Program Kerjaya Yang Menarik

Semalam gua sempat poie ke SHRDC (Selangor Human Resource Development Corporation) di tepi federal highway Shah Alam.


Biasa nampak x bangunan nie ?? hihihihi

Siapa yang biasa lalu dari KL ke Shah Alam .. pasti akan perasan ada bangunan nie di sebelah tesco Shah Alam.

Sesiapa nak poie akan datang, boleh ikut map nie.

Generally, SHDC nie port latihan kepada industri yang sedia ada dengan diorang macam kilang2x macam DELL, JVC, Denso, Texas Instruments, Panasonic dan lain lain.

Sesiapa nak sewa tempat diorang pun bleh gak since dalam bangunan tue banyak pecahan bilik2x latihan.Tempat latihan guna komputer pun diorang ada. Sesiapa nak guna training room diorang amat dialu alukan.


Salah satu ruang bilik latihan yang ada. Dalam bilik tue latihan berkenaan solar sedang diajar oleh trainer power.

Kehadiran kiteorang disambut dengan senyuman sempoi oleh Pengurus Projek SHDRC. So, rombangan kiteorang ialah sebanyak 10 orang.


Yang baju ungu hujung meja tuelah Pengurus Projek yang dimaksudkan.

Bila ada taklimat sebegini barulah kiteorang public netizen paham dengan siapa SHDC nie. Misi diorang nie satu je .. iaitu untuk membangunkan ketrampilan dan kualiti bagi individu dan organisasi untuk meningkatkan prestari industri bagi negeri Selangor. SHDC nie dah establish since 14 Februari 1992. Dah lama siot..tahun 2016 baru gua tahu kewujudan diorang..hahahaha.

Basically, taklimat yang ada nie fokus kepada penerangan

  1. program untuk belia lepasan SPM
  2. program untuk belia lepasan SKM Tahap 3 & Diploma

Program nie direka untuk memenuhi demand pekerjaan ditawarkan oleh pihak industri seperti Antah Schindler,Kim Facilities Management,Top Glove,APM Plastic Sdn.Bhd, MMG JK Wire Sdn.Bhd dan New Hong Fatt Holding

Buat masa nie, permintaan dari industri adalah dalam bidang

  1. Industrial Automation Engineering
  2. Teknologi Solar
  3. Manufacturing Technology
  4. Malaysia Meister In Mechatronic

Dalam erti kata lain.. anak kita yang masih mencari arah tujuan kerjaya, elok sekali join program begini kerana belajar hanya dalam tempoh setahun , dah abes belajar terus absorb masuk kerja di kilang2x yang disebutkan diatas. Yang menarik lagi , tiada istilah PTPTN macam yang bebudak kolej atau universiti biasa alami. Semua yuran pengajian ditanggung oleh gomen. Time praktikal, kompom ada elaun masuk , dengan tiap2x bulan sebanyak RM 300. Untung nasib, ada tambahan lagi syarikat sebanyak minima RM 300.

Eh, untung gilers… zaman gua buat praktikal di Jabatan Ketua Menteri Melaka pun x begini. Bos a.k.a pengarah gua terpaksa meminta2x plak kat management jabatan tuk beri elaun tiap2x bulan. Seingat gua.. rasanya rm 300 … Tapi bila melihat kaedah program begini lagi lah untung…. Time gua buat praktikal , sudahlah bos terpaksa “menjerit” naik minta elaun kepada kiteorang…lepas tue plak… tang kerja bukan kompem sedia ada. Lepas abes praktikal, terpaksa la apply sendiri.. itu pun kalo ada..dapat la kerja..Kalo takde tue.. mengganggur la dalam jangkamasa agak lama. Ramai gak member2x gua mengalami sindrom “tanam anggur” yang agak lama. Memang super delicious ar program sebegini.

