Raja Muda Selangor : Sempoi bak hang

Day before event, gua dapat invitation dari cik Aida kite untuk join program Raja Muda Selangor nie. Pada mulanya gua tak fokus sangat message tue melainkan tarikh, masa dan lokasi. Kiteorang yang follow program nie meetpoint kat satu tempat ..dah cukup korum baru bergerak ke istana. Masa lepak2x dengan geng baru jumpa, baru gua realize term “rms” dalam message tue merujuk kepada Raja Muda Selangor. Dan baru OoOooO….Raja Muda Selangor yang dimaksudkan tue orang yang jadi viral dalam pesbook lately.

Snapshot yang jadi viral

Benarkah Raja Muda Selangor tue sempoi? Mai baca entry nie…pengalaman depan2x tue beb…..Seingat gua…tak pernah la gua follow memana event memane sultan. Paling kuat, gua salam depan in person dengan Sultan Azlan Shah time kasi duit raya long time ago di Istana Kuala Kangsar. Nak follow sedekat macam nie…iskh …tak terpikir gua. Siapa la kita kan….rakyat kebanyakan je. Dah le tue..orang perak plak tue… tetiba plak pewaris takhta Sultan Selangor kasi green light rakyat kebanyak follow baginda one whole day. fuhh….

So, kiteorang pun poie la kat Istana Mestika Shah Alam. Kat mana Istana Mestika nie? Sapo nak poie…bleh ikut google maps nie. Gua pun baru tahu kewujudan istana selangor nie kat Shah Alam….

 

Masa gua sampai kat depan istana nie, nak snap gambo …cuak la jugak coz nie kawasan istana. Maklum la…bukan sebarangan orang bleh masuk. Kang gua snap kang..tak memasal kena sound dengan abang polis. So, time nak masuk kat luar istana…gua sempat snap sign board nie je…nak lebey2x …takde la..huhuhu

Snap dari dalam kereta….kang keluar kang…tak memasal.

Lepas tue kiteorang dibawa ke port polis beroperasi. Tujuannya, mamat yang bawak kiteorang tue nak tau detail route program tue…tue je..hahaha. Nothing much to snap kat dalam office diorang memandangkan takut kena sound coz memandai je snap.

Ketibaan kiteorang disambut dengan cip polis situ.

Sebelah kiri, pintu masuk..sebelah kanan plak …tempat garaj keta dan opis polis.

Setelah dapat info yang diperlukan, kiteorang dibawa ke main lobby dimana Raja Muda Selangor akan naik kenderaan dia. Menurut orang kuat Raja Muda Selangor nie…Istana Mestika nie lah satu satunya kediaman utama sultan selangor dan anak-anaknya. Agak suprise gak la…coz Istana Mestika nie…takde le besau mane….gua rasa …kediaman Perdana Menteri area Jalan Duta tue lagi besau dari Istana Mestika. Gua ingatkan , sultan dan anak2xnya stay luar. Kalo ada event..baru mai istana untuk urusan resmi ke..atau urusan macam program rini ke….Rupa2xnya memang kediaman tempat port tido …makan malam…watching tv dll.

Jalan nak ke lobby istana. Depan kereta polis tue..tue la jalan masuk ke lobby.

Halamak wei…siap ada deco tombak ..gong….meriam kocik….old skoolnya

Nama taman kat tepi istana tue….terasa dolu dolu.

Dalam mindset gua nie…gua tertanya2x pendekatan Raja Muda . Orang kuat Raja Muda Selangor nie habaq mai…Baginda nie sempoi je..nak selfie pun tarak hal.So, few minutes kiteorang lepak2x kat perkarangan lobby, Raja Muda pun sampai.

Raja Muda Selangor diperkenalkan dengan makhluk sememeh macam gua kat luar..hahaha

Sekali jumpa..memang ada benarnya…tunku nampak sempoi…..maybe Raja Muda nie muda macam kiteorang. Dress pun jenis macam jalan2x punya ….takde pun terasa protokol. Setelah semuanya ready, kiteorang pun bergerak la menuju ke Kapar..

