Food Review : D’ Arab Station

Alhamdulillah, kali ni gua menerima jemputan makan nasi arab plak . Kat mana ? Di restoran D’ Arab Station. Kat mana ? Kat Alam Damai. Nie alamatnya

D’Arab Station No. 36, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai,

56000 Cheras Kuala Lumpur

img_2013Logo diorang

Well , nak carinya tak susah pun. Straight to the point gak. Kedainya bleh nampak dari tepi jalan je. Kedai nie di commercial lot. Area commercial lotnya takde la besar mana pun. So, easy to find. Landmark pun mudah nak kenal. Cari Masjid Al-Mukhlisin, dah nak sampai la tue.

 

img_2009

Pandangan dari luar kedai

img_2008

Close up skit dari luar kedai.

Wah…kat luar ada kambing golek ar. Dari parking dah bleh bau kambing golek.huhuhu. Menurut hakak berbaju merah dalam gambar bawah tue. Ada orang arab mane ntah ..dok lalu 2-3 round situ, lepas tue berhenti tanya kambing golek tue tuk dijual ke tak? Bila diorang tau kambing golek tue dijual , mereka borong kaw kaw la kambing golek tue. Tue yang bila gua snap tue ada sedikit kurus dagingnya. Dah kena sebat separuh dengan pak arab.

img_2010

Wow…ada kambing golek!! Rezeki lagi…

img_2011

Kechur gak tengok isi kambing golek nie.

img_2012

Abang masak roti john

Jom masuk ke dalam kedai. Eh! tak ramai pun..oh yea..awai lagi. Percaye lah, dah lama skit, alamak..ramai plak orang. Yang datang bawak family da…

img_2014Pandangan dalam kedai.

img_2015

Kebab diorang. Bahasa teknikal diorang adalah Syawarma

Banyak kan menu yang terpampang kan.Main course diorang dah tentulah nasi arab. Macam2x menu lain yang ada . Bab ala carte, diorang ada Salatoh regular , French fries, nugget. Salatoh tue ape? Ntah la nak…. gua pun tengok dari phamplet menu je..hahaha. Bagi menu western..diorang ada Syawarma macam dalam gambar diatas. dan diorang gak ada sediakan burger.

Untuk harga menu, untuk makan perseorangan….paling murah adalah RM 13. Untuk makan secara berkumpulan (3-4 orang) plak..reganya antara RM 31 sehingga RM 64. Untuk kokak secara family, reganya RM 50-93. Normally, yang murah tue, nasik arabnya dihidangkan dengan ayam . Yang mahei tue coz diorang letak kambing.

Bab kambing diorang nie…gua ingatkan berbau..tapi bila hidang ..takde la bau kambing. Bila gua kokak…lembut rupanya daging kambing diorang. Bila reramai makan, yang kambing tue la yang licin. daging ayam takde la plak abes.

img_2019Senarai menu

Sebelum kiteorang kokak nasi arab yang terhidang dalam meja, bos D’arab Station kasi ucapan skit. OoOo…yang nie rupanya bos diorang. Terima kasih la Dato Haji Taufek Ismail belanje kiteorang makan bukak puasa. Sepanjang kiteorang berbuka, asyik melayan kiteorang je.. kehulu kehilir dok layan kiteorang. Hulur roti john lah, hulur kurma lah, bawah tea arab lah..Eh..tak makan ke Haji nie..

Tokei besau kasi ucapan skit

Mengikut tokei kedai , restoran nie dah dibuka pada feb 2016. Basically diorang start dengan serving kepada menteri menteri aje.So, maybe on time to time, ada gak pegawai yang follow event time diorang hidangkan nasi arab nie…ada yang request personally nak bawak anak bini diorang merasa nasi arab nie..so , maybe la kot..Haji nie bukak restoran supaya boleh dirasai oleh orang ramei. Since konsep diorang adalah fast food, khidmat penghantaran makanan nasi arab diorang turut diadakan. Sape2x yang tekaknya nak telan nasi arab boleh roger2x di talian 03-9108 3330 atau 03-9108 3331.

Untuk makluman u’olls, khidmat penghantaran nie hanya main di sekitar kl aje lah. Paling jauh diorang pernah hantar adalah di Putrajaya. untuk khidmat penghantaran nie takde mahal bebeno. Main takat rm 10-rm15 aje bergantung kepada kawasan.

Menurut tokei kedainya lagi, untuk membuka kedai nasi arab nie, Haji dok study 5 tahun pasal nasi arab nie. Aii mok lamanya dok research…nasib baek shedap nasi arabnya.Yea la kan..nasi arab nie tak banyak yang bukak bagi pengusaha melayu. Kalo nak dibandingkan dengan nasi arab sini, harganya dikatakan murah la jugak. Yang lain mostly serve type. Kedai D’Arab nie konsep fast food. Tue la kot makan masa lama nak adjust cammano konsep kedai dia.

So, kite teruskan dengan acara utama kita..iaitu sesi melantak nasib arab. Bila diorang hidang….macam x cukup je. Maklum la…tengok keliling meja ada 7 orang dewasa yang lapo sebab berpuasa kan…

img_2022

wah …nampak sedap

Tapi …bila dah melantak….memasing x sanggup nak abeskan nasi arab tue….ada balance banyak gak tue.. skodeng meja sebelah pun sama. Kekadang gua pun heran la dengan pak arab…cammane la diorang bleh abeskan nasi arab nie..selamber kodok abeskan dengan 4 orang makan dulang besau macam nie. Gua rasa, daging diorang lagi meriah u olls dari macam dalam gambar. heran gua….

Kuah merah dalam tupperware tue sedap….tuang colek ngan daging tue …rasanya agak menggembirakan. Rasa masam tapi tak masam sangat….sedang elok kena dengan cicah daging kambing atau pun cicah ayam.

img_2027Close up skit ayam tue.

img_2023Roti john yang dimasak kat luar tadi.

img_2024Hirisan kambing golek

img_2025Yang cup kecik tue ..air arab da…

So…makan pun udah ..perut pun bergumbira diisi dengan nasi arab. Bebanyak terima kasih diucapkan kepada bos D’Arab Station. Nasi korang memang tip top. layanan dari tokei time berbuka pun friendly. Mana yang salah silap dari kiteorang , harap dimaafin. Hohoho… So, adios….

#thebestnasiarabintown #darabstation #foodporn #food #nasiarab #nasi #fasting #berbukapuasa #yummy

 

 

 

 

Advertisements

10 thoughts on “Food Review : D’ Arab Station

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s