Travelogue – Terengganu : Day 02

Pagi hari yang menyegarkan. Everything about sea. Sebelum gerak ke agenda seterusnya … pe² sarap dulu di Ombak Kapas Island Beach Resort . Tak leh makan banyak² ..kang terburai isi perut naik boat ke seberang plak.

Dah sampai di seberang … so kiteorang move ke utara skit .. iaitu bandar Kuala Terengganu. Tak jauh dah nak Kuala Terengganu dengan Jetty Pulau Kapas/Gemia nie…

41533947940_163f9d78c3_bhampir 1/2 jam jugak la nak ke town Kuala Terengganu

Tara… dah sampai di Pasar Payang, Kuala Terengganu

43293935382_cc9b2c4805_bDi luar signboard Pasar Payang.

Tak sah rasanya kalo visitors yang sampai di Kuala Terengganu tak singgah pasar payang nie. Macam² ada.. nak² plak bab makanan. Memang rare ar makanan tempatan dalam nie. Jom usha dalam.

43343497161_6f45bd795c_bKawasan dalam Pasar Payang.

Eh.. ada rupanya telur penyu dijual di Pasar Payang. Seriously, walaupun gua dah sampai Pasar Payang berkali², tekak nie tak berapa nak lalu makan telur penyu. “Tak sio” orang Perak kata…

Telur penyu tue…

Masuk ke dalam lagi.. nah ko.. terjumpa la kemeriahan makanan tempatan. Umangaih.. macam² bentuk. Rare sangat nie.. nak² plak nie stock makanan pagi.

Syurga makanan orang Ganu.

43294090792_c31aca7b3e_bBersepah makanan dijual dihadapan peniaga.

43294245732_4d3294cd84_bSinggah kedai Abe’ nie… ramah plak orangnya.

Dalam banyak² makanan, gua hanya beli gula² seperti gambar dibawah. Maybe beli gula² nie sebab pernah rasa kot sebelum nie. Tapi dah lupa cammane ke rasanya. Bila bukak ada tepung putih skit dalam butir gula² tue. Dan bleh melekat kat gigi gula² nie. Hanya mampu makan skit je untuk buat rasa.

43343598251_753116dff2_bSejenis gula² buatan tempatan yang gua beli.

43343797101_943ba3b55d_bBiasa nampak “buah” nie.. tapi tak tau apa nama..hihihihi. Ape nama eh?

Dah round² area bawah, so kiteorang pergi ke tingkat atas. Banyak produk buatan tangan dan baju.

42439845775_04981590bf_bPemandangan di tingkat atas.

Antara produk kraftangan buatan tempatan. Tembaga tue ooOo.. berapa la agaknye harganya tue.

Since kiteorang mengejar masa, maka kiteorang chow ke next aktiviti iaitu round² kawasan perkampungan Cina. Tak jauh mana pun.. sebelah Pasar Payang je pun.

So…kiteorang ditemukan dengan Mr Lawrence yang akan membawa kiteorang tour di perkampungan Cina tersebut.

42626953364_faae6ce103_bBergambar bersama Mr Lawrence sebelum meneruskan tour di dalam perkampungan Cina tersebut.

Menurut beliau, perkampungan Cina yang ada di Kuala Terengganu asalnya datang dari tanah besar China yang membina penempatan di sepanjang sungai Kuala Terengganu. First stop kiteorang di lorong seperti dibawah. Mengikut Mr Lawrence , satu ketika dahulu kawasan nie begitu sibuk dengan laluan orang disebabkan laluan menuju ke tepi laut.

43294521712_13c535b51f_bLorong macam nie memang sokmo ada di celahan bangunan sepanjang penempatan kampung Cina nie. Dikenali dengan nama  Lorong Kenangan Payang

42440150065_2d254c9a4e_bRamai orang la plak kat Lorong Kenangan Payang , Kampung Cina nie.

Menurut Mr Lawrence lagi, lorong ini dinamakan Lorong Kenangan Payang nie disebabkan banyak kenangan dilalui oleh penduduk asal kawasan sini memandangkan laluan yang agak sibuk dengan aktiviti perdagangan keluar masuk kawasan kampung ini. Tengok aje gambar diatas, hari gua sampai pun still ramai orang. Ntah mana datangnya orang tak tahu le teman….

41534775880_c79a98462d_bLorong kedua kiteorang pergi. Terjaga gak kawasan sini. Siap ada mural laei…

41534826690_ee3dd23af8_bTelaga apo yang bertutup nie jang?

Dihujung lorong nie plak , ada telaga yang dipelihara. Menurut Mr Lawrence telaga ini adalah tapak dimana wujudnya surau di hujung lorong yang dibina oleh ahli agama bernama Syed

41534827550_1af63f3f66_bCantik nau pintu gerbang yang berkayu nie.

