalo malam kompem sejuk nie..

28508782527_226d5db297_bAda lingkaran pintu gerbang. Kat belakang sana ada warung makan. Kalo lapo.. dekat nau dengan warung makan. Laung ngan makcik warung tue nak kopi o panas pun boleh.

41569673680_40e2686f28_bPergh.. awesome siot pemandangan kat belakang port tido tube nie… letak kerusi kat ruang belakang tube nie… lepak cari ilham sambil minum kopi O yang dioder tadi.. pehhh….

Katanya pihak resort ada sediakan aktiviti untuk kiteorang…. jom cargas main aktiviti diorang dah plan untuk kiteorang..

Aktiviti memanah.. lawan by group memang seronok. Brother resort tue akan ajar dulu cara pegang alat memanah.

Dan keseronokan pun bermula…kiteorang naik ATV menuju ke lubuk untuk bermain water rafting.

43329912582_19a4fb1da6_bSuke eh korang naik ATV . Gambar kredit Eddy Rush

Tak jauh dari kawasan based .. kiteorang park ATV memasing dan menuju ke kolam pertama.

29508140558_7706ee489a_bHa.. dah sampai pun kat kolam pertama.

41569953070_dd82f0434f_bSetelah puas bergambar segala mak nenek wefie .. kiteorang move ke next pool

43330001182_f5d52d2cc5_bFuiyoo…. kat kolam ke-2 nie. Yang hijau gelap tue.. port dalam tue…

So.. kat kolam ke-2 nie .. biasanya point untuk lepaskan bot pelampung bagi acara water rafting. Bot pelampung nie.. staff pihak resort akan bawa mai ke sini. Jangan lupa untuk memakai pelampung dan helmet keselamatan.

42474266505_fdb2f59758_bGiler best ar.. dapat water rafting kat celah2x air deras. Kredit Eddy Rush

42474304555_892193ffcc_bDan kiteorang pun mandi sungai ramei² . Kredit Eddy Rush

Dah puas mandi, kiteorang dibawa ke port memanah berkumpulan.

43330140452_821416c094_bAcara memanah berkumpulan

Memang best ooo.. main “tembak²” guna memanah nie.. gamenye simple je… anak panah kena tiang lawan.. dia ar yang menang.

Dan pada malam hari kiteorang dijamukan dengan barbeque di hammock site.

43330186562_518dba3e4d_bAda kambing golek tue untuk barbeque.

42662108674_2a1a1f2370_bMalam dah lapar giler.. kambing golek bedal beberapa kali.. pehh…nikmat.

42662132274_945d8833fd_bTuan tanah bawa dikir barat oo kat acara barbeque malam nie

So, malam makin lewat..perut dah kenyang dengan daging golek.. apo lagi… nikmati tidur yang indah di dalam hutan.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s