Bersahur Bersama Gelandangan

Selepas gua berbuka puasa di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain petang semalam. So, pagi esoknya pula gua berkesempatan pergi ke pusat bantuan gelandangan di KL. So, kiteorang tiba jam 3 pagi. Basically on my mind, gua ingatkan tempat memberi bantuan nie hanya open air berbekalkan kemah lipat dan meja lipat. Bila gua sampai..bleh tahan gak portnya. Kat celah2x lot kedai di KL tue..ada plak kemudahan untuk gelandangan. Siap kat sebelah bank lagi…ko hagak ..berapa la bebulan pihak Yayasan Kebajikan Negara bayar sewa port nie? Huhuhu.

Pusat gelandangan yang dinamakan Anjung Singgah. Woah..fontnya macam chatime.huhuhu

Bila gua masuk dalam …woah..bleh tahan gak portnya.

Nampak khelass giteww..

Woah..kalah kantin asrama gua dulu2x.

Tahniah lah kepada Yayasan Kebajikan Negara yang berjaya membina infrastruktur sebegini. Nak poie port ni tak susah. Search Public Bank Berhad Jalan Hang Lekiu, sampai la port Anjung Singgah tue.

Antara dokumen yang ada kat notice board. Woah… waktu hari biasa..siap ada makanan 3 hari sekali.

Yang ohsemnya port nie, bukan hanya sekadar port makan2x aje. Pihak yayasan turut menyediakan fasiliti seperti berikut:

  1. Ruangan menunggu
  2. Asrama lelaki – 38 katil
  3. Asrama perempuan – 38 katil
  4. 2 bilik solat
  5. Bilik mandi for lelaki dan perempuan
  6. Ruang membasuh pakaian
  7. Bilik kaunseling, pemeriksaan kesihatan dan bilik serbaguna.

Whoever yang nak cari pekerjaan di kl..tak tau port mane nak tinggal pun bleh stay kat sini.

So, time kiteorang sampai..nothing there except facility. So, selepas tue ada kereta katering sampai.. so, kiteorang pun load barang makanan dan siapkan makanan untuk gelandangan yang hadir.
Selang beberapa minit lepas tue ..ada group dari student U datang gak kat port Anjung Singgah tue.

Student U lepak baru sampai.

Lepas tue, ntah dari mane ntah…ada awek mane ntah datang mai depan dan kasi briefing program nie. Antara input yang gua ingat… don’t ever give money to gelandangan. Don’t ask them to tell their story.. dan paling gua ingat..kalo muka masam ….sila keluar dari Anjung Singgah nie.

Awek baju merah kasi briefing. Aku pun konpius..mak orang ke atau awek.

So, since volunteer agak ramai, gua pun ambil keputusan nak go around kawasan berdekatan.

Nak tahu , cammano ramainya volunteer..cam nie la ramainya dalam hall makan. Nie baru satu batch bebudak U..blom masuk batch dari company lain.

Basically , ada few party yang terlibat dalam program sahur nie. Main party ialah NGO namanya The Gagaks. Pelik gak dalam banyak2x nama ..group nie register diorang dengan nama “The Gagaks”. Basically, they have consisten team yang focusing charity area. Especially to kids. So, sape2x yang berminat nak volunteer diri korang bleh join The Gagaks . Nie fan page diorang. Tokannya namanya Alia seperti awek berbaju merah seperti gambar diatas.

Kupon yang perlu gelandangan kasi kat sukarelawan. Kalo takde kupon , tak leh masuk le port makan Anjung Singgah.

2nd party yang involve plak adalah brother katering. So, untuk event nie…brother la yang bawa makanan ke port sinie.

3rd party…adalah sukarelawan. So..pada event malam nie..ada few pihak sukarelawan.. ada yang dari U..ada yang datang dari team company…dan ada yang datang geng2x kecik.

So, jam 3-4 pagi tue gua ronda kawasan sekitar.

Hohoho..siapa la yang conteng nie.

