Boeing-777 Malaysia Hilang??

Gua rasa..pada 10 Mac 2014…dah masuk hari ke-3, MH370 hilang dalam perjalanan terbang ke Beijing China.

Berdasarkan dari youtube..yang menggunakan apps tracking flight…dapat dilihat..last tracking device..adalah di laut  China Selatan.

Harap keluarga yang berada dalam list tersebut, sabar menghadapi musibah yang ada.

Penulisan gua kat sini bukanlah untuk mempersoalkan apa yang telah berlaku terhadap kesemua krew kapal dan para penumpang. Gua agak blur sedikit dalam kes ini, memandangkan kes kehilangan flight ini berlaku atas faktor berikut

  1. kapal terbang yang canggih
  2. dipandu oleh juruterbang berpengalaman

Gua ulas pasal isu ini kerana gua membayangkan jika gua pegi ke beijing naik flight…tetiba kemalangan berlaku seperti pesawat terhempas….so gua terdampar tepi bingkai pesawat dengan penumpang yang lain…so ..gua mengharapkan penyelamat tiba secepat mungkin ..mungkin dalam sejam atau 2 jam….agak scary membayangkan gua bersama penumpang lain..terdampar di lautan /daratan tanpa ditemui oleh sesiapa.

Gua tertanya2x..macam mana flight ini boleh hilang dari radar sedangkan ada 2 trackable device yang boleh dijejaki oleh pihak penguasa. Pertama, sudah tentu dari device yang dipanggil  sebagai black box. Dan yang kedua device yang dipanggil sebagai transponder. Mengikut dari kata penulis di Forbes

“Airline crews communicate with air traffic control both by verbal instructions over radios and through automatic transmissions from various aircraft systems, such as a transponder which relays information about the flight (e.g. altitude) to ground radar stations.”

So..gua menganggap bahawa device dipanggil Transponder tue adalah SOP standard bagi memana flight untuk sentiasa diON sokmo.

Dari aspek teknikal nya….gambar 2 ‘menatang ‘ adalah blackbox dan transponder.

Black box

transponder

Canggihnya black box itu…buat la cammane gaye pun..contoh macam terbakar teruk mana pun..terhempas..tenggelam…data dalamnye selamat..tak caye..boleh usha video kat bawah

Iklan kejap pasal ke’tough’an black box tue. Actually…sebenarnya..bile black box nie jatuh dalam laut..signal akan terpancar dari komponen dalam black box dipanggil Underwater Acoustic Beacon

Underwater Acoustic Beacon

Tak percaya..korang tengok mamat mat saleh nie bedah black box nie

Memang selagi boleh dia godak..dia akan godak kasi barai.Thanks to mat saleh diatas kerana dia godak dan rakam video nie

Device ke 2 adalah transponder …sememangnya…signal dari deviec dalam kapal terbang akan terpancar ikut tempoh masa device ditetapkan. Cuma..gua kurang arif pasal daya tahan device transponder nie.Kalo nak ikutkan dari website omputih nieh channel4.com katanya

Transponders, built into the airplane’s black box should continue working after crashes – and even underwater – though deep-water black box retrieval is hard and a race against the clock. They have a battery life of 30 days.

Gua pun tak pasti device transponder yang dikatakan oleh website tue bentuknya cammane…yang gua usha dalam youtube adalah

Mungkin transponder dalam channel4.com tue lagi mantap daya tahannya suitable dengan  kemajuan pesawat Boeing-777 . Berdasarkan dari kecanggihan device dalam kapal terbang tue la kan..mustahil la kita tak boleh jumpa kat mana pesawat tue berada. Maklum la..semakin lama..teknologi semakin canggih.

Orang dalam flight pun bleh track kat mane berada dalam flight

Tak silap gua..ada satu video dalam youtube..siap ada garis dot2x tengah menuju ke destinasi lagi …sambil duduk dalam flight.

So..dari aspek teknologinya…agak sukar la jugak nak mengatakan memane pihak tak bleh track flight tue.

Nak kata orang hijack….rasanya…ada gak sela waktu ….pilot nak kasi signal atau say hello kepada menara penerima yang flight sedang dihijack.

Advertisements

One thought on “Boeing-777 Malaysia Hilang??

  1. Pingback: Pray For MH370 : Day 3 | Encik Pink

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s