Sistem Pendidikan Di Malaysia

Zaman belajar akademik gua di dalam kelas sudah lama berlalu. Seingat gua…last gua abes belajar pun pada tahun 2003. Gua taip blog ini pada tahun 2014. So…hampir 10 tahun gua meninggalkan sistem pendidikan akademik dalam kelas. Alhamdulillah..gua telah mempunyai segulung ijazah. Dan alhamdulillah…bini gua pun ada segulung ijazah. Cabaran bermula apabila persoalan ‘apakah nilai segulung ijazah?’

Gua cuba melihat keupayaan gua sendiri. Mengikut pendidikan rendah iaitu UPSR gua telah memperolehi 3A 1B.Dalam sekolah gua…gua antara kelompok pelajar mendapat 4A.Dari result tersebut ..cita2x gua nak masuk MTD [ Maktab Tentera Diraja ] hancus. So..gua meneruskan dengan sistem pendidikan di sekolah harian biasa. Sepanjang tempoh 3 tahun .. gua telah mendapat result 5A 3B . Dan dari result cenggitu, gua berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh. Sepanjang 2 tahun..gua mendapat gred 1 di peringkat SPM. Dengan result sebegitu …gua diletakkan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai untuk mengikuti pendidikan ijazah. Alhamdullah…hujungnya gua dapat first class.

Sepanjang gua mengabiskan pendidikan selama 15 tahun, gua menganggap diri gua bukanlah terdiri dari kelompok pelajar cemerlang.Gua anggap biasa2x sahaja. Mungkin gua anggap ‘luck’ menyebelahi gua so gua dapat result hampir nak ke pelajar cemerlang. Berdasarkan dari 15 tahun gua dalam sistem pendidikan, tahap moral gua untuk belajar mulai drop bila gua masuk ke sekolah berasrama penuh. Gua tak pasti mana datangnya ideaology mengatakan bebudak masuk kelas sains adalah terdiri dari golongan bebudak pandai.Gua rasa ..masuk kelas sains…amat bertentangan ngan pemikiran gua. Mungkin kerana aliran sains mengutamakan aspek pernomboran dan logik angka, manakala gua menganggap seni karya macam lukisan adalah satu kompentensi dalam diri gua. Gua rasa….pengaruh ‘ideaology’ gua yang terbaik bermulanya pendidikan dari pendidikan di rumah. Since gua mempunyai seorang ayah yang kerjanya guru seni….maka ..pengaruh seni itu kuat dalam diri gua. Sebarang angka dan logik gua anggap macam menyusahkan. Masih gua ingat lagi…gua kena marah sampai terketar2x oleh cikgu sekolah rendah kerana tidak reti untuk mengenal kira2x. Dunia gua disekolah rendah yang gua ingat…gua hanya reti main beduk di padang sekolah…main galah panjang……..darjah 5-6..gua aktif bersukan…dari acara hoki, bola…dan renang. Dan gua menganggap ..zaman glory gua adalah di darjah 5-6. Gua anggap pengaruh seni tue agak menonjol dalam diri gua…kerana..gua masih ingat lagi di form 3, cikgu gua suruh hasilkan seni lukis terbaik. Memang gua blur ayam la nak lukis ape.. Arwah bapa gua mencadangkan agar bola plastik dipotong dua.Dapat bentuk hemisfera. Salah satu bahagian bola plastik itu dilekatkan atas kertas lukisan. Dan beliau menyuruh gua melukis peta bumi di atas separuh keratan bola tersebut. So,jadilah sebuah karya 3D ….Mungkin gua ada ‘mentor’ yang menonjolkan gua dalam bidang seni…maka gua anggap seni adalah strength  / kopentesi diri gua.

