Car Boot Sale Shah Alam

Semalam gua pegi usha car boot sale shah alam. Actually gua tak pernah pergi pun car boot sale. takat lalu je pun. tue pun jam 10-11 lalu kat sane je. nak pegi jumpa orang. So, awal pagi gua dah gerak kesana. nak tengok le jugak ape yg best kat sana. Parking pun agak senang nak park. hehehe..maklum la..naik moto je. lepas gua park , gua pun masuk le dalam kawasan car boot sale. gua agak macam banyak kereta…dan diorang buka bonet kereta dan jual barang. tapi bila gua usha sana…dah macam uptown je. banyak kemah2x sebelah menyebelah.

tak sampai 10 kemah gua usha, deng ..gua nampak benda yang agak rare nie. Dan gua agak percaya yang , banyak bebudak sekolah kat area kl / shah alam pun tak pernah nampak menatang nie depan2x. kalo korang terror cuba teka menatang dalam kotak dibawah.

Gua pernah makan menatang nie, tue pun gua makan bila ada program di belah #kotatinggi sana. Dikatakan orang belah #kotatinggi nie mmg cekap masak menatang nie. Kalo silap masak, memang pening jadinya. Bila gua rasa, rasanya agak weirdo. X tau nak habaq rasanya.

Hoyeh…barang murah memang orang suka. Nak2x , bagi kaum wanita. Asal murah mula la berkerumun. Tingkat lagi kisah kasut yang diorang jual kat Glenmarie ritu. Sampai panjat pagar la jawabnya.

Baju RM 5 ..sapa x nak?

Lagi murah. Sehengget je. Patot la ramai berkerumun

Ramai siot orang pepagi nie

Sejak gua bermastautin di KL nie, x pernah gua nampak menatang nie dalam gambar bawah. Rasanya kat kampung2x , kalo pergi pasar minggu baru nampak menatang nie.

Gamaknya, menatang nie la diorang buat minyak dhab.

So, gua round lagi. Kali nie gua singgah ke satu kedai jual seperti parang, pisau , pedang dll. Orangnya dah berusia. Ramah memberitahu itu ini.

Penyapu Harry Potter pun turut dijual.

Madu. Yang botol kecik tue RM 40 . Yang beso baru ke-2 , rasanya baru rm 80.

Tetiba mata gua terfokus kat menatang macam penyepit berkarat spt gambar dibawah. So, gua tanya la kat pakcik tue. Rupanya, penyepit berkarat tue  penyepit besi landasan keretapi. Besi tue dia jadikan bilah pisau situ. katanya, besi nie berkauliti skit. Yang hitam tajam tue, idok la plak gua nak tanya, sebab benda rare yang penyepit berkarat tue yang lebih tumpuan.

Macam2x jugaklah info yang pakcik tue kasi. Batu pengasah dalam gambar  bawah tue pun ada pengetahuannya. Rupanya batu asah yang dia jual memang jenis agak rare. Jenis yang dulunya material macam mudah rapuh. tapi bila lelama dalam tanah, dia jadi batu yang sesuai itu asah besi. Rasanya dia sebut batu dari gunung. Mata pisau yang beli tuk potong bawang pun ada pengetahuannya. Yang biasa commercial dijual tue jenis , kalo pakai skit2x mesti kena asah. Yang jenis dia jual, mmg tajam gilers. cukur bulu pun boleh disebabkan ketajamannya. Kalo yang commercial tue, kalo potong bawang mostly mesti menangis coz blade tue tumpul . So, bila tumpul, kupas kulit bawang pasti akan kena body bawang. Kalo pecah, tue chemical dari bawang tue akan menyebabkan mata dia berair. Dengan blade dia jual, yang kita kupas semata2x kulitnya aja yang kita kupas.

Nampak tak cantik, tapi mata pisaunya tajam. Memang ramai orang cari tue kupas bawang ke…

Kasi zoom sikit kedai pakcik tue.

Kita round lagi…

Kedai jual barang2x dari hotel je. Ada kasut hotel, tuala hotel dll.

