Tuhan itu…

Gua sedang menonton rancangan bertajuk ” Vikings Valhalla” . Memang menarik..melihat cerita sesebuah suku bangsa yang dipanggil orang ‘gasar’ berkembang dan attach england untuk mendapat lebih emas dan perak. Kisahnya agak brutal. kematian bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. kepercayaan mereka kepada tuhan odin, thor dan lain-lain menjadi pegangan mereka dalam kehidupan seharian.

Tetiba gua memikirkan perkataan ‘Valhalla’ . Menurut dialog dan skrip cerita tue… Vallaha diibaratkan syurga oleh suku bangsa mereka selepas mati. Tuhan mereka Thor, Odin dan lain-lain lagi. Yang gua ingin fokuskan disini adalah nama ‘Vallaha’ itu sendiri. Mungkin nama asal adalah Allah… bila telah dijadikan suku bangsa beramai2x..maka telah jauh dari mengenal tuhan..maka orang viking itu sendiri menyebut sesuatu yang gahib itu sebagai Vallaha. Dari nama tuhan..terus jadi nama tempat di alam gahib….dan dari andaian memacam…timbullah nama tuhan Thor, Odin dan lain-lain lagi.

Bukankah benar firman tuhan seperti di al-Hujurat: 13 iaitu


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”

Dari visual ini..gua terfikir tentang pangkal nama ‘Valhalla” ini. Agak seronok untuk mencari jawapan bagi perkataan ini. Samada benar atau tidak…kajian mendalam mesti dibuat.Jika benar….maka benarlah kisah Adam dan Hawa seperti diceritakan di dalam al-quran iaitu di surah Al-Maidah 5:27

” (Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;”

Allah menjadikan 2 pasang kembar.

Dan Qabil membunuh saudara kembarnya.

Semua kita tahu dari sejarahnya Qabil membunuh Habil …seperti firman tuhan di surah Al-Maidah 5:30 iaitu

“Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi”

Dari kisah ini, dapatlah disimpulkan apa yang berlaku hari ini adalah sikap nafsu menjadikan kita sesama manusia sanggup membunuh antara satu sama lain…tak kisahlah samada viking melawan England…German lawan US..palestine lawan Zionis..kiram lawan Malaysia …jepun lawan british dan lain-lain lagi.

Menyorot kembali kisah Vikings..dari Adam sampai ke era Viking..cucu cicit anak adam lahir berkembang biak sehingga negara sejuk

Sifat tamak, tipu menipu ….menjadi kias dalam cerita Viking : Vallaha… Begitulah sifat tamak dan haloba dari satu generasi ke satu generasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s