Gua ambil aliran sains di SPM mungkin kerana pengaruh rakan sekeliling yang masuk dalam kelas sains. Since ramai yang masuk situ…maka gua pun masuk la aliran sains. Gua rasa …..di form 4 ..setelah masuk SBP… mata pelajaran elektif seperti matematik tambahan, kimia, biologi dan fizik adalah makanan harian. Subjek yang gua rasa best giler punye…yang konfiden gua bleh skor adalah subjek matametik. Memang kaw2x gua minat. Tapi, berlainan pula dengan subjek matematik tambahan. Memang gua blur gile ayam  ngan matematik tambahan. Mungkin sebab bukunya tebal gile…so…bebal gua pun turut menebal. Manakan tak..gua rasa..result gua…semuanya merah dalam subjek matematik tambahan.Subjek yang kedua paling gua blur…adalah subjek fizik… ntah hape la cikgu berspek tebal nie ajar gua. memang blur abes…. Gua rasa la kan….subjek yang memerlukan pengiraan dan congak..especially yang  hardcore seperti fizik dan matematik tambahan memang tak bleh suite ngan diri gua. Gua rasa..subjek yang berekspiremtasi depan mata seperti kimia dan biologi…gua rasa boleh acceptable.

Setelah gua memasuki pengajian di universiti dalam bidang sains komputer..di semester pengajian memang gua tak belajar langsung. Mungkin di awal….kiraan dan logik jadi ‘makanan’ harian. Memang tiada tumpuan..tiada minat langsung. Subjek pengaturcaraan …yang memerlukan fokus logik…memang buat gua blur langsung.Hasilnya gua kena kick pengajian. Balik kampung mak gua memang marah habes. Setelah gua kena ‘sekolah’ ngan mak gua…gua alami keadaan gelap skit. Agak lost gak ..nak buat ape masa tue…kengkawan ramai yang sedang belajar di peringkat U . Nak tak nak ..gua terpaksa kerja sendiri..Tak lama selepas itu…gua mohon kembali masuk U di course yang sama.Alhamdulillah,permohonan gua untuk sambung belajar diterima.

Ironinya …selepas gua kena kick dari UTM dan sambung belajar..gua rasa..subjek pengaturcaraan, kiraan macam aljabar liner, statistik…subjek yang kawan2x gua rasa susah..memang pukul abes …gua rasa…statistik tue gua bleh skor A. Tapi ntah kenape..ape yang gua harapkan x jadi kenyataan..gua dapat B je untuk subjek tue… Gua rasa..subjek yang gua rasa blur gila nak belajar…memang gua menjadi hardcore. Bidang logic seperti pengaturcaraan memang gua kemaruk gila. Selepas abes belajar pun…dan masuk bekerja di jabatan kerajaan …memang logik seperti pengaturcaraan gua kemaruk…

Dari kronolgi diatas, apa yang dapat gua simpulkan..’dorongan’ seperti mentor atau keadaan ‘memaksa’ boleh mengubah seseorang. Dari kes gua…apabila ‘dorongan’ ini tiada…maka masa diperlukan untuk ‘mengubah’ keadaan/kompetensi seseorang. Gua anggap faktor mengubah human behavior ini membuang masa. Bukankah lagi berdesup perginya jika seseorang ..dalam contoh gua sendiri…diletakkan di satu laluan yang terus mengangkat kompetensi seseorang…contohnya dari awal persekolahan diasah dalam bidang seni….terus diasah dan dikembangkan di peringkat pendidikan tertinggi. Jika fokus kompentensi ini dibuat dalam tempoh 15 tahun..gua rasa ramai rakyat kita berpendapatan lebih tinggi dan lebih berdaya saing.

Mungkin pengalaman korang berbeza. Mungkin daya perubahan ini korang boleh lakukan dengan lebih pantas.Mungkin contoh graf dibawah lebih memberi pemahaman.

Dapat dilihat dua graf diatas adalah contoh kes gua sendiri dengan kes anak seorang cina. Anak cina …gua anggap lebih terfokus memandangkan di alam pekerjaan ….corak bidang kerjaya mereka adalah meniaga. Ini berikutan dari budaya daya saing mereka selepas merdeka lebih bersifat pandai2x la cari duit sendiri. Untung nya mereka dibudayakan dengan sebegitu rupa akan menyebabkan human life cycle dari satu generasi ke satu generasi…penggunaan otak kiri dijadikan sebagai kompetensi mereka. Dari kecil mereka tinggal di kedai parents mereka meniaga, budaya untuk mengira telah ada sejak dari kecil .Mungkin yang lebih bijak sedikit akan memberikan fokus kepada logik di peringkat tertinggi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s