Dan menurut Mr Lawrence lagi, binaan pintu gerbang seperti gambar diatas adalah kayu asal dari rumah tradisional di kawasan luar lorong tersebut. Gua ingatkan pintu gerbang nie baru pacak dari kerajaan negeri… #tepukdahi.

42627378044_d4d87568bf_bAntara bentuk rumah yang ada di kawasan ini.

42627376494_6f92bf6a5a_bAntara kreativiti di Lorong Warisan Dunia Kampung Cina. Kat cable car Langkawi pun ada style mangga nie.

42440403955_dce57f19ab_bDi lorong “Seven Wonders of the world” . Diberi nama sedemikian kerana ada informasi tengah “Seven Wonders of the World” di dinding lorong tersebut.

29474288238_dba3d59276_bLot rumah yang menggunakan mural/corak binatang laut di dinding.

28475355457_63e1f7db8c_bOwner rumah mempunyai citasa tinggi terhadap senibina dari pelbagai negara seperti roman dan lain² lagi.

29474284718_08b2e23242_bPondok telepon zaman dulu² diorang ambil dan letak di salah satu lorong.

43294928872_7530c6e3b7_bHa.. ce teka.. apekemende nieh.. hehehe

43294930732_09ea30ac7a_bTelaga yang diperlihara kembali oleh penduduk sekitar.

Since masa pun tak banyak nak go tour all around kawasan perkampungan cina nie, kiteorang move to another agenda iaitu acara makan²… hahaha.. dah tengahari der… Kat mana port makan kiteorang? Kiteorang pergi ke area keropok losong yang femes di Kuala Terengganu… tapi bukan makan keropok tue.. kiteorang pergi ke Rumah Warisan Haji Su untuk santapan tengahari yang disediakan oleh pihak muzium sana.

41535243540_36f69570bf_bYes .. dah sampai di Rumah Warisan Haji Su. Park dulu kereta Starex tajaan  Mahasimfoni.my Car Rental

Menurut sumber pihak muzium, rumah nie dimiliki oleh Su atau nama panjangnya Haji Su. Haji Su nie terkenal dengan kekayaan yang dimiliki sewaktu itu. Lebih kaya dari Sultan Terengganu. Uih.. betul² kaya nieh. Dan nama ownernya memang “Su” .. Simple aje namanya… memang orang zaman dulu² namanya pendek² belaka.

So, kerajaan negeri Terengganu beli rumah nie dan rebuilt balik rumah nieh.

41535232800_660f9b98c9_bNama ahli keluarga diorang pendek² belaka.

41535233700_da48ed1bc5_bOoo nie ke rupa orangnya…

Interior dalam rumah yang dibina semula.

41535237170_e7823e1c57_bJengah kepala dalam bulatan tengah nie. Fuh.. telaga yang mengunjur naik ke pelantar kawasan  mandi dari permukaan tanah.

41535234810_84d1592829_bTiang pun patah dibom Jepun da..

41535239930_6b3c1b70bc_bAntara bentuk² cantuman kayu yang diorang apply kat rumah nieh. Tak pakai paku der..

28475777197_18e5e9c122_bMakan bawah rumah. Sempoii…

Perut pun dah kenyang, rumah pun dah round .. so kiteorang pergi menuju ke port penginapan kiteorang untuk malam nie iaitu Villa Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam.

Asalnya villa nie unit² rumah untuk tok siak dan imam untuk masjid di Taman Tamadun Islam. Lama kelamaan , kerajaan negeri open unit² nie untuk sewaan orang luar. So, sape nak stay di Kuala Terengganu bersama keluarga amat recommend untuk stay di Villa Kristal nie kerana berada dalam secure area, rumah yang luas siap ada kawasan dapur dan ruang tamu.

43352222571_d8a9c60a84_bKedudukan Villa Kristal yang terletak di atas pulau kawasan Taman Tamadun Islam.

43352076491_fc5c4f13ce_bYeay… dah sampai di Villa Kristal

42635408304_892d7d94f7_bTak jauh pun lokasi villa nie dengan Masjid Kristal

Luas dan selesa. Kediaman yang damai.

Dah park barang, kiteorang move to Taman Monumen. Er.. apekemende Taman Monumen nieh… ? Tak jauh pun Taman Monumen nie dari Villa Kristal. Atas pulau yang sama je pun.

28483018677_8d489a6d9c_bHa.. dah sampai pun.. nampak cam besar gak.

29482226098_9066805f0d_bInfo luar kat Taman Monumen . OooO.. kisahnye. Malam kang nak naik river cruise yang tulis “TTI River Cruise” kat dalam panel info nieh.

