Bubble Futsal

Hari tue gua berpeluang join company tue main futsal. Yang menariknya gua nak join tue coz players kena masuk dalam bebola. Macam best je.. So, dipagi harinya gua pun pergi la join.

img_1278

Poster yang ditampal port game tue.

Kat mana lokasi bubble futsal tue? Port nye berhampiran Digital Mall Petaling Jaya. Kalo ikutkan google maps.. type “Pejabat Urusan Rhone Ma” . Percayalah , port bubble futsal tue kat situ. Cuma port tue berkongsi bangunan. Kalo korang sampai …pergi di belakang bangunan , pasti akan lalu port bubble futsal tersebut.

Bila kiteorang sampai, macam biasa …staff kat situ sedang mengisi angin bola

img_1280

img_1279

Yang baju hitam pompuan tue, pengadil utama.

img_1286

Macam biasa, sebelum permainan bermula, coach akan demo dulu cara nak masuk atau handling bola.

img_1287

img_1289

Kepala dimasukkan terlebih dahulu sebelum ‘sangkut’ macam pakai beg sekolah.

FYI, rupanya bola tue berkuap jugak la di sesiapa di dalam tue. Dan masalah yang gua sport ialah apabila memasing dah pakai menatang tue, terpaksa membongkokkan badan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Percayalah , kalo dah pakai menatang tue..bercakap direct..kita tak akan nampak jelas dengan siapa kita sedang berkomunikasi bila dah berada dalam tue.

img_1283

Dah selesai briefing, maka memasing pun cop bola memasing.

Actually game nie ada 2 round. Maybe bergantung kepada package kot.  So, game first round ialah futsal . One team ada 5 orang. Gamenya macam futsal jugak. Cuba untuk score sebanyak mungkin. Timing yang diberi hanya 3 minit aje. Maybe bergantung kepada berapa batalion orang yang hadir. Percayalah, walaupun hanya 3 minit…memang termengah2x dibuatnya. Maybe atas faktor berkuap dalam tu kot.

Round ke-2 plak adalah jatuhkan king atau queen. Konsepnya mudah. Salah sorang dalam team 5 orang tue akan jadi queen atau king. King atau queen akan bermastautin aje dalam petak D dekat gol memasing. King atau queen tak bleh keluar dari petak D tersebut. Nak menang mudah aje.. pihak lawan kena jatuhkan queen / king pihak lawan atau desak queen / king ke dinding belakang.

Siyesly, nak main konsep king / queen nie kena berstrategi gak. Kalo tak naya je macam gua. Dah la gua jadi king. Team mate gua ingatkan gua bleh handle memandangkan badan gua agak besar. Bila on real play…uish ..agak tough gak la…Bila pihak lawan datang kat gua…putffhh…jatuh gak la gua dibuatnya. Sape yang belajar fizik dia mesti tau konsep insersia. Ibarat kereta ( pihak lawan ) datang dengan laju menghentam tembok ( gua ) . Tembok ( gua ) la yang hancus melantun ke belakang. Hampir terkehel jugak la tumit gua nie. Ada rasa sengal la jugak bila last kopek dijatuhkan.

Nak tau keganasan game king/queen nie..sila skodeng video dibawah.

Oleh yang sedemikian, ingatlah , kepada sesiapa jadi queen / king ..korang 1 team kena atur strategi. Bukannya terus meluru masuk nak jatuhkan king/queen pihak lawan aje. Ape2x pun having fun kepada sesiapa yang nak main.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s