Wanita…kanak-kanak..merempat

Semalam…gua pegi recce ke salah satu club di Jalan P.Ramlee KL dalam jam 10 lebey. Setelah selesai gua usha port club tue…gua pegi ke port parking moto gua berhampiran club tue…Dan mata gua menyorot ke 2 manusia kategori kanak-kanak dan 1 wanita di sudut hentian bas tepi jalan P.Ramlee tersebut.

Gua rasa lemah jika nampak senario begini. Susuk tubuh kanak-kanak tersebut lebih kurang baya anak gua.Gua mempunyai 2 orang anak.Dua-dua lelaki. Sama aja seperti kanak-kanak ini.Sementara gua berdiri dihadapan mereka untuk snap, sempat gua melihat wajah ‘abang’  yang memakai baju kuning. Mata kami bertentang mata…. Sedihnyee….sedang anak gua tidur nyenyak di rumah kerana esoknya hari isnin untuk kesekolah….masih ada juga kanak-kanak ini merempat di tepi jalan dalam jam 10 malam keatas.

Time gua berdiri dihadapan diorang…si abang mengkuis kuis nasi dalam bekas polesterin untuk makan.Yang ‘ibu’ diorang …asyik menutup wajah dengan tudung. Yang si ‘adik’ bercakap-cakap ngan ‘ibunya’ . Dengar dari gaya bahasa komunikasi ‘ibu’ mereka ….saya percaya..mereka adalah warga tempatan.

Ada 2 kemungkinan status mereka bertiga. Samada

1) Didalangi syndicate mengemis mengekspolitasi wanita dan kanak-kanak …
2) Sememangnya mereka merempat mengharapkan belas ihsan dari orang lalu lalang disitu

 

Tapi…tidak kisahlah status mereka apa pun…. yang pasti kanak-kanak tersebut tidak wajar berada disitu. Tempat mereka dikatil…tidur …mimpi indah…esoknya bersedia untuk belajar sama seperti anak gua belajar….

Dah jejak tahun 2014 …masih ada lagi senario begini. Dimanakah ‘orang-orang’ yang ada kuasa dan ada sumber untuk membela nasib kanak-kanak tersebut?? Ini Malaysia..bukannya negara yang miskin… Duit ditaburkan dengan atas nama BRIM.. tapi ….kanak-kanak ini masih lagi tidak tidur dan merempat ……

Hendak aja ….gua hampiri kanak-kanak itu..untuk membawa mereka pulang. Tapi ..apakan daya…Selang 1/2 jam lebih kurang…si ‘ibu’ mengemas tempat dengan merenyukkan surat khabar..bekas polisterin …dan membuang dalam tong sampah disebelah mereka. …dan mereka bertiga berlalu pergi entah kemana…Masih lagi ada nasib kanak-kanak sebegini…

 

Haruskah kanak-kanak 2 orang itu mengalami kehidupan sebegitu rupa…???

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s