Kedepan lagi, gua ternampak kedai yang agak happening. Gua rasa, owner kedai tue yang dok pegang speaker ( gambar bawah )

Pet pat pot gak pakcik topi koboi tue berdiri atas kusi

Siap bawak model peragakan tudung dan ada props instagram lagi…kelas ko nokk

So, jalan lagi..tetiba gua nampak benda yang agak rare.

Benda karat pun nak jual . Ada rega tue..

Eh, nie macam beg askar.

Bila gua belek beg tue.. siap ada tulis A.T.M . macam ori dari tentera je..

Siap ada geng kat belakang.

MAcam2x benda gak makcik nie jual

Mangga kunci macam nie pun ada. Kata owner nie, mangga nie dari india. Entah yea ntah tidak pakcik jual nie.

Nie pun agak rare, multipurpose . Jadikan skru bleh, can opener bleh..macam2x la jugak.

Macam2x gak benda rare kat sini

Seingat gua, spray nie waktu kecik2x dulu kat kampung gua pernah sentuh spray jenis cam nie. mmg oldskool btoi.

Topi askar tue beb…

pelita minyak tanah & syiling lama pun ada

Lampu besikal pun ada jual da..

Berapa punye besar da ini batang.

Orang ramai kerumun. Ingatkan ape tadi. Rupanya jual gam yang kuat lekatannya.

Gerai jual haiwan eksotik.

Nie macam yang dalam katun ape ke namanya tue.

Ular cikonet.

Uncle jual cincin letak info nie. hurmm

Saje gua tempek sini

Demo cara nak hilangkan sagat bodi kenderaan. Nampak macam mujarab nak hilangkan kesan sagat.

Talam macam nie pun ada.

Bekas peluru tentera pun ada.

Bulu ape nie?

Bulu diatas dari anggota haiwan

Dah round2x , tekak pun rasa haus. So, gua beli air ice lemon tea dari truck spt dalam gambar dibawah.

Bila gua rasa airnya, wow..superb. tak macam rasa ice lemon tea kat kedai commercial macam kfc, pizza dll.

Buah “ribena” nie pun ada jual.

Susu zaman sekolah kekecik dulu

Murtabak pun ada bekas macam buat banjo plak sekarang nie..huhuhu . Abaikan budak tembam tue.

Popia nie nampak cam sedap je..

sehenggit seketoi ..tapi gua tak beli.

Longgokan tulang2x sup.

Kambing golek pun ada jual.

Buskin pun ada gak …kali nie perasa islamic skit.

Patty burger besaq pun turut dijual.

Kentang bakaq pun ada.

Macam sedap je.

Ce teka buah ape?

OooOo..buah Mahkota dewa

Gua sempat beli sepeket nenas nie. Rasa sedap gak. X macam nenas jual kat NSK tesco dll.

Kacang Pool JB? macam pernah nampak dalam fb. tapi tak pernah rasa.

Orang jb..memang kacang pool tue letak telor ke? macam weirdo je.

Roti tebai tuk makan kacang pool.

Alat memerah buah delima pun ada . Gua ingatkan kat cold storage klcc je yg ada.

Gua sempat beli kambing panggang nie. Bila gua rasa..fuhh..sedap gak. Daging pun soft. Dia punya gravy black paper pun rasa nice. RM 10 sepeket biasa. Rugi tak beli.

Sebelum gua menge’chow’kan diri, gua sempat menjamah kacang pool nie. Sekadar nak buat rasa. Bila gua rasa, wah….sedap nok.. Roti tebai diorang pun lembut buat cicah dalam kacang pool tue.

Tengah gua melayan perasaan nak mengabishkan kacang pool nie, tetiba brother kedai tue kasi roti diorang kat gua. Diorang sedekahkan coz diorang nak bungkus pergi tempat lain. wah..rezeki betoi. Moga #kacangpooljb brother nie dimurahkan rezeki.

Lepas abes makan…timing pun dah tengahari, so gua gerak balik rumah lor.

Advertisements

4 thoughts on “Car Boot Sale Shah Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s