Go Green Monday

Tetiba dapat invitation dari somebody beritahu ada event di Mid Valley Mega Mall. Since masa gua free, so gua pun pergi la kesana. Sampai sana.. orang pun dah ramai. Jengah dalam ..ayiohhh lagilah ramai duduk di meja. hahaha.


Port event yang dibuat.

Siyesly, gua biasa lalu depan kedai nie..tapi takde le plak perasan ada port makan². Thanks to BMS Organic coz buat event cam nie. Kalo tak …sampai ke tua la gua tak tahu apekemende yang ada dalam nie. Basically, outlet nie ada 2 compartment. Salah satu compartment nie …ada meja makan.. so , customer bleh order menu2x vigetarian organic yang ada. Sape2x yang preferable healthy lifestyle bleh la kokak makanan kat sana. Other compartment plak …ada barisan makanan dry food di rak macam oats, susu tepung soya , madu lebah dan lain-lain.

Since otak gua nie dok fokus ke event esok , so ..gua pun tak berapa nak reearch skit event apo yang ada. Bile tengok signboard besau nie….ada tulis “Green Monday Malaysia”. Apo kobondo tue? Yang gua tau.. Green Day ar.. Green Day tue ape? Hahaha.. Green Day tue group American punk rock band

Kembali ke “Green Monday Malaysia”. Hapekemende tue?


Signboard yang gua maksudkan.Nampak cam sedap je makanan dalam gambar tue..

Basically, Green Monday tue adalah kempem BMS Organic untuk makan lor …hidangan vegetarian pada hari isnin. Beli 1 hidangan… dapat  lagi satu 2nd hidangan lor… Bagi membership, kalau beli produk pada hari isnin… so akan dapat mata berganda.

Green Monday nie jugak adalah salah satu support kempen kesihatan di peringkat antarabangsa seperti Hari Jantung Sedunia, Hari Strok Sedunia, Pink October dan lain lain. So sepanjang bulan Ogos dan Disember nie…ada la insentif tambahan yang BMS Organic buat.

So, event dimulakan dengan welcoming notes dari MC.


Wah..bukan main kuning MC nye..hehehe

Sementara dok dengau mc kasi kata kata alaun, staff diorang hidangkan air dalam cawan cikonet. ermm.. ayaq halia rupanya…hehehe…ok la..rasanya ..buat segar badan.


Ayaq dalam cawan cikonet yang gua maksudkan.

Lepas tue tokei besau BMS Organic a.k.a CEO BMS Organic plak menyampaikan kata kata aluan.


Giliran CEO BMS Organic plak kasi kata aluan.

Owh..no wonder la CEO pilih nama kempen sebagai Green Monday

Selepas tue.. giliran Ms. Tan Sau Pei a.k.a pakar pemakanan BMS pula yang memberi sedikit panduan kepada orang ramai tentang produk2x dan makanan.

Ms. Tan Sau Pei menyampaikan taklimat.

Selepas para hadirin mendapat maklumat yang berguna, maka sesi “open table” menu² sayuran yang baru dipersembahkan.

Sebelum aturcara tamat, CEO BMS Organic dipanggil untuk bergambar bersama-sama model yang mempersembahkan menu sebentar tadi dan juga melancarkan kalendar bagi tarikh²x menu hijau yang baru sepanjang bulan Ogos 2016.


Model2x bergambar dengan CEO BMS Organic


CEO BMS Organic melancarkan kalendar menu bagi Green Monday

Sebelum para hadirin mengundur diri, kami dihidangkan dengan beberapa pilihan makanan dari BMS Organic seperti BMS Soy Milk Handmade Noodle, BMS Signature Nasi Lemak dan Savoury Asam Laksa. Since timing pun chantek dah tengahari, gua memilih BMS Signature Nasi Lemak.

Tak sampai beberapa minit gua duduk di meja makan, so nasi lemak yang gua pilih pun sampai.


Pling !! Nasi lemak atas meja.

Wah..patut la healthier food, hidang dengan nasi perang rupanya. Gua cuba la rasa lauk pauk yang ada atas pinggan tue. Thumbs up pada lauk sebelah kiri, rasanya macam rendang. Dan bila gua kokak rendang tersebut… eh rasa macam daging ayam lah. Sempat gua tanya kepada staff diorang kat situ…katanya itu soya based. Owh …kagum gak diorang bleh emulate soya based buat rasa macam daging ayam.

Kat atas meja gua ada 2 ketoi pil .. gua tertanya2x gak pil apo tue..kang pil ketum kang..tak memasal gua aserehe kat situ…


Pil yang dimaksudkan.

Setelah diberi penerangan kat staff diorang … ooo baru gua tahu.. tue pil spirulina. Memang default hidangan mereka dihidangkan kepada pelanggan yang makan kat situ, mereka hidangkan spirulina dan air halia . Katanya, kalo makan pil spirulina tue … boleh cover skit perut yang kriuk kriuk sementara menantikan makanan sampai.OOoOooo baru pokcik tahuuu!!!..



Antara makanan utama yang disajikan tiap² hari isnin.

Mengikut kata salah sorang pelanggan iaitu Encik Eddy yang telah mencuba hampir kesemua makanan situ, katanya Garden Teppanyaki Feast tue yang paling sedap yang dia suka. Katanya sos yang diorang hidangkan menepati selera dia.
Woah..nak gi pekena gak nie sekali lagi mencuba Garden Teppanyaki Feast tue.. Dari awal masuk pun memang gua dapat agak dah yang Teppanyaki dalam menu tu sedappp

Kat meja luar tue ada showfood yang model2x tadi persembahkan. So, gua pi la usha kejap. Tadi gua layan makanan guna menu je…kali nie bleh nampak depan mata. Sunggoh awesome gak makanan yang ada.Macam sedap je…macam lazat je.. argghhhh….nakkkk!!

Thanks to CEO BMS Organic dan staffnya, yang peramah memberitahu itu ini itu ini apa yang kiteorang makan. Perut pun dah kenyang….apo laie..calo arr….

#bmsorganic #midvalley #vegetarian #food #foodporn #vegetable #awesome #fushion #encikpink

Advertisements

2 thoughts on “Go Green Monday

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s