MH370

Memang bz menyiapkan tugasan menyebabkan gua tak sempat nak menulis blog gua nieh.

Seingat gua, sehari selepas MH370 hilang dari observation radar, gua pernah SMS kepada member gua yang bekerja di media tentera. Gua nak offer la diri gua jadi volunteer tugasan mencari. Kot2x la pihak tentera perlukan ramai volunteer. Jawapan member gua adalah negative. Takde volunteer diperlukan dari pihak diorang. Nak tak nak, terpaksa la gua menjadi pemerhati di kaca tv, facebook dan paper tiap2x hari tentang perkembangan terkini misteri kehilangan MH370.

Kemarin (24 Mac 2014)  gua dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia kita, bahawa “penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi”. Statement beliau memang shocking sangat, manakan tidak dalam tempoh 15 hari usaha menjejaki dan mencari pesawat MH370.

Gua rasa ramai rakyat kita rasa terkejut atas sidang media yang dibuat pada malam isnin tersebut. Dan bila paper utusan keluar esok harinya, nampak gambar2x sanak saudara bagi mangsa pesawat yang hilang tersebut menangis kaw2x. Dalam tv siap ada kena usung ngan katil pengusung medic. Memang gua telah duga. Gua yang dok hari2x hadap tv di bumi Malaysia yang langsung takde kena mengena dengan mangsa misteri pesawat MH370 pun dah rasa sedih…apentah lagi kepada sanak saudara mangsa pesawat MH370. Gua pernah kehilangan ayah yang telah meninggal semasa gua diusia 15 tahun. Masa itu gua rasa sedih amat-amat kehilangan tersebut. Sungul , menangis mengalirkan air mata, memikirkan tiada lagi tempat bergantung..walhal.. hari2x sebelumnya ayah gua macam biasa je..takde ape2x yang berlaku.

So, kembali kepada kesedihan mereka yang kehilangan anak, isteri, suami , sanak-saudara dan lain-lain memang kesedihan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata. Gua nak menzahirkan rasa sedih gua pun tak dapat menyamai apa yang mereka rasa. Sedihh….

Tapi…………harapan masih ada . Gua rasa penguman dari Perdana Menteri Malaysia tersebut hanyalah untuk memberitahu update terkini, walaupun perkara tersebut adalah perkara yang ramai / individu yang tidak ingin dengar. Tapi , kalo dah namanya hakikat ..memang perlu beritahu. Tiada ada yang perlu disorokkan ….

Teka teki masih lagi tak tamat, kerana statement perdana menteri tersebut hanyalah berdasarkan dari data yang dikeluarkan dari data Immirsat dan Cabang Siasatan Kemalangan Udara (AAIB ),United Kingdom . Serpihan, mayat dan kotak hitam masih belum dijumpai oleh team Search & Rescuse dari pelbagai negara. Statement dari perdana menteri iaitu “”penerbangan MH370 BERAKHIR di selatan Lautan Hindi” hanyalah berdasarkan fakta yang hampir dan boleh dipercayai. Agak mustahil, pesawat boeing yang bersaiz

  1. Wing span: 60.9 metres (199 feet 10 inches)
  2. Overall length: 63.7 metres (209 feet)
  3. Tail Height: 18.5 metres (60 feet 9 inches)
  4. Fuselage Diameter: 6.19 metres (20 feet 4 inches)

sumber saiz MH370

dan mempunyai penumpang seramai 239 penumpang dan anak kapal tidak dapat menjumpai serpihan, mayat dan kotak hitam jika ianya dikatakan “berakhir ” a.k.a terhempas di atas permukaan lautan hindi.

Dan lagi satu, gua agak pelik skit tentang route MH370 itu terbang selepas hilang dari radar di laut china selatan. Routenya melengkung tidak straight dari satu point ke satu point .

Gua difahamkan dari tembual pakar di kaca TV, mengatakan whoever yang hijack pesawat boeing ini adalah seorang yang pakar penerbangan. Ntah kenape “hijacker” tersebut membuat route melalui pulau andaman dan melengkung pula menuju ke selatan bumi. Seseorang yang ingin ‘hijack’ pesawat boeing sebesar itu, mestilah pakar dalam teknik rampasan dan aware plane capabilities sehinggakan boleh memadamkan signal transponder . Mesti “hijacker” tersebut tak tau yang orang UK dan Britin boleh track kedudukan pesawat melalui satelite kan?? Atau hijackers itu cukup bijak…iaitu mesti dia dah tahu..kalo dah masuk ke selatan hemisfera selatan .. tracking dari mana-mana teknologi tak bleh detect disebabkan keadaan bentuk muka bumi.Mesti hijacker tue tak tau nak baca takuk minyak sejauh mana bleh pesawat tue pegi sehingga menyebabkan pesawat itu terhempas di lautan hindi. Bukankah jimat masa kalo MH370 terbang dari laut china selatan menuju ke lautan hindi?? Adakah hijacker itu sememangnya salah seorang dari pilot yang memandu? Jika ya untuk ape buat sedemikian sehinggakan boleh berakhir di lautan hindi? Sanggupkan korang jika memandu pilot tetiba hijack boing membawa penumpang beramai2x untuk meninggalkan kesan memalukan nama negara dan meninggalkan sanak saudara , isteri dan makanan kesukaan di Malaysia untuk selama-lamanya? Perlu tunggu berapa lama jika hijackers tersebut untuk meminta “permintaan” ??

Actually .. pesawat tue nak kemane sebenarnya kalo benarlah dihijack??Hijacker tue nak ape sebenarnya? Sehinggakan sanggup hijack pesawat boeing semata2x untuk mencongak keberangkalaian yang pesawat itu boleh sampai ke destinasi berikutnya sebelum terhempas di lautan hindi.

Mungkin hijackers itu nak landing melalui selatan australia? Atau meneruskan perjalanan ke selatan menuju ke Antartica yang sejuk beku? Atau kona menuju ke barat lautan hindi yang pasti menempuh lautan yang semua sedia maklum bergelora. Mana bijaknya hijackers tersebut?

Selagi tak jumpe kotak hitam tue… selagi itulah ianya dianggap misteri. Misteri sehingga nak buat solat jenazah gahib pun tak boleh …

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s