Program Jalan2x Jepun

Hari tue gua berkesempatan meluangkan masa untuk join program Jalan-Jalan Jepun di #OneCity Puchong. First time gak masuk dalam shopping complek nie.

So, seperti dijanjikan gua sampai la kat sana. Program dimulakan dengan acara makan2x. Pihak urusetia kat luar, tanya gua nak makan ape? Dalam 3 option yang ada.. gua pilih la base ikan.


Barisan urusetia kat luar.Paling 2nd kiri sekali tue.. yang buat peace tue.. tu tokei kedai nie.. hahah..sporting gak bosnye. Ingatkan barisan staff atau urusetia.

Sebelum makan, ada press conference dulu…


Salah sorang business partner menerangkan konsep business mereka.

Selepas abes press conference, maka kami dihidangkan dengan makanan jopun.


Oh yea.. nie cookies keju jopun. Apo namanya entah la nak…hahaha


Untuk yang hadir, ada special skit. Free ice cream kepada yang klik like facebook diorang. Gua tapau sekerim strawberry

Matahari pun dah meninggi kat luar. Perut pun dah berkeroncong. So, makanan utama pun dah sampai. Apa laei… bedal ar..

Pilihan makanan ikan gua.

Selepas masing2x dijamukan dengan hidangan jepun, kami dijemput ke tingkat 2 untuk melawat kedai Jalan-Jalan Jepun. Bila gua sampai.. huaa.. besaunye kedai. ingatkan saiz ala2x Daiso.


Dalam kedai yang dimaksudkan.

2nd time gua pergi ke kedai Jalan-Jalan Jepun nie… humangaih..ramainye orang.


Kat kaunter dah ramai orang nak bayar. Seb baik gua dah shoping awal-awal.Takde la bersesak sesak cam nie.

Sampai kat depan kedai, kami disambut dengan staff2x yang kerja disitu. Diorang sebut Arisimase… Dalam bahasa melayunya.. “selamat datang”.. sambil tunduk hormat macam orang jepun.


Pemandangan luar kedai.

So, buat hadirin, kami diberikan voucher sebanyak Rm 100. Dalam hati gua…. ape la sangat barang yang boleh dibeli dengan harga RM 100 untuk zaman sekarang nie. Dan gua bukannya kaki shopping…maklum la orang lelaki.

Since ramai orang kat area pintu masuk.. so gua pun naik la ke tingkat atas. Then gua nampak sesuatu yang madness. Beg travel cap The North Race. Harganya? Terbeliak mata gua.. harganya hanya RM 30.

Biar betik.. hanya RM 30


Beg The North Race warna biru. Sebelah kanan. Beg warna hijau adalah beg kamera.

Maunye tak madness. Gua skodeng kat kedai Cash Converter.. harga yang gua skodeng sebelum nie.. Rm 80 lebey tak silap. Memang terkena jackpot gua datang sinie. Beg tue dalam wish list gua.

Dan nak lagi gila isim.. gua terjumpa beg kamera brand LOWERPRO. siap ada tag brand yang tak tanggal lagi. Sesiapa yang kaki photography.. for sure tahu betapa demandnya beg berjenama LOWERPRO. Mahal tue rega beg dia. Nak tahu berapa harga kat kedai jopun tue. Harganya adalah RM 10 sahaja.. HUAAAA.. heavennya.. dah lah kat situ hanya satu2xnya beg kamera. Dengan kupon yang gua terima.. wah ….. FREE siakkk…… memang puas hati lawatan gua ke program kali nie.Memang pretty awesome.

Lepas tue gua tersempak lagi beg ala2x laptop yang agak menarik perhatian gua.


Beg laptop yang dimaksudkan. Siap ada sub beg kat luar bleh attach tanggal lagi.

Opss… gua dah sebat 2 beg. Dalam pada tue gua ternampak pouch yang menarik gak

Pouch yang awesome gak. Bleh letak 2 botol air mineral. Dan mengikut firasat gua… pouch nie bleh gak sumbat dengan ipad mini. Memang sebelum2x nie gua beli gak pouch. tapi hancus…. zipnya asyik tersumbat. Eh… memang dream list nieh…

Setelah membuat calculation nak sebat samada beg laptop atau pouch.. maka gua rasa gua patot sebat pouch memandangkan gua dah ada beg laptop. lagipun , gua rasa pouch nie banyak gua pakai ….bleh selit ipad mini . Kalo letak ipad mini kang dalam laptop warna oren tue…. dah macam tak optimum plak tuk mobile kemana2x sambil naik moto.

Ada lagi satu item yang dalam wish list gua sebelum2x nie yang ada kat kedai tue adalah dumbell. Fuiyoo… siap handle nye bergetah tue…. Dumbell yang sedia ada gua dah beli sebelum nie mana ada handle getak. Solid besi tue…. Terbaik ar…..Topup dengan dumbell solid besi nie.. bleh tambah berat dumbell yang handle getah nieh.. huhuhu.

Item yang pun dalam wish list gua yang ada dalam kedai jepun nie… ialah google snorkeling. Memang awesome… Dah la sejak dua menjak nie gua rajin berenang. Dengan adanya google snorkeling nie… gua rasa …. gangguan tengelam timbul ambik nafas bleh eliminate.


Nie aje model yang ada tuk memperagakan google snorkeling yang gua beli ritu.

Ape lagi barang yang gua dah beli eh dengan modal free RM 100? Hurmm..

1. Beg kamera Lowerpro
2. Pouch hitam
3. Beg The North Race.
4. Google Snorkeling.
5. Kanta Pembesar – buat anak main2x. sebelum nie dia ada mintak.

Oh yea..
6. beg letak spanar brand harley davidson siap ada playar dan spanar dalam tue.

Ape lagi eh.. ermm.. x ingat pulok…

Dalam banyak2x shopping dah tua toben nie.. gua rasa … nie la shopping yang paling puas hati. Berbelanja free dan dapat banyak dapat wishlist. Memang betulla hastag promosi diorang iaitu #murahgiler.

Lepas nie..gua nak skodeng kemah plak.huhuhu…kompem kena rajin datang skodeng kedai sana. Buat sesiapa nak terjah sana.. pergi la awal pagi sabtu. Kalo pergi petang.. fuhhh ramai orang… 2nd time gua pergi….banyak gak item yang gua berkenan dah takde di rak…..

#hargagiler #onecity #jalanjalanjepun #JalanJalanJepun #kl #malaysia #jepun #japan #prelove #wardrobe #goodies #fashion #awesome #murah #borong #beli #diskaun #sale #puchong #usj #subangjaya #Jyuhachiban #JyuhachiBan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s