Promosi Juadah Ramadhan PICC

Kelmarin gua berkesempatan pergi ke Putrajaya International Convention Centre. Asalnya gua dapat info tentang Majlis Prebiu Hidangan Tradisi Warisan Budaya. So, gua expect mungkin pihak organizer membuat hidangan makanan tradisi besar besaran la kot.

Bila gua sampai sana, gua tengok ada medium size scale majlis sedang berlangsung. Memang gua tak kenal sesape pun kat sini.

img_1400252812529

Sesampai je gua tengok ada orang kasi small tazkirah skit

Bila gua observe skit, OoOOo…pihak PICC sedang promo set majlis berbuka puasa diorang rupanya.Hohoho. So, kalo dah nama pun promo set maklis berbuka puasa, mesti la ada makan2x. Kat belakang gua snap gambo nie ada la barisan makanan. So, gua pun usha makanan tersebut.

Tengok arrangement dessert diorang pun.. wallawaa…dah macam hotel siot.

img_1405

Ape ke nama dessert merah berstroberi nie..ce zoom cikit.

img_1406

Fullamak…namanya pun tak bleh blah…dan rasanya pun tak bleh bla…sedap sangat…siap berjeli lagi ontop dessert nie…suke suke suke…

Dan gua pun round2x lagi tengok ape yang ada….
img_1408

Siapa yang tak makan lala kan…nama masakan lala nie pun mudah je..”Lala Bakar”. Nampak cam sedap….

img_1411

Woah…kebab pun ada…saje je kan abang chep nie susun2x kebab time gua snap gambar…nak kasi menggiurkan le tewww..heheheh

img_1412

Wow..puyuh goreng pun ada . Dishes yang paling kiri sekali yang warna merah tue….Rasanya pun rangup….berasa rempahnya.

img_1413

Yang nie gua tak ingat namanya…baunya perghh..bleh rasa ke’juicy’annya.

img_1414

Ok ..yang nie nampak rare…siap balut dengan daun pisang.

img_1417

Ok ..yang nie memang stock ramai orang serbu kalo kambing panggang nie ada…sempat gak gua rasa kambing panggang nie………nikmat tak terkata…ntah hape “saka” diorang taruk kat kambing panggang nie pun tak tau ar….slurrrpp…

Gulai gulaian pun ada….pergghhh….

 

img_1422

Woah.. yang kiri nie agak rare…macam sedap je “Ayam Percik Kuala Terengganu”. Sempat gak la gua kokak ayam percik nie… nie lagi ganas beb….nie dah bukan letak saka nie…nie dah tahap letak mambang kat masakan nie…sedap siot.

img_1424

Bab ayaq , dont worry….cedok je dalam bekas ayaq pasar malam nie….gua tengok ramai orang sebat air mata kucing time makan kat meja makan.

Eh macam macam la makanan yang ada..telur lah..daging lah..dalca la…memang heaven btoi time berbuka puasa nanti.

img_1429

Kepada sesiapa yang nak rare lagi time berbuka…dan suka makanan jopun…bleh menketedarah tempura nie…arigato gozaimaz betol arr…

Dan lagi makanan..warggghhh..

img_1433

Sape yang berdiet tue….barisan salad memang terhidang…so…ada banyak choices nak kena dengan tekak tue..

img_1434

Nasi “Selatan Semenanjung” nie memang win…dagingnye sedap manis lembut…Najib Ali kasi 5 Ha…untuk masakan nie…hahahahaha

Ok..bab makanan dah abes…

So, semasa semua hadirin tengah makan, kiteorang disajikan dengan persembahan kat atas stage…

img_1436

Tetiba, Zamani plak buat persembahan….dari jauh..gua tengok..la..kecik je orangnya..Maap la yea..gambo zamani dibawah gelap. nie je la kamera handphone gua mampu snap.

img_1456

Ustaz Don pun habaq mai minat gila gak ngan Zamani nie…Gua sempat la gak tanya kat dia mana assistant yang selalu ngekor dia…tak nampak pun. Assistant dia tue orang kampung ngan gua gak…sebab tue gua tanya dia.

img_1452

Posing santai ustaz Don

Antara yang hadir

img_1441

Orang belakang kamera cakap, nie le chief besau kat picc nie…gua angguk2x le kepala aje..

Hat atas nie..gambar yang gua snap makanan kat atas meja gua.. semua budget ambik skit2x, coz nak rasa kesedapannya sambil menjilat jari..hehehe.

Ok…so abes part makanan dan environment. Fokus bab PR plak.

Sedang gua menikmati makanan , tetiba datang seorang ladies yang gua nampak eksekufi skit. Memula gua tak perasan sangat sapa dia nie. Gua observe pompuan nie peramah. Sehinggakan makanan yang dia ambil untuk rasa pun dia poie offer kat gua. Since gua dah meal yang sama dia ambil so gua tolak dengan tanda terima kasih. Since dia nie agak ramah, so gua pun berbual2x la ngan dia. Macam biasa gua tanya dari mana sebelum sampai ke event nie…projek ape sekarang. Bila nak akhir sebelum dia kasi biz card, gua dah boleh cam dia nie sapa. Tapi tak tahu nama.. Bila dia kasi card ..OoOoo..nama dia Maznah Zolkifli.

azwan ali raya open house

Maznah Zolkifli yang gua maksudkan. Gambar nie gambar gua cilok kat source internet. Dia yang sedang berbual dengan gua dah pakai tudung. Tak snap coz gua berbual2x dengan dia.

Pernah nampak dia kat tv sebelum nie….but since gua dah lama x tengok tv…so, gua pun macam pernah pernah nampak ghitewww… Overall gua nampak dia jenis humble, sentiasa bersemangat, positif based berdasarkan perbualan gua dengan dia. Even masa gua nak chow dari event tue, gua poie salam ngan team dia, dia bangun dari tempat duduk sebagai tanda salam undur diri…

Agaknya orang pemes nie memang humble belaka…..gua state kat sini coz ritu gua bersua sekejap dengan pelakon pemes tue…( gua tak ingat la plak nama dia time taip keyboard nie ). Walaupun dia pemes, dia first sapa gua. Lembut je dia sapa … Abanggg….apa kabar katanya. Dia bukannya kenal gua pun….bukannya nampak orang penting pun. Begitu juga dengan Dato Jalaludin Hassan. Time gua tengah lepak minum kat meja katering shooting filem CEO sorang2x…Dato Jalaludin Hassan nie tegur gua time dia dok study reramai pasal skrin scene dia nak berlakon karang.

mungkin sesiapa yang dah lama dalam industri , manners always on shape kat diorang.

Ok lah..ape²x pun gua ucapkan terima kasih kepada pihak catering PICC yang menyajikan hidangan yang sunggoh lazat sekali bang bang boom…

Sesiapa yang stay area putrajaya dan cyberjaya terutamanya, bolehlah datang menikmati hidangan lazat di PICC dengan harga seperti gambar dibawah.Adioss..

img_1449

#picc #putrajaya #cyberjaya #encikpink #catering #berbukapuasa #ramadan #ramadhan #makan #foodporn #artist #celebrity #artist

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s