Kunjungan Madrasah Di Kampung Kubu Gajah

Di bulan ramdhan nie, gua berkesempatan follow program berbuka puasa trip group dari company nie di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain . Kampung Kubu Gajah. Maybe ramai yang tak tahu…where the hell is Kampung Kubu Gajah. For me, tak pernah dengau. Kalo sebut Paya Jaras tau tak? hahaha.. Basically , Kampung Kubu Gajah nie sebelah dengan Paya Jaras.

On my mind, dalam mindset gua, musti port tahfiz nie besar dan nice view. Mindset nie gua dapat time secara kebetulan gua pergi carik sungai kat area lata perahu Kuala Kangsar Perak. Masuk je kat area tahfiz di Lata Perahu tue…eh nice gak tempatnya. Siap ada restoran dikelilingi kolam…ada anak sungai mengalir kat tengah kawasan tue..berjaga rumputnya…dan ada madrasah belia tengah dok study . So, nie anggapan gua at first.

So, semalam gua pun pergilah ke Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain tue. Agak celaru gak nak cari port tempat nie bila 100% depending dengan waze. Bleh plak tersilap masuk lorong. So, bila partner gua dah walking site view area situ..sah lah kiteorang dah sampai ..cuma agak jalan kaki gak la dari port parking nak ke madrasah tue. Nak kena lalu kawasan kiri dan kanan orang rumah.

Sesiapa nak check in sendiri madrasah tue on future.. bleh aje klik kat map bawah nie.

Dari port parking berjalan kaki ke madrasah.

So, bila gua dah sampai..agak suprise gak …bleh plak kat sana ada sungai.Tapi..surrounded by not so “agresive” environment. Jambatan nak seberang pun kayu je…looks like back to 10 years ago di kampung2x. Jalan pun masih berlopak sana sini tak bertar.

Madrasah tue hanya warna oren pekat dan cair tue je.Bangunan putih tue rumah orang.

Pandangan dari depan. Yang bangunan oren pekat tue , baru aje siap digunakan.

OOOOooooO..nie rupanya nama madrasah yang betoi.

So, bila gua jengah dalam eh..ramainya kekanak …cecomei je diorang dok tunggu event nak start.

Kiut miut diorang

Yang baju hitam tue …kanak2x yang mengaji kat madrasah tue

Nak tunjuk jalan masuk yang lagi satu. Tapi bapak ah jauh. Seb baek gua ikut laluan yang lalu jambatan kayu tueh

Eh..ada klinik ar di tingkat 1.

So majlis dimulakan dengan kata aluan dari orang kuat madrasah tue.. ntah hape kenamanya. Yang lelain panggil ummie je.

Gua sempat berbual2x dengan somi si ummie nie. Antara input yang sompek beliau kongsikan….

Asalnya dia nak pergi rumah urut ..ikut laluan macam yang gambar diatas. Sampai di port sungai … dia heran nampak bebudak nie main sungai..bermain2x di sekitar waktu persekolahan. Rupanya bebudak situ memang tak layak pergi sekolah memandangkan diorang takde dokumen perjalanan. Maklum lah…90% kawasan paya jaras , kampung gajah dan sekitar nie… terdiri dari warga asing yang takde dokumen seperti orang kemboja dan indonesia.  Sebab itu kawasan ini , anak2x diorang takde berpeluang untuk bersekolah.

Untuk mendapatkan perubatan di klinik dan hospital kerajaan pun diorang tak bleh pergi. Sebab tue …kat entry awal tue ada gambar klinik wakaf Ibnu Sina. Bertujuan untuk memberi juga perkhidmatan kepada penduduk sekitar yang memerlukannya.

Asal tapak madrasah nie..asalnya rumah buruk yang dibina atas rizab sungai. OoOo..patutlah bangunan nie betoi2x di tepi sungai. Since from time to time..owner rumah tue tengok pelajar pun makin ramai…dia wakafkan aje tapak rumah dia untuk kegunaan anak2x disitu.

Oh yea..madrasah itu tak follow memana sistem pendidikan pun. Apentah lagi sistem pendidikan malaysia. Pelajar pun..paling maksimum level adalah di darjah 3 je. Cukup sekadar memberi pengetahuan asas pendidikan seperti membaca mengira dll . Mana yang brilliant, diorang hantar ke sekolah agama di lokasi lain macam di klang.