Mengikut info dari orang kuat Raja Muda nie, selepas baginda balik dari militry school di UK, nie lah program sulung Raja Muda untuk amal jariah secara in person. Sebelum tuanku chow nak balik ke UK semula, difahamkan yang tuanku akan lepak dengan orang kampung di satu masjid yang personally tuanku fund masjid tue sejak dari dulu. Kat masjid tue tuanku akan beramah mesra dengan orang kampung sambil masak bubur lambuk….

Kembali ke pergerakan konvoi kiteorang. Lepas gua naik kereta konvoi…baru gua perasan…..kereta yang load dengan bahan derma tue….tunku yang pandu sendiri.Ingatkan ada driver yang bawa. Lepas tue..takde polis moto yang eskot kat depan macam kebiasaan VIP buat. Sempoi siot….

Kereta yang dipandu Raja Muda Selangor di depan kiteorang.

Tak percaya yang Raja Muda drive kereta sendiri ? Layan video dibawah.

So, destinasi kiteorang yang pertama adalah Surau Al-Muhajirin, Kapar.Ketibaan Raja Muda Selangor disambut dengan orang masjid , orang kampung dan seekor kucing.

Surau yang dimaksudkan.

Kucing? Aah..kucing.. Tak percaya…ce tengok video dibawah lagi sekali..hahahah

Sesampai je Raja Muda Selangor dalam surau..terus tuanku solat tahajjud dulu. Ramai gak orang dalam surau…dengan media mainstream nye lagi. Dengan student Saito haluan Borneo lagi. Oh yea…hari nie gua ada nampak media harian metro release berkenaan program Raja Muda Selangor nie. Boleh baca disini

Sedang menantikan solat zohor, gua sempat lepak kat bucu belakang. Ada sorang budak ..maybe around darjah 4-5 cam tue . Dia cakap kat gua…eh ..macam ada orang besar je datang sini.. gua tersenyum je lah mendengar kata budak tue.Dia tak tau yang bakal sultan Selangor berada dalam surau yang dia nak solat.huhuhu.

So, selepas kiteorang solat zohor, majlis diteruskan dengan welcoming note dulu…macam biasalah.

Selepas orang surau menyampaikan kata aluan…Raja Muda Selangor terus sampaikan bantuan kepada orang kampung.

Orang surau sampaikan kata aluan.

Antara penerima bantuan.

Barang bantuan.Try angkat…berat siot…ada beras kot dalam tue.

Cenderahati

So,agenda memberi bantuan pun bermula.


Bergambar kenangan dengan penerima bantuan.


Raja Muda Selangor dengan secara autonya pergi kat memakcik kat belakang tue beramah mesra dengan diorang.

Bergambar dengan geng surau.

Selepas settle program di surau, Raja Muda pergi ke rumah pertama iaitu rumah Hj Kamsin .

Haji Kamsin yang sudah uzur

Alang2x dah sampai kat rumah, tuan rumah and the gengs ambik can la nak bergambo dengan Raja Muda nie…huhuhu

Baginda memberi bantuan ke rumah kanak bernama Nur Batrisyah. Sakit lumpuh juga.

Oh yea..semua bantuan nie..basically atas nomination kariah penduduk kampung ..bukannya selection dari pihak management istana. So, Raja Muda  tak tau background rumah yang nak pergi.

Rumah yang seterusnya pula adalah kediaman yang didiami oleh boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga diorang lumpuh secara tetiba. Dari mak diorang…sampai la ke cucu cicit diorang tetiba lumpuh. So, kat rumah nie aje …2 orang kena jaga akibat lumpuh. Sadis jugak tengoknya.


Lepas tue kiteorang pergi ke rumah makcik yang sekian lama uzur

Basically, untuk kampung pertama nie…konvoi Raja Muda Selangor nie…timingnya awal gilers nak dibandingkan dalam tentatif program . Ntah cammane , tetiba rombongan konvo pergi buat kerja gila…hahaha…part nie media pun tak tau..sebab media follow schedule…tak follow konvoi Raja Muda . Kerja gila yang dimaksudkan adalah….tetiba dalam instagram Raja Muda Selangor, ada somebody dalam instagram put a comment ..ngajak makan Kambing Bakar Ayam Penyek Sahara since tuanku berada di kawasan Kapar. “Ada orang jual…Raja Muda sedia membelinya”. Zoom…tuanku pantas ke kedai kambing bakar yang dimaksudkan.Kiteorang dalam kereta …dah ngekek ngekek membayangkan riak wajah tokei kedai kambing bakar terima konvoi siap berpolis.Musti dia terkejut beruk yang datang ke kedainya adalah bakal sultan selangor.