Nak lagi best .. dah abes belajar, student yang enrol abeskan pengajian akan terima sijil yang ada value dalam industri seperti

  1. Sijil MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ( SINGLE TIER ) untuk bidang Industrial Automation Engineering
  2. SEDA, Malaysia untuk bidang Teknologi Solar
  3. Certificate II in Engineering Box Hill Institute Melbourne, Australia dalam bidang Manufacturing Technology

Untuk program untuk belia lepasan SKM Tahap 3 & Diploma tue .. ada 2 sijil yang boleh dicapai iaitu :

  1. Malaysian Meister In Mechatronic & Malaysian Skill Advance Diploma (DLKM)
  2. MC-090-5:2013 – Industrial Automation Engineering Management

Gua rasa agak malu dengan diri sendiri gak …coz …dah kerja dan berbiz sendiri hampir 17 tahun sejak abes grad ijazah ….baru apply Sijil Kemahiran Malaysia dan masih dalam proses apply. Itu pun peluang datang secara tetiba. Kalau info peluang nie takde.. terkapar dan terkiallah gua dalam industri yang gua ceburi. But for this program katakan gua join this program …umo lepas abes SPM ..katakan umo 17 tahun… umo 18 tahun dah memiliki satu sijil berharga iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ( SINGLE TIER ). Realitinya .. umo gua dah 37 tahun..baru nak apply Sijil Kemahiran Malaysia, walhal ..sijil degree dah ada.

Bentuk program nie untuk program untuk belia lepasan SPM nie..lebih kepada macam pelajar kolej atau universiti lain buat. iaitu masuk keluar kelas dalam tempoh 6 sehingga 12 bulan. Lepas tue buat praktikal.

Cartalir proses program belia lepasan SPM

Oh yea.. bagi peperiksaan atau ada paper yang fail kan.. don’t worry ar geng.. paper tue korang bleh ambil banyak kali sampai fedup ..hahaha…sempoi meh…

Bentuk program untuk belia lepasan SKM Tahap 3 & Diploma tue… takde kelas macam program belia lepasan SPM. Semua bermula dengan masuk dalam kerja di pihak industri. Program belia lepasan SKM Tahap 3 & Diploma nie, khusus untuk achive jawatan level engineer. Time bekerja tue.. kompem ada elaun / gaji semasa tempoh latihan iaitu sebanyak RM 1000-1500

Cartalir proses program  belia lepasan SKM Tahap 3

Range umur sesiapa nak join atau enroll ialah lepasan SPM sehingga tidah lebih dari umur 24 tahun. So, kepada sesiapa yang ada anak2x atau rakan2x yang masih tercari2x peluang pekerjaan yang solid kompem ada ..boleh hubungi saya di seventynine1104@yahoo.com atau +6014-2269277 (whatsapp)

Selepas sessi taklimat , kami juga dibawa tour guide dalam bangunan SHRDC tue… agak impress gak coz bangunan luar macam pusat commercial, bila masuk dalam wallawey… memang betul2x industrial base equipment. Antaranya ialah bilik training solar, bilik Lean Academy  dan Mini Factory

Bilik training solar

Pengurus Projek SHDRC menerangkan yang memang ada power sedang masuk dari panel solar di roof top. So, student akan belajar realtime handson.

Lepas tue kitorang dibawa ke Lean Academy. Basically bilik nie , student akan belajar proses step untuk membina kereta. Since kereta sebenar, kena guna ruang legar yang besar macam di kilang2x, so kat sini..untuk tujuan latihan ..guna small scale size iaitu kereta go-kart. Proses yang diajar nya sama je dengan real time industry.

Ruang bilik Lean Academy

Lepas tue kiteorang dibawa ke Mini Factory yang ada mesin injection moulding

Mesin berpetak tengah besau tue..mesin tuk modelkan apa2x yang terkandung dalam pikiran. Kot nak buat bentuk cover casing handphone pun bleh.

Ruang bilik sebelah dari bilik mesin berpetak tue. Ruang tuk belajau maintenance machine.

Since kiteorang dah puas tour guide fasiliti dalam tue, maka rasanya cukup la kot tuk hari tue… diucapkan terima kasih kepada pihak SHRDC coz sudi menjemput kiteorang datang dan melayan kerenah kiteorang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s