Travelogue – Terengganu : Day 01

Tetiba dapat call untuk travelogue Terengganu. Aiyayaya.. last minutenye.Tengok tentatif macam ada benda menarik. Fuiyoo… ada aktiviti mencandat sotong tue. Nie aktiviti golden dream sejak dari dulu nie… bertahun² plan nak pergi aktiviti nie… akhirnya gua dapat pergi jugak dengan zero expenses plak tue. Thanks to BorakKita kerana membuat trip nie. Tasabar rasanya. Dan ada satu lagi dream bling gua yang sampai ke hari nie tak dapat pigi ..iaitu lepak di Pulau Kapas.. fuiyoo…. tak pernah pergi siak ke Pulau Kapas nie. Asyik nampak news feed dan dengar cakap orang pasal Pulau Kapas sebelum nie.

Dan kiteorang berkumpul di stesen LRT Gombak untuk naik Hyundai Starex. Fuiyoo.. Starex tue.. tak pernah naik oOoo.. ape2x pun terima kasih kepada Mahasimfoni.my Car Rental kerana sudi menaja logistik kami ke Terengganu.  Kereta pun dah sampai.. korum pun dah cukup.. apo lagi.. cargas ar ke Ganu. Na na na.. ganu kite…

28444345537_0a8e9d72ab_bKereta Hyundai Starex yang ditaja oleh Mahasimfoni.my Car Rental

Gerak jam 12 malam.. tiba jam 4 pagi.. kat r&r Paka jap..

28444377537_c0a3f8d4a8_bBerhenti rehat.

Tapi memang terbaik ar kereta tajaan Mahasimfoni.my Car Rental  nie.. naik atas kereta dari Gombak sampai ke Paka.. fuiyooo.. memang tak sedar ape dah.. selesa thork.. Oh yea.. kepada yang first timer nak ke Terengganu.. jangan silap turun di Jabor plak di LPT 1… actually ada sambungan lagi di LPT 1 nak ke Terengganu.. perlu naik LPT2 ..

Dan kiteorang tiba di “markas” Ombak Kapas Island Beach Resort untuk “melompat” ke Pulau Kapas.

41504053930_f1e39ffd55_b“Markas” Ombak Kapas di Jetty Pulau Kapas/Gemia, Arked Jeti Pelancongan Marang Terengganu.

Search google map “Jetty Pulau Kapas/Gemia, Arked Jeti Pelancongan, 21600 Marang, Terengganu” .. sampai ar ke port seperti gambar diatas.

28444621397_1e402ebc8b_bPemanduan selama hampir 5 jam ke Jetty Pulau Kapas/Gemia

41504216980_035fca5a5a_bPemandangan indah di Jetty Pulau Kapas/Gemia .. Ada boat lalu.. bunyi air laut.. ermmm…. indahnye suasana.

Selepas bersua muka dengan geng tourism Terengganu kiteorang pun gerak ke Pulau Kapas.

29443848348_462e121d3e_bMasing² muka girang naik bot laju ke Pulau Kapas.

Eh.. tak sampai 15 minit bot pun dah sampai ke Pulau Kapas. Ler.. tak jauh rupanya. Dari pulau bleh nampak tepian pantai Marang. Bila sampai kan.. pehhh… air laut dia jernih siot… wah.. rasa nak terjun mandi.. sabar yea.. sabar….. ada masanya nanti.

43267635382_cdf8a5ee1c_bYang dataran biru seberang sana tue adalah persisiran Marang.

Oh yea.. untuk penginapan kami di Pulau Kapas ditaja oleh Ombak Kapas Island Beach Resort . Dari pengangkutan ke pulau, tempat tinggal , sarapan pagi dan bot mencandat sotong pun diorang taja. Aduiyai… terima kasih banyak² atas kemurahan hati Ombak Kapas Island Beach Resort . Ada kiosk untuk beli barangan harian kat resort nie. Gerai makan pun ada…

Dan untuk makan selain dari sarapan pihak kami ditaja oleh Kapas Coral Beach Resort . Tak jauh pun Ombak Kapas dan Kapas Coral nie.. sebelah menyebelah je pun.

Pihak kami dibawa oleh pihak Kapas Coral Beach Resort nie untuk meninjau bilik² penginapan diorang. Antara yang ada adalah seperti dibawah:

Ape² pun , dua dua resort nie memang terbaik. Kawasan bersih putih selembut kapas.

42599490274_606f4f19ed_bPemandangan dari tepi pantai.

Dah lepak menikmati kawasan, kami dibawa ke Bukit Singa. Dengar kata bukit tue tak tinggi. Maka kami pun dibawa menaiki bot ke tempat yang dimaksudkan. Tiba² bot yang membawa kami berhenti di satu kawasan pantai. Rupa²nya kami perlu berjalan kaki dari point boat landing menuju ke Bukit Singa. Diberitahu dari pihak bot yang bot mereka tak boleh go further since air cetek untuk ke kawasan Bukit Singa. Kami ingatkan sepanjang perjalanan tue mudah meredah pasir pantai.. rupa² kena melalui kawasan batu² tajam dan merbahaya. Silap langkah, jatuh dan berdarah.

