Lagi Produk Usahawan Wanita : Milk Goat Cereal

Okey..kita sambung balik dari cite semalam iaitu dari program IJM Land semalam

So selepas gua chow dari Tamarind Springs di  Ampang, gua shoot ke Bason Shah Alam. Ngam2x gua sampai nak jam 3 petang. Dalam pikiran gua, sape naik kereta azab sengsara korang la nak parking. Gua yang parking motor pun kebetulan alhamdulillah ada orang nak keluar.

img_1669252812529OoOo..nie port event yang diorang buat nie.Restoran Bason dari luar kedai.

Dari luar gua bleh agak ..musti eventnya diorang buat kat tingkat atas coz , skodeng dari luar pun bleh nampak few customers je kat bawah…so gua pun naik ke tingkat atas.

img_1670Naik atas luuu..

img_1671Saje gua snap gambar nie..kot sape2x yang datang sane, bleh ar terus meng’wifi’kan aje dengan awai2x tau password. hehehehe

Selepas gua register, gua dok la di satu sudut 180 darjah bleh nampak semua orang.

img_1672Aii mokk…sape plak yang berbaju pink tue…gegirl sangat walaupun dah nampak berusia

Sambil2x nunggu, gua godak la goodies yang pihak penganjur kasi. OoOo …ada mug. Sedang gua snap gambor mug tue…eh..baru gua perasan kat dalam gambar ada si Amir I’m Sorry Raja Lawak

img_1674Amir I’m Sorry sedang pakai cap

So, majlis dimulakan dengan acara makan2x dulu. Tak sempat gua nak snap gambar makanan. Maybe time tue mood nak makan dah takde coz dah kokak kat Tamarind Springs tadi. Nak plak tengah kokak laksa, member plak datang secara kebetulan. Menyembang aje la jawapnye…Sementara tunggu yang lain datang. Bila memasing dah kenyang , so acara pun bermula. Selepas Emcee bla bla bla kat depan, maka tibalah giliran bos company yang keluarkan produk Imourdex Milk Goat Cereal nie bercakap

img_1678Bos produk Imourdex  Milk Goat Cereal iaitu Cik Puan Fatimahtuzahra Bt Samat sedang berucap.

Right time plak timing diorang buat aktiviti nie lagi  seminggu lebey aja nak puasa. Those who want to diet, Imourdex  Milk Goat Cereal nie molek benar kepada diorang . Sesuai diambil time bersahur dan akan rasa kenyang sampai ke time berbuka. Mengikut kajian diorang sesiapa nak rasa

  • sihat dalaman
  • kecerdasan otak
  • kuatkan daya ingatan
  • perut sentiasa kenyang

bleh ar makan produk nie. Antara kandungan vitamin yang ada dalam produk nie ialah Multivitamin, Vitamin A, B1, B2, B3, Vitamin E, Antioksida, protein dan kalsium. Ingredient yang diorang value add dalam produk nie supaya plak ialah susu kambing , garam bukit, buah tin, buah delima, madu, gam arab, kismis, kurma, saffron dan habbatussauda.

For those yang nak rasa produk nie, jangan le kasi kat baby. Biar le beso skit. Kanak2x start dari umo 7 tahun bleh la makan cereal nie. Bebudak kan suka makan cereal nie. Dari makan cereal chocolate tue..baik ganti dengan produk Imourdex  Milk Goat Cereal nie. Lagi banyak range vitamin yang ada. Bagi yang ada anak2x yang macam pelupa, malas bangun pagi, semedang je lapar, stress dan ada asthma..elok benau la kokak produk Imourdex  Milk Goat Cereal nie.

Those yang nak making money dari produk nie pun memang chantek sangat arr…. Company diorang nie memang galakkan jadi stokis.Ada sorang tue, diberitahu yang income per month dia, cecah RM 20,000 ke Rm 50,000 la gak.Tak perlu kedai bagai…semudah meniaga dari rumah je.