Raja Muda sampai kat port kambing bakar yang dikatakan sedap tue.

Terpinga pinga tokei kedai tengok tetiba ada konvoi siap escort kereta polis. So, orang kuat explain la apa yang berlaku.

Malangnya, timing kiteorang tak match dengan masa operasi kedai nie. Kambing bakar tak masak lagi. So..lepas lepak few minutes kat sana…tuanku ambil keputusan untuk hanto escort polis poie tapau kambing bakar bila tuanku kat port majlis seterusnya.

Saje gua up gambo kedai kambing bakar nie. Kendian hari nak pergi ..usha balik entry pasal kambing bakar nie.

So, dah selesai bab kambing bakar, kiteorang move ke port seterusnya iaitu Masjid Umariah Kampung Perepat
Masjid yang dimaksudkan

Since masjid nie agak besar…nampak macam penerima bantuan nie ramai je …tengok beg bantuan pun banyak..ai mokk…jenuh Raja Muda nak agih bantuan sensorang.

Macam biasa, Raja Muda mengagihkan bantuan.

Antara penerima bantuan bergambar bersama Raja Muda

So, dah settle kat masjid Umariah nie…maka abeslah tugasan Raja Muda memberi bantuan. So, untuk part balik nie…ntah dari celah mane ntah …..polis trafik jadi marshal point balik ke istana. Everything was smooth ….langit pun cerah.

So, bila dah sampai istana, gua pun sempat menselfie dan bergambar beramai2x. Buat abam polis yang follow konvoi ….terima kasih atas hospitality …buat Raja Muda…tuanku memang owesome.

Sepanjang program yang gua ikut Raja Muda nie yang gua perhatikan …memang easy going person.Kiteorang yang sememeh kat luar lobby , dia salam ngan kiteorang. Masa pergi dari rumah ke rumah, sabar je tuanku melayan cerita rakyatnya. Ntah paham ke tak tuanku tue dengar cerita orang kampung. Maklum la…most of the language ..tuanku cakap bahasa inggeris.Lepas tue..bila time dengan bergambar dengan penerima bantuan dalam masjid, gua perhatikan, tuanku sendiri yang pergi dari depan ..menuju ke port orang kampung tue lepak…lepas tue tuanku duduk diikuti dengan high council mesjid/surau. dan yang gua perhatikan lagi…sabar je tuanku layan kerenah bebudak kolej saito nie. Udah le bilangan diorang nie agak ramai…dalam 10-11 orang…dibantainye bebudak nie selfie sorang2x sebelah tuanku. siap ada nangis lagi dapat bergambar dengan pewaris sultan selangor nie. Yang tuanku …tegak je melayan kerenah bebudak nie….kalo gua la jadi sultan….dah dah….malas nak selfie reramai sorang sorang..penat tau..hahahaha.

Jika Raja Muda selalu buat program dengan penglibatan rakyat nya di level start program macam gua alami nie.. percayalah…satu hari nanti ….Tuanku akan dikenang dengan sifat merendah diri , tidak berprotokol dan sentiasa mengutamakan rakyat. Namanya akan meniti harum bukan setakat pada rakyat Selangor, malahan di seluruh negara.Daulat tuanku.
#rmselangor #rajamudaselangor #selangoryouth #event #royal #selangor #selangorian #selangorku #selangorsampaimati #encikpink

Advertisements

4 thoughts on “Raja Muda Selangor : Sempoi bak hang

  1. Salam En. Pink, mohon pm saya contact number ‘orang kuat’ RMS tu ye. Saya sepatutnya present satu projek volunteer kepada RMS tapi lupa dapatkan nombor contact pegawai tuanku masa perjumpaan bulan puasa tempoh hari. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s