Friends Of Burgers & Paparich

Semalam gua sempat meluangkan masa di program perasmian outlet Friends Of Burgers & Paparich Di D’Pulze Shopping Centre Cyberjaya.

Sesampai je gua kat sana… macam pernah gua nampak awek kat sebelah mamat berbaju kuning tue.Macam retiss jee..


OoOooO sebelah menyebelah je outlet Friends Of Burgers & Paparich

So, majlis start dengan introduction by Marketing Manager iaitu Puan Yen.

Lepas tue GM Friends Of Burger plak kasi ucapan, ditemani dengan GM Paparich.


Yang pegang mic GM Friends Of Burger. Yang sebelahnya plak ialah GM Paparich.

Lepas para GM kasi ucapan, giliran Owner kedua dua outlet tue plak kasi ucapan.


La… yang nie ke orangnya. Sempoi gilers.

Risik punya risik .. la.. orang Kampung Gajah, Perak yeop . Tumpang bangga juga coz orang Perak yang penampilan bersongkok macam nie bleh own business kat kompleks macam nie. Maklum le… teman pun orang Perak juga….

So , lepas business owner berucap, ada la skit acara potong kek diiringi dengan isterinya dan Farah Dhiya.

Lepas abes potong kek.. perut pun dah lapo… maka acara makan2x pun bermula.


Eh , laju plak si Farah Dhiya nie pegi ke set makanan.

So, kat situ.. kiteorang dijamukan dengan burger cikonet. mati2x la gua ingatkan burger cikonet nie dibuat untuk jamuan kiteorang aje. Rupa2xnya memang ada dalam set order Friends Of Burger dikenali dengan “Mini Burger”. So, sesiapa nak order “Mini Burger” nie boleh dapati dengan harga RM 16 dengan sajian 3 ketoi mini burger iaitu patty ayam, patty kambing dan patty lembu. Oh yea..menurut General Manager Friends Of Burger, beliau menitik beratkan kualiti dalam hidangan kepada para tetamu. Sebagai contoh , patty yang dihidangkan mengandungi 95% daging.

Menurut manager outlet Friends Of Burger pula, daging yang mereka perolehi adalah sumber daging dari new zealand. Kenape mereka tidak mengambil daging dari tempatan kerana rasa daging dari new zealand lagi lembut disebabkan pemakanan lembu yang dalam persekitaran rumput hijau disana.


Antara menu yang dihidangkan di outlet2x Friends Of Burger.

Dalam banyak2x menu tue, gua tertarik dengan “Vegetarian Burger” coz ada patty. Bila ditanya kepada staff disitu, katanya patty tue bukanlah terdiri dari daging. Ianya terdiri dari sumber sayuran yang boleh dihasilkan pejal menyerupai patty. Woah .. ada advantage untuk skop pelanggan yang vegetarian.

Basically, writing disini lebih banyak mengupas kepada outlet Friends Of Burger berbanding dengan Paparich coz Friends Of burger adalah branding outlet yang 100% dibawah penguasaan business mereka berbanding franchaising Paparich yang dimiliki oleh owner franchise yang lain.


Ruang dalam Friends Of Burger.

So, acara diteruskan dengan acara makan burger paling banyak. So , barisan2x pemakan burger ditampilakan.

Gua rasa kalo gua join pertandingan ini , kompem pitam punya beb.. dah la gua dah jamah segala benda kat hidangan buffet lagi. Seb baek gua tak gila2x gatai nak join.

Besau gak burger yang perlu dikunyak…

So, kalo dah ada pertandingan musti ada pemenangnye kan.. So, pemenangnya adalah abang berbaju maroon.

Tahniah abam….dapat terima hadiah dari Farah Dhiya.

#friendsofburger #paparich #d’pulze #cyberjaya #foodreview #foodporn #farahdhiya

Advertisements

4 thoughts on “Friends Of Burgers & Paparich

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s