Next travelogue adalah ke Johor. Still wondering … ape yang best sangat kat JB untuk dilawati kali nie?
On the day , kiteorang jumpe kat MATIC KL untuk naik bas. Semua orang dah sampei, kiteorang pun gerak ar.. Dalam bas tido.. Bila dah sedar.. eh .. dah sampai tol kat johor. But still lagi blur …. highway nie lalu mana eh? Tap tap.. kiteorang dah sampai ke new township area ala2x putrajaya. Hurmm… no idea kiteorang lalu mana. Bila gua check maps.. wow… kiteorang lalu laluan lain ar. tak tembus tol skudai.
Biasanya dan itulah laluan yang gua lalu kalo nak pegi ke town johor dari highway PLUS.. gua akan lalu di laluan berwarna hijau seperti gambar diatas… akan lalu Skudai Parade …… Taman Tun Aminah.. Tampoi.. Bandar Baru Uda… and so on. Kali nie .. pehh… ikut laluan highway baru ar… siyes baru tau… Dengan laluan baru tue.. akan tembus direct ke Nusajaya.
Dan first time gak gua jejakkan kaki ke area Nusajaya. Sebelum nie pernah dengar je nama Nusajaya.So, kiteorang tiba Hotel Jen dalam keadaan hujan renyai2x .
Sampai kat Hotel Jen tue kiteorang nampak satu pelabuhan mewah ala2x macam The Cove Port Dickson. Siap ada terminal ferry lagi yang dikenali sebagai “Puteri Harbour International Ferry Terminal”
Pelabuhan yang dimaksudkan tepi kawasan Hotel Jen Puteri.
Terminal Ferry yang dimaksudkan.
Dan biasanya kalo gua ke jb… point dari pantai lido menghala ke stulang laut tue je la yang gua tau yang seberang laut tu Singapore. Bila tengok google maps.. oo.. kedudukan singapore untuk area Hotel Jen Puteri nie kat belah barat singapore rupanya.
Kawasan bertanda merah, laluan pinggir town JB yang bleh nampak Singapore kat seberang laut.
Dengar katanya, terminal ferry tue ke Batam. Biasa dengar Batam, tapi tak tau Batam tue celah mana.. hahaha.. ce bak skodeng google maps lagi.
Ooo Batam tue kat bawah lagi dari Singapore. So, maybe orang Indonesia yang di belah selatan bleh ada akses masuk yang terdekat melalui Nusajaya kot. Yang arrow hijau tue memang ada trip feri dari Melaka ke Dumai.
Panjang gak gua berceloteh pasal geografi Johor nie.. hahaha… maklum la port baru sampai.
Luar bangunan Hotel Jen
So, kiteorang sampai dengan terus ke acara makan tengahari kat hotel tue.
Percaya atau tak makanan tengahari gua makan ini aje.. hahahaha
Selepas ngap ngap tenghari , kiteorang dibawa berjalan2x untuk melihat fasiliti di hotel nie….
Abam hotel kita menunjukkan yang diorang sediakan shuttle bas ke legoland.
First area yang kiteorang pergi adalah skodeng tempat corporate meeting ar….
Yang menariknya bilik2x meting kat situ dinamakan pulau2x sekitar Malaysia. Maybe dengan cara ini , pihak hotel dapat memperkenalkan pulau2x menarik kepada pelancong samada domestik atau luar negara.
Nama2x hotel di pintu masuk
Pihak hotel juga sediakan port nak caj atau lock tepon semasa meeting sedang berlangsung.
Selepas tue kiteorang dibawa ke main ballroom diaorang.
Ruang legar di luar ballroom. So.. nak letak booth ke ..pameran ke ..bleh letak kat sepanjang area sini.
So.. kiteorang pergi ke block dari hotel iaitu ruang leisure la kot…
In between antara block main hotel nak ke ruang leisure.
So, kat ruang leisure nie kite ada 2 tempat. kalo kita ke kiri , kite akan ke Club Lounge. Kalo kita ke kanan .. kita akan pergi ke Chavana Spa.
Club Lounge yang dimaksudkan.
Fuiyoo.. eklusif tue ..
Gambar2x lama untuk kawasan ini diabadikan kat rak dalam Club Lounge nieh.
Workstation untuk digunakan.
Bestnye kalo dapat meeting cam nie.Time2x stress dalam meeting, bleh usha pemandangan lagun kat luar.
Selepas round2x dalam Club Lounge, kiteorang ke kawasan hadapan club tue plak iaitu Chavana Spa.
Chavana Spa dari hadapan.
Kawasan menunggu nak masuk dalam bilik urut.
Kat hadapan spa nie ada port gym.
Pilih2x.. nak sorang bleh .. nak urut berdua pun bleh. pilihan di tangan anda.
Hiasan dalaman
Port mandi dan sauna.
