Red Tape Lagi

Hari tue gua telah beli seketoi video kamera cikonet ala2x Go Pro di salah satu kiosk di Lowyat Plaza.

Kiosk yang dimaksudkan

Kat kiosk situ gua deal ngan jurujual seperti gambar dibawah.

Cine yang tengah bual2x di tepon.

Gua rasa…untuk pertemuan pertama dengan jurujual nie chantek…takde pe pe masalah. Sebenarnya gua beli kamera cikonet nie untuk tujuan kerja yang akan start esok..time gua tengah beli. Gua siap mention kat cine tue…kalo ada problem time gua tengah guna untuk kerja..memang payah …coz gua akan gunakan selama sebulan samada di Perak atau Pahang. So, payah nak curi masa kalo gua dah outstation ke perak dan ke pahang.Maklumlah ..kerja sebagai krew filem…kerjanya memang melekat kat set shooting filem. Nak parking di lowyat pun dah payah..tambah2x kalo barang yang gua beli ‘sangkut’ kat penggambaran filem. Jurujual cine nie cakap…barang yang dia jual..belum ada customer yang complain ada problem. Layan aje la cakap cine tue

Dengan hepinye..gua pun sebat kamera cikonet tue… Gua pun gunakannya di Lambor Perak. Setelah guna…baru gua perasan…time gua dah transfer footage ke laptop gua…semua footage yang gua playback takde suara…dalam erti kata lain..gua dapat raw footage yang mute. Masalah yang gua dapat detect…bila mana gua tengah record….kamera cikonet tue hang tak bleh stop. Satu2xnya solution adalah off power kamera tersebut. Haduihh……..gua harapkan kamera cikonet tue berfungsi dengan baik. Dah lah gua kesuntukan masa… Nak tak nak..gua terpaksa la pegi lowyat semula.

Gua sedikit hangin…coz..cine kedai tue beri beberapa solution yang gua tidak setuju. Manakan tidak… pertama dia akan pegang kamera cikonet tue untuk tujuan pemeriksaan pihak cine kedai tue. Dah tue…gua nak shoot guna ape bro? … Solution lagi satu adalah dengan gua terpaksa tambah RM 50 keatas model kamera cikonet yang lagi satu. Maksudnya gua trade in untuk model yang lain. Pulok!!…kang gua pakai kamera model atas skit tue kang…problem yang sama…kan dah jadi kerja aku plak nak patah balik ke KL pegi lowyat…haduiyaii…..

Gua kasi solution gua…iaitu dengan kembalikan aje duit kamera cikonet yang telah gua beli. Dah cine tue plak tak setuju… gua semakin angin… Nak tak nak gua terpaksa la ikut solution kedua memandangkan gua memang memerlukan kamera tersebut iaitu dengan topup lagi RM50 untuk model yang lagi satu. Ntah cammane…cine tue terpaksa reject urusniaga nak tradein tue memandangkan ada satu aksesori kamera tue gua tak sertakan dalam box tue… Kan dah jadi satu kerja ..memandangkan gua dah tertinggal aksesori kamera tue dalam beg kamera… Nak tak nak gua terpaksa la chow…balik ke rumah untuk cari aksesori kamera tersebut. Time tue gua tengah anginn……

Gua lepak2x dulu kat tingkat bawah…sambil minum menyejukkan badan…. tetiba gua berminat nak adukan masalah gua kepada ‘Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan’ petang itu jugak. So, gua pun call nombor yang tertera dalam website diorang disini http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna

Nampaknya gua dapat berkomunikasi dengan penjawab telefon di Talian bebas tol 1 – 800 – 886 – 800 . Penjawab telefon boleh mencatit dan menerima aduan gua by call aje…

Gua pun kembali ke Lambor Perak untuk continue kerja shooting filem. Kat set shooting…entah beberapa hari kendian…ada somebody dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan call untuk feedback tentang report gua hari tue.Rupa rupanya pihak diorang tak boleh buat ape2x …kalo nak settlekan..gua direkomen oleh pihak diorang untuk buat report ke Tribunal Pengguna.Hoh!!….dalam hati gua …gua tak paham… Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nie sebenarnye kerjanya untuk ape??? Serius tak paham… Tukang terima ketidak puasan hati pengguna dan kembalikan ketidak puasan tue ke pengguna balik keh… adoihh….

*sambung

Nak dijadikan cite, gua sms le kat cine kedai nie balik…gua cakap gua akan kembali kat kedai dia nak tukar model yang sama ..mana la tahu kot2x stock dia banyak. Masa gua first time beli…katanya stock model yang gua beli dah abes.. so..gua jangkakan setelah seminggu gua beli..berkemungkinan besar stock akan ada kat kedai dia.Malangnya , sms yang gua terima ….cine kedai tue cakap..yang dia outstation….

So..gua teruskan kerja gua di set lokasi …Untuk jangkamasa yang gua rasa logik dipikirkan, gua pegi la ke lowyat semula since time tue ada masa boleh gua berada di KL. Pling.. cine kedai tue ada kat kiosk tue… So, gua pun set deal ngan dia balik. Nampaknya kat kedai dia ada stock untuk model yang sama. So, dia tukarkan kamera cikonet tue dengan stock yang lain. Setelah gua test..gua balik la dengan keadaan yang normal. hahahaha….

Setelah gua guna kamera cikonet yang ditukarkan tue..nampaknya ianya berfungsi dengan sepatutnya.. esok lusa wallahualam..har har har…

Advertisements

One thought on “Red Tape Lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s