Di satu sudut, woah…ramainya gelandangan tidur di kaki lima kedai. Gua baru terperasan.
Sedang gua lepak menikmati sahur…nampak la geng2x anak muda berbaju merah nie jalan.. gua agak..diorang pun melakukan aktiviti sama iaitu kasi makanan direct to the helpless. Bagus lah diorang yang memuda nie…pagi2x dah round kasi bantuan makanan.

Lepas “sarap” , gua pun kembali ke port Anjung Singgah tue nak tengok cammane ke ruper aktiviti diorang dalam tue.

Volunteer menghidangkan makanan.

Pandangan dari dapur. Eh..nampak macam ok je gelandangan nie. Tak compang camping pun diorang.

Its look like makan di kedai makan aje.

Ntah hape la bebudak U nie dok bual dengan gelandangan. Maybe diorang nak tahu siapa diorang nie kot.

So, gua pun round2x lagi. Bergelimpangan diorang takde rumah nak tinggal. Tido aje di tepi kaki lima di kotaraya.

Sedang gua2x round lagi..tetiba gua terdengar somebody nyanyi kat area situ. Dari jauh gua nampak ada sorang hakak tue nyanyi secara live di tepi bucu jalan… Lepas tue bebudak U pun berkerumun kat hakak tue ..maybe nak tahu siapakah yang nyanyi itu. Gua pun tak tau siapa hakak tue…hahaha..

Ada gak gua terpikir, adakah ini pengakhiran diri gua bila dah lanjut usia? Wallahualam.

Sebatang jalan yang dipenuhi dengan gelandangan. Aku heran btoi, tang malam meriah je diorang tidur tepi kaki lima. Bila siang, sorang pun x nampak.

Sedang gua berjalan.. eh…ada sekumpulan anak muda sedang membersihkan port diorang. Wallawey..diorang nie ohsem… sampai ke jam 4 pagi masih ada kat situ. Kehadirang diorang nie satu je kat port sinie. Memberikan perkhidmatan potong rambut percuma kat gelandangan. Woww…..abes salute dengan anak muda yang mempunyai tahap pemikiran sebegini. Dah tue plak…diorang nie dari Senawang nook.. fuiyoo…sanggup datang ke KL hanya semata2x mahu memberikan perkhidmatan potong rambut. terbaek..

Team pemotong rambut.

Bila gua dapat input dari brother buat katering tue..dia cakap…dulu gelandangan hanya sekitar 4 ribu aje.. tapi nowdays..dah mencecah sampai sekitar 8ribu. Dalam hati gua….kalo by years bleh increasing ..and more increasing … Malaysia nie nak jadi ape???? Adakah ini yang dikatakan ihsan di bumi sendiri? There is something wrong in our society.. ini bukannya terhasil dalam sifat malas dalam tiap2x individu seperti gelandangan ini sebab jumlahnya meningkat.

Basically, siapa yang datang makan kat anjung singgah tue?..lets have a look kat list nama. Ada yang muaalaf, ada indian…dan ada yang er..muda dari gua.. MUDA MUDA dah join gelandangan.. aiyoo …age diorang muda sikit je dari gua….scarynya gua. ingatkan yang datang join makan nie..dah lanjut usia …

Bila gua tengok poster besaq bawah lrt macam gambar dibawah..gua tertanya2x..mungkinkah “kita” ini membawa perubahan “ceria” kepada masyarakat jika hakikatnya ini yang berlaku ?

Oh yea..kepada sesiapa nak guna fasiliti tersebut bolehlah hubungi nombor yang tertera dibawah.

Sebelum gua meng’chow’kan diri, mari kite dengau ape kata salah seorang gelandangan yang “bermastautin” kat area situ. Mamat nie gua tegur semalam since dia bawak tikar plastik kehulu kehilir pagi tadi.huhuhu.

#gelandangan #anjungsinggah #gagaks #kl #dbkl #fasting #ramadhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s