Travelogue Kedah : Hari 1

Kali nie gua meng’travelogue’ ke negeri Kedah.

Kedah! Hurm… yang wa tahu, negerinya menghijau dek hamparan sawah padi. I got no idea how trip kali nie. Kali nie gua and the geng tak pi naik bas macam trip sebelum nie.

Kiteorang naik kereta bergerak di malam hari. Wa pun tak pasti awat rider nak gerak tengah malam. Yang gua tau, gua lelap aje dalam kereta. Lelap bangun, lelap bangun.. gua dah sampai ke bandar Alor Setar… agak blur rupanya kalo jadi penumpang nieh. Ntah mana2x area kiteorang sampai. Sebelum subuh plak tue sampainya. So kiteorang melepak kejap kat lobby sementara menunggu breakfast. Bila dah kembali segar, baru ar kiteorang dah sampai di StarCity Hotel Alor Setar. Sape nak menginap hotel area town Alor Setar, bleh menginap disini. Hanya menapak aje , dah bleh sampai ke shopping complex Aman Sentral.

Untitled-2
Tak jauh pun point dari hotel nak menapak ke shopping complex aman sentral

Dah breakfast kiteorang ramei2x check in  dalam bilik hotel. Atas courtesy pihak hotel, mereka memberikan tambahan bilik lain sementara bilik2x lain ada orang yang check out.

Bilik yang kiteorang check in

Selepas everybody siap2x , maka kami pun gerak ke destinasi pertama iaitu Dataran Alor Setar.

IMG_0113
Van pengangkutan kami sedia menunggu diluar hotel . Terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah kerana menyediakan pengangkutan untuk kami.

vlcsnap-2018-03-24-17h59m38s234
Yeay, dah sampai ke Dataran Alor Setaq

Mengikut pegawai yang mengiringi perjalanan kami iaitu Tuan Zam , dahulunya dataran ini hanya berlantaikan rumput. Baru² nie aja kerajaan negeri memperuntukkan untuk menaiktaraf dataran ini dengan menutupi kawasan tersebut dengan lantai batu granit. Bleh nampak warna kelabu sekeliling dalam gambar diatas.  Setelah mengambil beberapa kawasan sekitar, kami dibawa pula ke bangunan sebelah dataran iaitu  Balai Besar Diraja Kedah. Balai Besar Diraja Kedah nie sebenarnya merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Since dah bangunan nie dah makan ratusan tahun, maka ianya ditutup untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kerana bangunan ini dibuat dari kayu.

Setelah kiteorang bergambar sekitar bangunan Balai Besar Diraja Kedah, kami ke bangunan sebelahnya iaitu Muzium Diraja Negeri Kedah.

Muzium Diraja Negeri Kedah

Kat situ kita boleh melihat kelengkapan raja² dan sultan² terdahulu seperti tengkolok , tanjak, keris , pakaian dan lain² lagi.

Antara landmark bangunan bersejarah disitu adalah Menara Nobat Alor Setar dan Masjid Zahir Alor Setar.

Menara Nobat Alor Setar

Settle kat Muzium Diraja Negeri Kedah , kami bergerak melintasi Menara Nobat Alor Setar menuju ke Galeri Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. So kat bangunan tue tak dibenarkan untuk snap gambar…so tiada gambar untuk internal bangunan tersebut.

Galeri Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. ynie pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen negeri itu, mengambil masa kira-kira dua tahun untuk pengubahsuaian sehingga siap sepenuhnya.

Bangunan mahkamah yang dibina pada 1922 itu juga mempunyai nilai sejarahnya sendiri kerana ia dibina oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (jurutera negeri), F.W.Wade ESQ (arkitek) dan H.W. Fofden (kontraktor).

Reka bentuk bangunan berkenaan bercirikan seni bina roman dan ia boleh dilihat daripada reka bentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.

ramei2x register sebelum masuk ke galeri.