Mengikut diorang lagi, diorang offer sesiapa nak jadi stokis Imourdex  Milk Goat Cereal nie coz…

  • permintaan terlalu tinggi coz produk asyik abes je.
  • produk berkualiti tinggi. Harga pun berpatutan.
  • ada hadiah istimewa, peluang bercuti dan most important, ada elaun bulanan dari Imourdex nie.
  • Kelas FB Ads pun diorang adakan percuma kepada stokis diorang. Maklum la meniaga online dari rumah je.

Those who are interested nak jadi stokis , boleh roger2x diorang di

  • 012-699 1164
  • 011-33295357
  • 011-11408722
  • 017-6927800

Boleh bercakap samada dengan Pegawai Pemasaran diorang iaitu En. Mohd Azrai. Kalo nak mintak advice tentang produk, boleh bercakap dengan Cik Rania Amani. Nak bercakap tentang operasi syarikat boleh roger dengan Cik Zazwani Zakaria.

Nak bercakap dengan gua pun bleh..tapi tu hal lain lah….nanti PM ikat tepi yea.

img_1680Antara tetamu yang hadir.

img_1682Dan ..dan si Amir Raja Lawak Mega berikan pose bila kamera tepon gua dihala kat dia.

Bila dah abes bos Imourdex  Milk Goat Cereal tue berucap. Maka tibalah giliran Naib Presiden Wawasanita iaitu Puan Wan Lotfiyah  pula yang berucap.

img_1686OoOO..yang baju pink gegurl sangat tue tadi naib presiden Wawasanita rupanya..hahaha..

img_1687

As a token of appreciation from bos to their VIP, maka diorang kasi la cenderahati sikit. ( cewah ..cakap omputeh la plak )

img_1688Bab kasi cenderahati

Lepas tue acara nak sign kontrak le plak antara company diorang dengan duta2x diorang. Oh yea tuk duta2x nie diorang lantik 2 duta iaitu Amir Raja Lawak dan yang keduanya ialah Adik Ahmad Zaki Yamani B. Dato Jamal Ubaidillah. Sapo plak budak cikonet nie.. OOOoooOo..risik punya risik..anak penyayi pop Malaysia iaitu Jamal Abdillah rupanya..huhuhu..patot ar jadi duta. Bila check kat google…aah la..anak Jamal Abdillah

pix_gal15

Salah sorang anak Jamal yang berbaju merah

img_1695

Snapshot video ucapan dari Amir

img_1710

img_1717Duta2x produk sedang beri pose istimewa

img_1720Barisan produk display

img_1721Try snap dari belakang plak.

Sebelum gua chow, sempat la gak gua berbual2x pendek dengan si Amir Raja Lawak nie..Gua tanya dia, next session masuk balik tak Maharaja Lawak Mega? Katanya tengok la cammane. Bila gua cakap session yang baru2x nie …kureng la lawaknya..dia pun cakap benda yang sama coz ramai orang bitahu kat Amir yang kureng menyengat lawak pada program Maharaja Lawak Mega ritu.

Untuk maklumat korang lagi, si Amir nie dah bukak roti bakar kat Gombak. Wah…sejak dah berumah tangga ..pandai plak atur langkah berniaga. So, sesiapa yang masih tak tahu lagi kewujudan kedai Amir I’m sorry nie..bleh ar poie kesana

Bila gua dah balik rumah baru gua tingg!!…baru teringat. Patot la gua sembang dengan si Amir nie selamber kodok aje.. rupanya gua pernah bertemu depan2x dengannya di casting untuk cari pelakon filem ritu. Dia pun turut sama hadir casting . Filem apa…gua pun dah tak ingat.hahahah.

#imourdex #cereal #foodporn #food #basion #jamalabdillah #rajapop #amirrajalawak #amirimsorry #milkgoatcereal #artist #malaysia #healtyfood #diet #puasa #sahur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s