Dah settle area spa, kiteorang pergi ke arah Skybar. Mende Skybar tue? nanti gua cerita kat bawah yeak. So, jalan kedepan kiteorang lalu bright macam gambar dibawah. Kata orang hotel tue.. ramai pengantin buat shoot kat sini.
Atas bridge, akan lalu kawasan rooftop nampak pemandangan lagun shipyard nieh.
Pandang kanan nampak kawasan komersil sebegini. Block belah kiri adalah theme park Hello Kitty.
Jengah area bawah plak
Dan akhirnya kiteorang dah sampai ke kawasan SkyBar
Pemandangan dari kolam kanak².
Wah.. bestnye kalo dapat mandi. Luas pemandangan di depan.
Skybar
Di satu sisi yang lain.
Wide scenery dari area SkyBar.
Nama pun SkyBar. Ada pemandangan ber”sky” dan ada bar port minum2x kat situ.
Port makan pun ada kat area SkyBar tue.
Dah settle area SkyBar, kiteorang pergi ke bilik niche diorang iaitu bilik2x Hello Kitty. Yeay…!!
Wah.. pink githew…
Menggelupur agaknye kipas susah mati Hello Kitty kalo nampak bilik sebegini.
Numbering kat luar pintu.
Wah… nampak ekslusif gak biliknya.
Ruang tidur
Jengah luar, nampak kawasan lagun.
Next, kite usha kat bilik ke-2.
Wah… bilik nie lagi la Hello Kitty.
Ruang tidur parent.
Wah .. bilik untuk anak².
So.. done round² bilik Hello Kitty area. Next.. we move to taman tema Hello Kitty . Yeay!! ape yang best sangat kat area situ.. jom usha kat bawah.
Ruang legar Hello Kitty
So, ketibaan kita disambut oleh wakil dari taman tema Hello Kitty sebagai introduction
Nak masuk taman tema ke tag tangan dulu.
Masing2x diberi goodies bag.
Antara item yang ada dalam beg tue.
Entrance nak masuk ke dalam
Ada pentas persembahan la kot.
Port aktiviti kanak2x.
Wah… ada persembahan dari Hello Kitty ar.
Selepas menyaksikan persembahan di taman tema Hello Kitty Malaysia, kiteorang pergi ke taman tema Lego Land plak. Wah…. setakat nie dengau dari media dan mulut orang je. Kali nie dapat pergi betoi2x ke lokasi taman tema Lego Land.
Kiteorang drop dari area port bas lepak. Jauh gak nak menapak.
Lepas je ruangan nie.. sampai ar ke kaunter tiket.
Yeay .. dah sampai.
Bahagian dalam selepas pintu masuk
Jom jalan tengok ape menarik di dalam
Ada aktiviti kanak² la kot.
Lets go deeper.
Tunggu gak ketapi lalu. takde pun.. huhuhu
Port star wars.. sekadar usha dari luar aje la.
Replika landmark² menari all the world ada kat sini.
Since kiteorang sampai pun lewat, tak banyak kawasan untuk dilawati. Ape yang ada je lah depan mata untuk dinikmati. hihihihi.
Bergambar bersama icon lego menandakan diorang nak tutup kedai dah.
Dah settle di Lego Land, kiteorang kembali semula ke Hotel Jen untuk check in room masing².
Wah .. ini rupanya bilik kiteorang.
Siap ada tab mandi. Berenang-renang ke tepian la nampak gayanya malam kang. hihihi.
Antara benda suka nak tekan2x dalam bilik tue adalah shutter tingkap bilik. Bleh naik turun tue dengan tekan butang kat tepi katil.
Selepas rest kat bilik nie.. kiteorang pergi makan malam di Hotel Amari yang terletak di town JB. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1/2 jam dari Hotel Jen.
Yey .. dah sampai Hotel Amari.
Ingatkan kat bawah tu reception, rupanya kena naik tingkat 6 baru jumpa reception.
Sampai kat hotel cam nie…makanan memang meriah u’olls. Sampaikan tak tahu nak ngap ape.. perut dah lapo round2x petang tadi.
Penyudahnye gua meratah lauk aje le.
Diorang pun buat konsep open kitchen. Bleh nampak chef² memasak.
Selepas menikmati makan malam di hotel tersebut.. kiteorang pun chow ar balik ke Hotel Jen.
#JomJohor #TourismJohor #MuafakatJohor #VM2020 #SayangMalaysia #GayaTravel
#encikpink #mediaavenue #lirikancahaya
#bloggermalaysia #bloggerMy #malaysialifestyleblogger #malaysianlifestyleblogger #lifestyleblogger #media #influencers
#johor #johordarultakzim #jdt #malaysia
#igersmalaysia #malaysian #vscomalaysia #igmalaysia
#instapassport #thecreative #artofvisuals #aroundtheworldpix #ig_masterpiece
Bestnyaaa bila ingat balik hahah..tetibe rindu nak tdo kat hotel2 tu hahah
ace ce ce…
mentang² dapat tiket free menginap di amari.
Pingback: Santrio Times- Hello Kitty | Encik Pink