29482226998_91ac2a5b39_bNak masuk kawasan Taman Monum nie jangan datang malam plak. Kompem takde..hehehe

41543566020_79cd940127_bSenarai harga pakej2x yang ditawarkan.

Nak masuk sile le bayar dulu. Dah bayar baru dapat tiket cam gambar diatas. Sejibik cam passport.

28483018267_dd707d163c_bKedudukan dan peta dalam kawasan pulau

42448285615_ea896ddf53_bTram dah standby untuk group kiteorang.

41543566590_b0b50604aa_bSelain dari tram, boleh juga menaiki pelbagai transport yang lain.

Actually kalo nak menapak dalam kawasan Taman Monumen nie pun boleh… tapi berkicap ar dibuatnya. Besar kot kawasan nie. Oh yea.. Taman Monumen nie actually sebuah taman yang display replika berkaitan masjid yang femes di seluruh dunia. Tiap² monumen nie.. ada diantaranya menyediakan tayangan video info monumen tersebut. Siap ada aircond laie dalam bilik tayangan tersebut.

Antara monumen² yang ada.

Replika Masjidil Al-Aqsa

Fuiyo.. tak sangka… hanya datang ke Taman Tamadun Islam nie gua berjaya jejakkan kaki di Masjidil Al-Aqsa. Biasa nampak dalam tv aje…. Dengan adanya relika nie baru ar kita tahu yang bentuk dan kandungan dalam Masjidil Al-Aqsa. Ingatkan yang ada ruang solat macam masjid yang biasa. Rupanya di ruang tengah nie… ada tapak kaki nabi Muhammad point baginda nak naik ke langit bagi peristiwa Israq dan Mikraj. OOooOo kisahnyeee….. #barutahu.

Walaupun kawasan ini dipenuhi dengan monumen² berkaitan masjid.. tetapi info/pengetahuan gambaran keseluruhan islam around the world dapat dinikmati. Contohnya macam Masjidil Al-Aqsa seperti diatas. Contoh yang lain ingatkan tower meninggi nie bilal naik ke tingkat paling atas dengan naik tangga macam yang kita biasa observe di masjid tempatan kita. Rupanya bilal kena sampai ke puncak atas menara dengan menaiki kuda. Bayangkan lima kali sehari, tok bilal kena naik kuda keatas menara untuk melaungkan azan.

28483216387_4fd6e7a0ec_bMenara yang dibina untuk bilal atau sesiapa sahaja menaiki kuda mengelilingi bahagian paling atas.

Dah settle round² Taman Monumen nie, kiteorang balik ke villa rehat untuk agenda aktiviti malam iaitu river cruise.

Sambil² lepak kat villa, ada plak bawak telur Premia . Apo lagi .. bedal la buat tea time petang² nie..

28510564267_83b39be266_bSiap ada kicap dan lada sulah la plak korang beli.. apo lagi.. bedal ar telur separuh masak telur Premia nie..

So malam dah menjelma, perut pun dah kembali lapor… kiteorang pun menuju ke port nak naik river cruise. Port nie kalo kite google map.. dikenali dengan “Pengkalan Tok Ku Paloh, Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu” . Tak jauh pun dari Villa Kristal… dalam 5 minit kalo nak menapak.

43303971362_b97382028e_bYeay.. gembira dah sampai “Pengkalan Tok Ku Paloh”

43303972012_d900e88c93_bSenarai harga bersama Manager Sales & Marketing River Cruise

43303970572_b25b9551cb_bLawa gak port nak naik bot river cruise nie.

43303969632_0d512e479b_bNie le kot bot yang kiteorang naik kot.

43303969292_68aa3ba297_bBetul la nie.. bot yang kiteorang naik. Ada staff menunggu kat pintu masuk.

43303972362_7cbf20172e_bRuang dalam bot.

29482692338_60a4d9d812_bMC sedang memberi taklimat sewaktu bot belayar.

So, actually kiteorang dibawa belayar ke area kawasan Pasar Payang untuk menyaksikan keindahan malam sepanjang perairan sungai Kuala Terengganu.

42636099444_c3837715bc_bRoute river cruise.

Antara landskap yang bercahaya di sepanjang sungai Kuala Terengganu. Gambar guna handphone .. so tak berapa nak power plak gambar diwaktu malam. Maklum la.. low light. Pergi jengah sendiri .. baru lawa..

So, sepanjang river cruise kiteorang disajikan dengan makanan western dari pihak pengurusan.

42448766175_a2e4a3ddc7_bSetting makan malam

Speghetti dan chicken cop.

42635946274_020cf30376_bTakkan tengok je pemandangan luar kan.. apo lagi.. bedal ar…

So.. itu aje pengalaman untuk hari ke-2 di travelogue Terengganu. Santai² je rini. Tasabar untuk perjalanan esok hari.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s