43317625611_01a8ceeedc_bNampak macam tanah liat.. tapi tue batu keras tue…. sepanjang perjalanan batuannya ada yang tajam ibarat kepingan besi construction yang patah… so tajamnya bergerigi…

Menurut orang bot yang lead trip kami nie.. biasanya pelancong akan jalan kaki dari point resort masing². Dan katanya lagi ada pelancong yang cuba menaiki bukit singa, tetapi malang pelancong tersebut kerana jatuh….. Berdasarkan permukaan bentuk muka bumi yang kiteorang melangkah nieh.. dapat agak betapa “ganas”nya kawasan terbabit.

Pling.. kami telah sampai ke kawasan Bukit Singa. yess…. Rupa² destinasi sebenar kami belum abis lagi. Nak melihat pemandangan seperti gambar dibawah, kiteorang terpaksa mendaki bukit berhadapan Bukit Singa yang sememangnya curam gilers. Silap langkah… bergedebuk jatuh kebawah.

43268005372_c5be34b6ea_bPemandangan menghadap Bukit Singa.

29447422228_5f483ff3bb_bNampak dalam gambar macam x curam. Tapi kalo korang pergi .. tau aje lah azabnye nak naik keatas. Dinasihatkan memakai kasut yang sesuai kalo nak daki bukit nie. Kalo pakai selipar cap ayam macam gua… scary movie siot.

42599781914_d7489213fc_bcantik tak? Pemandangan dari bawah.

43317845321_d2235ecd4e_bDan akhirnya gua berjaya sampai ke atas bukit yang curam giler nie.. Wah.. bestnye pemandangan sekitar nie. Lautan terbentang luas.

28448528147_aedb859255_bWah.. jernihnye air dibawah tue..

28448558267_8eeb63dd35_bYeay… dah pun sampai

Setelah puas bergambar diatas tue, maka kami pun gerak pulang ke port nak naik bot. Next acara adalah aktiviti mencandat sotong. Yeay.. aktiviti yang tasabar nak pergi.

43268228782_81f76a9fc6_bMana ke botnya .. tak sampai2x lagi.

43268249342_8a62f4db59_bDan akhirnya boat yang ditunggu telah sampai.

Rupanya bot yang kiteorang nak naik tue parking kat tengah laut since kawasan cetek. Bot untuk mencandat nie tak sesuwei tuk pergi ke tepian pantai. So, bot fibre sedia menanti di tepi pantai untuk membawa ke bot seperti diatas.

43268282922_8e86c2701a_bKawasan dapur yang sempoi

Dan kiteorang pun berlayar di tengah lautan. Siyes tak tau kat koordinat mana. Yang gua tahu.. kiteorang kat Laut China Selatan yang terbentang luas.

Since masing² first timer datang nak candat, maka assistant bot menunjukkan cara nak candat sotong dengan guna tapi gulung².

Dan petang menganjak ke malam.. dan lampu² tepi bot pun dipasang… dan bermulalah acara yang paling ditunggu….. pesta mencandat sotong.

Memang seronok ar candat sotong nie… dia punya feel bila sotong ragut umpan tue… lain macham….. Rasa teruja bila naikkan umpan tue…. bleh nampak sotong tue kejar umpan ke permukaan laut. Dalam range 1 meter dari permukaan laut dah bleh nampak sotong tue kejar umpan. Kadang² bleh nampak ikan pari berenang tak jauh dari bot. Memang terbaik ar aktiviti nie. Oh yea… actually nak tangkap sotong nie pada perkiraan gua ada tekniknya yang tersendiri. Ape² kena pegang tali umpan sotong nie nak tau tekniknye tue…

So, kalo nak turut candat sotong pada tahun hadapan , boleh roger saye. Takat nie ada 5 orang berminat nak pergi tahun hadapan.

Kalo nak ikutkan hati , tak nak je balik jam 10 malam. Nak mencandat sampai ke pagi. Mana taknya.. time sotong tengah meriah dinaikkan tue la baru dah paham skill candat nie. Jam 10 lebey dah kena beransur. Maklum la.. ikutkan tentatif kiteorang.. jam 10 sepatutnya dah balik ke resort. Pihak Kapas Coral Beach Resort telah sediakan barbeque untuk kiteorang. So, dengan berat hati .. kiteorang pun chow ar balik ke resort.

43269068872_23a83d0502_bHasil candat yang berjaya dinaikkan sendiri.

43269130102_0549b4c90a_bGile bapak besar ar sotong nie… Ada yang lagi besau tau!

Bila pegang sotong nie baru tau bezanya antara sotong fresh dinaikkan di laut dengan sotong yang dibeli di pasar. Yang fresh baru naik nie… rasanya likat cam ada gula bila dipegang. Time dinaikkan … warnya putih.. bila dah dibiarkan seketika baru warna sotong tue berubah jadi brown.

42600510264_019f118184_bBersama hasil candat sotong pada malam ini.

Sampai je di Kapas Coral Beach Resort makanan malam kiteorang terhidang. Sotong yang ditangkap tadi , sebahagian dimasak barbeque. Erm.. dapnye dapat kokak sotong fresh malam nie.

Ape² aktiviti hari pertama nie memang menarik.. 2 impian tercapai iaitu nak pegi ke Pulau Kapas.. dan aktiviti mencandat sotong. Tak dapat bergambar dengan mat dang pun tak mengape ar.. hihihihi….

Nota kaki : Mat Dang ada je menginap di Ombak Kapas Island Beach Resort time kiteorang ada kat resort situ.

 

Advertisements

2 thoughts on “Travelogue – Terengganu : Day 01

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s