Selepas round2x dalam galeri, kami dibawa ke Dataran Tanjung Chali. Kat situ , port santai2x tepi sungai. Setahun sekali , pertandingan bot / perahu dibuat di dataran tersebut.

Kedepan lagi, gua sampai ke mural Tun Mahathir. wah.. alang2x dah sampai, bleh ar gambar sepam dua. Nak mai ke mural nie boleh pergi ke Jalan Pekan Melayu, Alor Setar.

Jam dah menunjukkan tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Maka kami pun dibawa ke Hotel Jerai Alor Setar untuk makan tengahari. Kat situ ada restoran yang diberi nama Restoran Seribu Gantang. Juadah kat situ memang melayu abes. Ada kelasnya yang tersendiri. Setting restoran pun kemas dan teratur. Gua ingatkan lepas ngap makanan utama, dah abes.. rupanya ada desert terakhir iaitu mangga santan. So, sesiapa nak makan masakan melayu padu, boleh hubungi Hotel Jerai Alor Setar di 04-735 5888
IMG_0261

Restoran Seribu Gantang

Dah kenyang! Jom kita berjalan lagi. Kami terus bergerak menuju ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman. Perjalanan yang mengambil masa sejam disambut dengan kesadoan Gunung Keriang berhadapan dengan Muzium Padi Negeri Kedah.

Gunung Keriang

Pelbagai maklumat mengenai industri padi dan beras terdapat muzium ini. Terima kasih kepada uncle staff muzium yang tak jemu² untuk menerangkan pelbagai tools dan kisah disebalik padi dan beras dalam muzium tersebut.

Antara yang menarik disini adalah teh beras. Biasanya bila sebut teh, kita akan membayangkan daun teh seperti yang terdapat di cameron highland. Setelah diberi penerangan oleh Encik Rusdi (baju biru di gambar bawah), sebenarnya pelbagai sumber dibuat untuk teh. Ini termasuklah laici, beras , dan lain lain lagi. Untuk teh beras, sudah tentulah sumbernya adalah beras. Rasanya yang manis bila dicampur dengan air panas, menjadikannya bebas gula yang biasanya dimasukkan dalam teh yang lazim dibuat di rumah. Untuk mendapatkan produk hebat ini, bolehlah menghubungi Encik Rusdi di 013-2632440

Hari pun dah hampir petang, kami gerak menuju ke Muzium Kota Kuala Kedah. Terletak hanya lebih kurang 1/2 jam dari hotel penginapan kami,kami tiba di satu kota yang mempunyai landskap yang lapang dikelilingi kubu.

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato’ Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama “Pintu Gerbang Kadapuri”. Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945.

Kota Kuala Kedah

Pandangan sisi Kota Kuala Kedah. Terletak di muara sungai.

Setelah puas meronda kawasan Kota Kuala Kedah, maka kiteorang pun gerak pulang ke hotel. Setibanya di hotel, makanan malam telah sedia terhidang. Wow, malam ini kami dihidangkan dengan steamboat.Terima kasih StarCity Hotel Alor Setar kerana menyediakan makanan sihat dan tempat penginapan untuk kami.

Setelah puas menikmati hidangan malam , kami masuk ke bilik masing2x untuk merehatkan diri sebentar. Pada malamnya pula , kami dibawa ke Menara Alor Setar untuk menikmati pemandangan indah di waktu malam.

Menara Alor Setar dari bawah

Hiburan virtual reality dan fare untuk naik ke tingkat atas.

 

After an hour up at tower Alor Setar, we went to hotel to rest and sleep. Continue tomorrow.

#encikpink #mediaavenue #lirikancahaya #borakkita #kedah #travelogue #traveloguemalaysia #tourismkedah #bloggermalaysia #bloggerMy #malaysialifestyleblogger #malaysianlifestyleblogger #lifestyleblogger #media #influencers #travelwithme
#tourism #tourist #visiting #instatraveling #instapassport #travelingram #igtravel #travelling #mytravelgram #instago #travelblog #turismo

Leave a comment