Red Tape Kerajaan Malaysia

Gua sebenarnye tak pasti apekebende masalah orang gomen Malaysia nie. Gua rasa …kes yang gua hadapi nie…namanya karenah birokrasi le kot. Gua bukanlah mahu menghentam kerajaan ke hape…tapi kes yang gua hadapi dah terang terang nyusahkan rakyat. Begini citenye…

Hari tue..gua drive melalui highway PLUS dari KL menuju ke Sri Iskandar. Sedang gua drive …memandu di lorong kanan sekali di kilometer 425 [ kalo tak silap gua ] …rasanya kat area Sungai Buloh…gua telah terlanggar objek di lorong kanan highway. Memang kuat…gua dah cuak giler…gua cube drive ….tapi kereta dan mengelwor ngelwor. Gua terpaksa berhenti di tepi kiri highway. Rupanya, tayar gua dah pecah..rim siap bengkok lagi. Pantas , gua telepon le pihak Plus nak laporkan masalah yang gua hadapi. Operator yang jawab tepon gua tue cakap…soh tengok kilometer ape yang tertera kat tengah highway. Gua pegi ke depan skit ..nak cari nombor tersebut. Gua sedari…2-3 biji keta berada di depan gua dengan jarak 10-15 meter dari kereta gua berhenti. Gua pikir..maybe diorang pun telah mengalami masalah yang sama. Tengah gua ke depan kereta mencari signboard yang ada nombor di tengah highway…ada brother datang ke arah gua siap bertoch light. Dia kabo yang maybe block kayu dari lori terjatuh …..Time tue talian operator masih on …coz gua nak kasi input kat operator tue ..kilometer berapa gua berada. Brother yang gua jumpe tue…suluh le kat tengah highway…so gua nampak le nombor yang tertera..so gua beritahu la kat operator tue…Setelah selesai berurusan ngan operator PLUS….gua pegi le ke arah kereta gua yang tersadai di tepi highway….ntah cammane …ada le pulak sorang brother moto berkuasa besar…dok terkial kial depan kereta gua… Bile sampai kat moto brother tue….brother tue cakap..moto dia pun dah terlanggar objek …dia lagi kesian…rim moto dia terus patah..dia kata..seb baik tak jatuh selepas terlanggar objek..kalo tak..dah lama kena lenyek ngan lori…..

Setelah gua pet pat pet pot ngan dia….tak beberapa minit kendian…datang la peronda PLUS. Setelah gua ceritakan apa yang berlaku…brother peronda plus tue pun bantu tukarkan tayar kereta gua [ guna tayar spare ]. Brother tue cakap…yang perkara nie boleh buat laporan kepada management PLUS tentang apa yang berlaku dan boleh claim kat PLUS. Caranya mudah… kena pegi ke plaza tol di harapan dan buat laporan di menara plaza tol tersebut.

Setelah brother peronda PLUS tue berjaya tukarkan tayar….gua pun pergi la ke exit di hadapan …Exit hadapan gua ialah Plaza Tol Hospital Sungai Buloh. Sampai di plaza tol….gua pun beritahu la kat awek plaza tol yang gua nak berjumpa penyelia plaza tol buat laporan. Setelah gua pet pot pet pot ngan awek plaza tol Hospital Sungai Buloh…awek tue beritahu yang gua kena tunggu lagi sejam atau 2 jam..kerana pertukaran shift… Penyelia kat plaza tol tak boleh turun memandangkan tiada siapa yang akan berada di menara plaza tol Hospital Sungai Buloh. Awek tue cakap….kalo nak cepat..gua kena pegi plaza tol di hadapan….Nak tak nak…gua pun perlu cepat sampai ke destinasi dituju..gua pun terpaksa la pegi ke plaza tol di hadapan….iaitu Plaza Tol Rawang.

Sampai kat sane…gua pun segera melaporkan kejadian tersebut kat penyelia plaza tol Rawang. Diorang pun mengambil gambar kereta gua..tayar dan rim yang rosak, fotokopi ic dan lesen gua..dan gua terpaksa la isi borang yang diberikan oleh penyelia plaza tol Rawang. Ingatkan boleh settle dengan isi borang tue aje… rupanya …pihak plus juga perlukan salinan polis…salinan insurance dan lain-lain lagi yang gua tak hengat.  Nak tak nak…gua terpaksa la pegi cari balai polus yang berdekatan iaitu balai olis Rawang. Gerak dari subang jam 8 malam… nak settlekan hal nie…sampai di Balai Polis Rawang..masa dah menganjak sekitar jam 12 tengah malam. Gua pun buat le laporan kepada diorang… agak makan masa juga nak deal ngan polis nie..coz diorang perlu contact ngan PLUS ..ngan IPD Sg Buloh untuk dapatkan input untuk ditulis dalam laporan.

Mati mati gua ingatkan setelah buat laporan polis di Balai Polis Rawang …dah beres urusan membuat laporan polis…. rupa-rupanya gua terpaksa pergi ke IPD Sungai Buloh pula untuk mendapatkan laporan dari Investigation Officer . Alasan yang diberikan kerana kejadian yang berlaku dalam kawasan Sungai Buloh…dalam hati gua ….mula merungut rungut atas red tape semacam ini. Padahal urusannya kepada pihak Polis. Tetapi..gua terpaksa settlekan di satu lokasi…dan terpaksa pegi ke lokasi yang lain. Dari point di Rawang..gua terpaksa patah balik menuju ke IPD Sungai Buloh yang terletak di kawasan belakang Kota Damansara…

Nak tak nak terpaksa la gua pergi ke IPD Sungai Buloh…dah le sesat kerana IPDnya bukan terletak di tepi jalan. Rasanya terpaksa masuk ke kawasan perkampungan Cina…. lepas tue terpaksa menunggu IO [ Investigation Officer ] tue yang entah kemane…dia takde kat tempat dia….pegi buang air le kot. Dapat le gua lelap seminit dua…IO tue sampai…rupanya ada kes yang dia tengah settlekan dengan client yang datang sebelum gua. Lepas dia beres dengan client dia sblm nie…baru dia hadap kes gua…lepas gua bergurau senda….dan cite ape yang berlaku…dia pun sign borang khas untuk IO tue sign.

FUhh….rasanya nak ke jam 2 pagi rasanya…maka gua pun bergerak ke Sri Iskandar. Alhamdulillah …gua dapat meneruskan perjalanan dengan selamat…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s