Citrawarna : Eat Travel Write & Doodle Day 1

Tetiba member fb summon sape2x blogger yang available selama 3 hari 2 malam. Since gua pun rasa macam xde ape2x aktiviti hujung minggu, gua pun submit la details yang dia nak. Gua pun tertanya2x gak, program mende kali nie. Kat luar kl ke .. atau main dalam kl ke? Selang 2-3 hari , tetiba gua diinvite dalam group whatsapp. Group mende nieh? Rupanya group yang member fb gua bitahu hari sebelumnya. Alamak, gua ingatkan gua tak terpilih, maklum la.. esoknya program nak start..hari sebelumnya gua diinvite masuk dalam group.

WhatsApp Image 2017-10-26 at 1.55.54 AM.jpg

Umangaih, program memnde nie sampai tido kat Vistana Hotel nieh. Macam big event nieh. Gua ingatkan yang tido kat hotel nie, tuk management atau VIP diorang.. bila gua join day programme , rupanya pihak urusetia sediakan hotel untuk media & blogger yang hadir… wahh.. bestnye lahai.

So, seperti yang dijadualkan koi 10 pagi gua dah pergi jumpa urusetia untuk permulaan program di MATIC, KL. Sampai sane, gua tengok ada la few groups tengah lepak2x kat cafe outdoor di MATIC tue, mencari2x gak urusetia yang gua hubungi hari sebelum nieh.. mane ke satu orangnya. Tetiba, i guess one of team urusetia ajak yang ada kat cafe tue naik bus yang dah tercongok kat area situ. So, gua pun naik ar bus. Atas bas, umangiah.. ramai gak orang dalam bus tueh… sape diorang nie eh?

So, dalam bus urusetia pun pet pat pet pot kat depan menjelaskan agenda hari nieh. Since destinasi pertama hari tue Museum Seni Islam yang tak jauh dari MATIC, urusetia tak sempat nak pet pat pet pot dengan panjang lebar sebab tak jauh mane pun jaraknye.

Masing2x muka ada senyum turun dari bus

So, kehadiran kami disambut oleh kurator Museum Seni Islam. Oh yea , sebenarnya gua dah banyak kali lalu depan Museum Seni Islam nie, tapi tak tau pun ape ada dalam tue. Maklum la dah beso toben nie mana nak pegi sangat port museum²x nie. Kalo kekecik time sekolah dulu seronok ar ikut “rombongan che kiah” ke museum macam nie. So, rombongan kami di’split’ kepada 2 group untuk di’tour’ dalam muzium tersebut.

Bagi yang blur2x kat mana Meseum Kesenian Islam nie kat mana, landmark paling mudah adalah Masjid Negara Kuala Lumpur. Jumpa Masjid Negara, kat sebelah tue je bangunannya.

Antara kubah yang terdapat dalam muzium tersebut

So, nama pun muzium kesenian islam.. maka antara obvious islam nya adalah tang bangunan tersebut iaitu kubahnya. Mengikut kata kurator muzium yang berikan penerangan kepada group kami, sebab kebanyakan masjid mempunyai kubah bulat seperti yang kita lazim nampak ialah penggunannya untuk menggemakan suara imam kepada jemaah yang ada dalam masjid. First stop kami adalam melihat model2x kecil masjid²x yang ada di seluruh dunia. Kat port situ, maka kelihatan senibina yang mempunyai lebih banyak kubah.

Next stop kami adalah alquran yang tertua ada dalam simpanan pihak muzium. So ,kat situ kiteorang  dapat dilihat fragment alquran yang asalnya tidak mempunyai tanda bacaan seperti yang kita dapat lihat alquran masakini.

Encik kurator sedang menjelaskan al-quran yang tertua dalam simpanan pihak muzium

Yang kanvas kuning kat bawah tue plak adalah satu mashaf alquran yang dibuat di india. Ianya memerlukan kiraan matematik yang tepat untuk memuatkan keseluruhan ayat point dari hujung kanvas ke hujung kanvas. Mengikut kurator muzium tersebut, kanvas tersebut diperolehi melalui bidaan sesetengah muzium mat salleh.