Kata tokei madrasah nie lagi…untuk kelas nie..diorang buat dari pagi sampai petang ..dan akan bercuti hanya pada hari jumaat. Untuk sepanjang sessi, diorang provide makanan pagi, tengahari dan petang. Untuk baju, alat tulis, beg dll….semua pihak pengurusan yang sponsor.

nak jadi kelakarnya, even pada hari jumaat cuti..pada awalnya tokei madrasah tue heran..walaupun hari cuti..ada diantara bebudak nie datang madrasah. Selepas tanya..rupa2x nya diorang prefer datang madrasah untuk menikmati makanan percuma. Alahai..cianya bebudak nie.

menurut tokei madrasah nie lagi..alhamdulillah ..sejak madrasah diorang nie jadi viral …ramai gak la orang sponsor.. untuk beras aje…..1 stor beras dah ada. So, they don’t worry sangat tentang makanan.

gua ada tanya gak ..awat madrasah nie x follow silibus standard kementerian pendidikan. Masalah problem yang diorang hadapi, bila diorang hadap dengan pihak kementerian atau jabatan pendidikan.. pihak kementerian/jab pendidikan tak dapat nak kasi bantuan disebabkan 100% kanak2x kat situ takde ic biru atau passport. So, sebab itulah status diorang begitu sahaja. Since tokei beso situ put priority yang pendidikan itu untuk semua.. so dia dan isterinya ( ummie ) teruskan lah jugak dengan operasi madrasah.

Katanya lagi, alhamulillah..from time to time..dari sebuah rumah yang buruk nak roboh…diorang berkembang seperti yang ada sekarang seperti dapat bina bangunan baru dan lain2x.

Ummie sedang kasi ucapan

So, lepas ummie kasi talk…bos rombongan plak yang kasi talk..selepas bla bla….majlis go on dengan bacaan yassin ramei2x. Sepanjang gua baca yassin, gua notice…ada di kalangan anak2x kocik nie…baca yassin tanpa gunakan buku cetakan yassin. Alamak…malunye gua. Kohkohkoh.

Ramei2x baca yassin.

Bagus la..anak sape la nie.

So, masih ada banyak masa lagi timing nak berbuka puasa. So, nak penuhkan timing tue…ostaz diorang kasi tazkirah la kat bebudak nie.

Ostaz muda kasi tazkirah.

Jengah kat luar, oh ramai gak ahli yang lepak kat luar. Maklum la ruang dalam madrasah takde le besau mane.

Antara yang lepak kat luar main hall.

So, perut pun dah lapar..timing berbuka pun dah masuk. So, kiteorang makan light dulu. Since gua menumpang program nie.. gua tak tahu la sangat details program berbuka diorang nie. Gua ingat.. hidangan nie final …lepas tue takde makan2x . Rupa2xnya lepas solat maghrib berjemaah..ada lagi rupanya makan. Kali nie makan berhidang bertalam macam gambar dibawah. Diorang hidang nasi beriyani berlaukkan ayam kurma. Woah ..sedap gak meal diorang.

Dah lama siot tak makan dalam dulang ramei2x. Seingat gua..last sekali gua makan bertalam ramei2x nie…time gua study kat U dulu.. hahaha.. rasanya la…Alhamdulillah…walaupun setalam ngan gua…hanya twosome….nasi dan lauk berjaya kiteorang tibaikan.huhuhu. Maybe sedap sangat .

Berbuka puasa 1st stage

Antara pengajaran yang gua dapat bila pergi ke port macam nie…gua realize…walaupun Malaysia nie “diorang” dok kata maju..masih ada port2x macam nie di sekitar Malaysia. Mungkin madrasah nie antara yang lucky….dan maybe ada gak port madrasah yang menyedihkan. Sana sini serba kekurangan. Bila gua masuk port sebegini, pikiran gua terbang teringat kat salah satu lokasi di utara thailand. Gua dah lupa namanya..Maesot kot.. Ada satu kawasan yang kawasan sekitar nampak miskin…dengan jalan berlopak ..dengan sampah sarap banyak tak terjaga dll. So,bila gua tengok madrasah nie..owh..ada gak kawasan sebegini di Malaysia.

Okeh..lepas nie gua nak tulis entry gua pergi ke program feeding gelandangan di pusat ibu kota KL. Chiaww….stay tune ..stay kejang.

#madrasah #charity #berbuka #puasa #payajaras #kampunggajah #fasting #eat #ramadhan #holymonth.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s