Bateri Kereta Gua Kena Sebat

Ritu kekonon gua nak sahut la seruan gomen nak gunakan public transport. So, gua pilih komuter dan lrt nak ke KLCC. So, gua dengan anak2x gua pegi la KLCC. Nak dijadikan cerita, gua park la kereta gua di stesen komuter Petaling.

Peta nie gua up tok bitahu kepada sesiapa yang tak tau stesen komuter Petaling tue kat mana.

So, dengan berjimba jimbanya kiteorang pergi la ke KLCC. Gua park kereta time petang. Masa gua nak park tue gua nampak ada pondok port bayar parking kereta kat situ. Since orang pun takde dalam tue, so gua pun park la memane yang kosong. Since dah petang , kereta pun bersepah. So, gua park la kat port agak jauh.

Pondok post orang bayar tiket parking keta.

So, bila gua dah abes urusan di KLCC ..gua pun balik la di malam hari. Dalam kul 9 cam tue . Sampai kat keta, gua pun nak start la keta. Eh… keta silent…tak berbunyi langsung. Dalam hati gua, maybe bateri keta dah abes kot. atau alternator keta rosak kot.. Rasanya gua baru je tukar bateri kereta . dalam tahun nie gak la…cammane bleh bateri keta dah abes. So, di malam yang gelap, gua dengan 2 anak gua pun jalan kaki le aje balik ke rumah. Harung la malam yang gelap..seb baek anak gua bleh layan aktiviti menapak dari stesen komuter Petaling menuju ke rumah.

So, kembali ke kereta yang tersadai tue, esok pagi gua pun gua nawaitu saumaghodin le nak settlekan hal keta. Sebelum gua pergi ke kereta , gua beli la sebijik bateri keta baru. lepas tue gua teros le pegi kereta…Sampai kat keta , gua sedikit hairan coz bonet depan keta gua tak tutup rapat. Maybe gua lupa nak tutup rapat kot.

So, gua pun bukak la bonet depan kereta…. wallaweyy….. BATERI KETA GUA TAKDE LA DALAM TUE.

Kejap ada..kejap takde.

Sah, bateri keta gua kena rembat dek malaun haramjadah mane ntah. Gua rasa nak sigi2x kelapa pencuri bateri gua. Dok mengenangkan kalo la ada ‘somebody’ balik dengan baby kecik…tiba komuter jam 12 tengah malam. duit plak ada la cukup2x duit je..rumah pun agak jauh kedalam dari rumah gua….tetiba terkena perkara yang sama dengan gua..tak ke naya orang tue…

Baek punya cara sebat bateri, kasi potong aje ini wayar.

Fuh, tengah panas plak satu kerja gua nak godak2x install bateri gua yang baru.

Port keta gua park agak jauh skit dari opis komuter.

Lepas gua settlekan bateri keta gua, gua pun pergi sekolahkan kat ‘anne’ jaga parking.

Kesian ‘anne’ nie, tak memasal tadah telinga dengan hangin aku. Tapi aku takde la hangin sangat coz dia pun kerja seperti diarahkan oleh ‘bos’ diorang jugak.

3 hengget sekali masuk. Risiko tanggung sendiri. Abes tue kalo park berbayar, pagar komuter cantek tough, dikenakan bayaran nak buat hape plak? kenyangkan kantung poket KTMB ( car park ) bebuta aje. Memang gua tak puas hati dengan kejadian yang berlaku. Walaupun gua tak bayar park..dah ‘anne’ tue takde semalam..bukan salah gua tak nak bayar atau tak.

Gua pun pegi la jumpa dengan orang ktm dalam komuter. Conclusion dari diorang, “bang….pegi buat report polis la bang” What De Pak..Cube la pikir akai skit diorang nie..kerja nak rileks je. Kot tak terkena nasib kat batang idung diorang bleh ar cakap. Langsung takde efficient kerja . Tinggai lagi 4 tahun aje lagi nak wawasan 2020. Mentaliti sama je macam back to 20 years ago. Phuii…..

#ktmb #jilake #kescuri #curi #malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s