Al-quran satu mashaf yang ditulis kecil dari hujung kanvas ke hujung kanvas.

Antara dagger yang ada

Dalam banyak2x item yang dipaparkan kat muzium nie ialah takar warna biru nieh. Actually takar nie sebenarnya untuk mengisi air mata. Pada zaman dahulu kan si somi berjauhan untuk pergi berperang. Dan si isteri kan suka bebeno le menangis. So dengan adanya takar ini adalah bukti dimana si isteri rindu sangat la kat si somi kerana berjauhan. So, jika si somi balik nampak takar nie penuh dengan air jernih, itu bermaksud betul la si isteri tue rindukan si somi. Awas, takar nie bukan sebarangan takar. Kalo masukkan air biasa, air di dalam takar itu akan bertukar keruh. So, penghasilan takar nie pun ada skill elakkan si isteri menipu dengan tuang air biasa. Cara nak guna takar nie senang aja. Si isteri yang menangis sambil baring diatas katil, lalu menekap hujung takar tue kat mata. Kan bentuk hujung takar tue cam ganjil je bentuknye kan?

Takar mengisi air mata

Banyak gak info2x menarik bila tour dalam muzium kesenian islam nieh. Antaranya ada satu zaman sultan di india, kayanya dikatakan walaupun diistiharkan bankrup tapi boleh mentadbir negaranya dalam 10 tahun akan datang. Ada juga kat negara mana ntah, komoditi mahal mereka adalah dakwat biru. So, takde negara lain yang boleh menghasilkan dakwat yang berkualiti macam mereka buat dan tahan lama. Even, porselin dari negara china juga mengimport dakwat tersebut untuk menghasilkan pinggan mangkuk berukir biru.

Tengahari time tue plak hujan. So, kiteorang move ke port selanjutnya iaitu port makan tengahari di Restoran Rebung Dato Chef Ismail kat dalam area Taman Tasik Perdana. Nampak je parking bertingkat kat dalam Taman Tasik Perdana, betoi le tue tempat Restoran Rebung tueh. Naik lift dalam parking bertingkat tue , pegi ke level paling atas.

Kedudukan Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Sajian kat situ memang terbaik beb. Sape yang hunting masakan kampung, memang giler kentang ar. Kentang pun tak gila cam tue beb. Memang pelbagai lauk membuatkan semua benda nak diceduk dalam pinggan. Nak plak siput sedut masak lemak baru letak masih berasap.. pehhhh…. dasaattt!!

Antara lauk pauk yang gua cedok ke pinggang. Blom selak lagi dalam nasi ada lauk tak nampak.

Kat luar port makan plak ada pelbagai juadah pencuci mulut seperti abc, pisang goreng cicah sambil kicap pun ada beb.. pehh..
Perut pun dah kenyang, so kiteorang move to next destination. Sepatutnya kiteorang kena ke taman burung KL. Tapi memandangkan cuaca masih gerimis, agak berisiko sebenarnya nak ke taman burung. Kawasan open dan simen maybe basah. So, urusetia bitahu kite ke Planetarium Negara.


“Tok Sidang” brief skit next stop.

Kedudukan Planetarium Negara yang berada dalam kawasan Taman Tasik Perdana.

Kat Planetarium Negara kiteorang pi usha movie tentang planet2x di luar sana dalam fasiliti dikenali sebagai Teater Angkasa. Uii.. nak tengok “movie” dalam nie nak kena baring sebab skrinnya cembung. Ramai gak rupanya orang dalam tue. Satu pengalaman menarik coz dapat lihat “movie” tue lebih realistik 360 darjah.

Teater Angkasa

Sebelum kiteorang chow keluar, seramai 10 orang yang “berani” dipanggil untuk menaiki simulator yang boleh berpusing2x macam naik roller coster. Ikutkan gua pun nak naik, tapi memandangkan perut gua masih kenyang…. kang ada yang terburai isi dalam simulator tue kang…. lupekan hasrat tuk naik simulator nieh.

Get ready for roller coster

#ETWD17
#EatTravelWrite
#VisitKL
#CitrawarnaKL2017
#GayaTravel
#SayangMalaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s