CDM 25 : Maklumat Peribadi Diceroboh

Pada awalnya..gua tak ambik port sangat pasal rakaman video pompuan tue dok marah kaw kaw kat sorang uncle sambil pegang handle lock kereta. Entah kenape, orang rumah gua siap bitahu gua pasal ‘kegarangan’ pompuan tue time gua tengah rilek rilek kat rumah. Atas nama curiosity, gua pun view la video tue since video tue bersepah orang-orang dalam FB pada 16/7/2014 dok perkatakan.

Video yang mendapat perhatian orang ramai

Apa yang gua dapat komen pasal video nie adalah memang tak patut pun pompuan nie dok jerkah kat uncle tue…sebenarnya boleh kawtim slow talk. Gua pun tak berapa nak faham kenape pompuan tue yelling kat uncle sambil hentak kereta uncle tue dengan headlock stearing kereta. Maybe video nie dapat perhatian, memandangkan ianya berlaku di bulan Ramadhan, nak plak yang kaw kaw menyinga tue seorang perempuan muslimah memakai tudung plak tue.Topup plak …ada elemen angkuh yang ditunjukkan oleh pompuan tue sehinggakan pompuan tue menyebut ‘See my plate number” kat uncle tue…

Judgement orang ramai yang melihat rakaman video ini adalah hanya dalam durasi 2 minit 32 saat.

Bila esoknya gua usha facebook….judgement orang ramai terhadap apa yang berlaku…menjadi icon lucu pula.


Contoh bahan lawak

 

Gua pun agak tergelak jugakla..bila ada mamat mane ntah ..create gambar cam nie …Kreatif bukan….hihihi

Ada ada je korang nie kan….kuikuikui

 

Entah sape ntah, yang mula rajin untuk mencari owner perilaku ganas tersebut dengan searching profile facebook. Mungkin dengan hanya berbekalkan maklumat plate number kereta, profile facebook minah tue berjaya dijumpai…agaknye le…

Dan maklumat perilaku ganas itu terus diterjah dari entah sape sape ntah sehinggakan boleh memperolehi maklumat berdasarkan dari nombor plate owner.

 

Dan privacy perilaku awek tue terus diterjah sehinggakan ada gak malaun mane ntah poie snap gambar kereta dimana ianya disorokkan… aduhhh…………sampai begitu sekali..

Dan gambar dibawah lagi dahsat…sampaikan belah malam pun ada malaun mane ntah dok poie snap gambar kereta dia dari jarak dekat…Fuhh..hebat korang….sampai cenggitu sekali korang ‘telanjangkan’ pompuan nie…

Isu yang gua nak fokuskan disini adalah pencerobohan kehidupan seseorang itu boleh dibuat sesuka hati oleh sesetengah orang.Memang tak selamat….. Judgement dari orang ramai, dapat dilihat ramai yang mengatakan pompuan tu salah atas tindakannya. Tetapi, pernahkah korang pikirkan bahawa manusia itu tidak lari dari kesilapan. Korunk ingat, yang pakai tudung tue tak boleh buat salah. Gua bukanlah nak backup sangat pasal apa yang pompuan tue telah buat. Tapi, hagak hagak la ….sampaikan kat rumah dier pun korang boleh terjah. Man-man sudahh….Cubalah korang bayangkan jika kesilapan yang korang buat tanpa guna otak ‘ditelanjang’kan kesilapan itu sampai privacy dekat rumah pun boleh diterjah.. kan dah malu atau trauma…hadoyaii….

Oh yea….berdasarkan dari liputan TV3, first time gua dapat tahu yang pihak polis boleh mengambil tindakan undang-undang walaupun tiada laporan bertulis dari mana-mana pihak.Gua ingatkan pihak polis hanya akan bertindak jika ada input dalam bentuk laporan dari memane pihak…hohoho….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s