GST ? Apokobondo eh jang

Sampai ke hari nie aku pun tak paham apekebende GST tue . Anyway…setelah menonton video dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ) yang disampaikan oleh Faizulnudin Hashim dari Unit Tugas GST Kastam Malaysia, rasanya gua paham apa yang berlaku kenape GST itu dibuat.

Terima kasih kepada pihak PPIM kerana menyediakan video yang berharga ini. Apa yang dapat gua ulaskan disini, perlaksanaan sistem GST ini adalah penambaikan terhadap sistem percukaian yang sedia ada di malaysia ini.

Masalah yang sedia ada dalam sistem percukaian iaitu perlaksanaan cukai perkhidmatan dan cukai jualan adalah dalam supply chain barang sebagai contoh tepung , ada je ‘hantu-hantu’ yang suka hati tetapkan harga untuk mengaut keuntungan especially bila tiba isu kenaikan harga minyak sebagai contoh.

Contoh mudah…

dapat dilihat , sistem cukai sedia ada sekarang, level selepas dari pihak pengilang , kerajaan tidak dapat memantau harga barang kerana sistem ini telah lama diadakan. Dan mengikut kata Faizulnudin Hashim dari Unit Tugas GST Kastam Malaysia tadi, nilai 10% dari cukai jualan ..walaupun kerajaan ambil 10% , nilai tersebut akan ditimbal balik direct kepada pengguna akhir supaya dapat cover balik cukai jualan tanpa kita sedari sebagai pengguna akhir.

Dengan perlaksanaan sistem dipanggil GST ini, setiap layer perniagaan sebagai contoh dari pihak pengilang sehingga ke peruncit, akta GST akan memaksa perniagaan bayar cukai sebanyak 6% .Dengan cara ini, kerajaan melalui kastam sebagai contoh, dapat monitor entiti yang terlibat dalam supply chain perniagaan dan nilai barangan tersebut from top level seperti pengilang sehinggalah sampai ke pengguna seperti gambar diatas. Ini secara langsung, ‘hantu-hantu’ yang sebelum ini suka-suka hati menaikkan harga dapat dikenalpasti dan dapat dikawal oleh kerajaan.

Masalah yang berlaku seperti gua yang tak paham sistem GST ini adalah ketidak fahaman ‘MEKANISMA PENGIRAAN GST’ . Mungkin dalam gambar diatas, secara logiknya, mungkin mengagak apabila semua level perniagaan dari pengilang sampailah ke peruncit, akan dikenakan caj sebanyak 6% , kiraan terkumpul terhadap pengguna akhir macam gua…akan menerima kesan berganda banyak kali untuk produk akhir sebagai contoh.

 

But…bila dihuraikan oleh Faizulnudin Hashim dari Unit Tugas GST Kastam Malaysia dalam video dibawah

Dapatlah dihuraikan seperti kiraan dibawah

So…nilai yang perlu dibayar oleh pengguna akhir seperti gua adalah RM 104.20 mengikut kiraan .

Atas mekanisma yang telah dihuraikan, dapat dilihat..sistem GST lebih menguntungkan kepada pelanggan akhir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s