Perumahanku Indah..??

Gua dah 4 tahun lebih tinggal di Taman Seri Sentosa , Jalan Klang Lama KL. Ada 2 benda yang merungsingkan kepala gua hari2x. Pertama soal keselamatan. Dan kedua adalah soal kebersihan. Rumah gua pernah kena ‘masuk’ . Hasil dari ‘kemasukan’ itu, laptop gua hilang. Gua anggap, kes kehilangan gua nie kes lalai. Yang pasti , ada aje ‘makhluk’ yang mengintai peluang ingin ‘menyebat’ segala benda dalam rumah. Terdengar dari jiran2x ku yang datang dari negara sebelah…beliau mengatakan yang ada juga kes pecah rumah recently.

Kawasan rumah gua.Bawah kedai..atas rumah penduduk.

Berkenaan keselamatan, agak scary juga…pernah gua terdengar ada kes gaduh sampai putus la juga lengan. Haish ..memacam. Atas persekitaran yang ku kira tak selamat, orang rumah gua …tak galakkan anak gua pegi bermain di padang. Pernah sekali, anakku yang 2nd…umo baru 5 tahun, balik menangis teresak2x.Gua tanya kenape…dia cakap ada budak sagat ‘something’ kat belakang tengkuk dia. Gua pun hangin laaa….gua pegi cari budak tue. Selepas gua tanya kat anak gua yang sulung dan kawan2x dia…diorang ramai2x pegi tunjukgua kat mana budak yang berani btol menyagat ‘something’ kat tengkuk anak gua. Kalaulah pisau….memang cari nahas btol… So, secebis kisah soal keselamatan yang berlaku kat keluarga gua.

Atas sebab keselamatan yang tak beberapa nak memberangsangkan di area taman rumah gua, natijahnya anak gua..bila petang..masa mereka akan duduk rumah menghadap youtube sambil melayan katun kegemaran mereka macam kirby, pacman dan lain2x. Ini menunjukkan satu pentanda tidak sihat mengikut perkiraan gua.

Akan datang..wallahualam apa yang anak gua akan melalui…Bila pagi time bebudak sekolah pegi sekolah…ada sekelompok bebudak melepak ramai2x..ada diantara yang hisap rokok. Gua mengagak..mereka mungkin ingin menunjukkan ‘belang tarung’ mereka terhadap rakan sebaya yang lain.

Soal kebersihan…usah dicerita… bebudak sini, malahan orang  tua….boleh selamba je buang sampah makanan diorang kat sini. Hasilnya …sampah sarap bersepah. Yang gua hangin tue…ntah musibat mana ntah….boleh plak meletakkan plastik sampah dekat tiang tanda berhenti. Seolah olah yang meletakkan tue tak tahu plak kat mana port nak buang sampah. Geram btol gua.

Sangat berbeza persekitaran rumah keluarga gua diami dengan rumah kampung gua di kuala kangsar.

Mengikut dari aspek susur galur sejarahnya…apa yang gua terima input…asal penduduk sini adalah terdiri dari india estate. Tidak lama kemudian….orang kita duduk setinggan di kawasan ini.Bila masa berlalu… orang boyan mulai duduk di sini..sambil berkembang biak dengan membawa sedara mara mereka menghuni ke rumah2x sewa ini.Dan yang terkini…bangla..myanmar mulai masuk tinggal di kawasan ini.

Kesimpulannya, bila dah makin lama ‘orang melayu’ kita terhakis di tempat ini digantinkan dengan penduduk luar..maka senario yang tak berapa nak ‘hensem’ pun berlaku. Gua rasa, bilangan melayu kita kurang kat sini. Gua rasa.. ‘penduduk’ luar macam boyan…bangla ..myanmar dll…anggap ini bukan negara aku…peduli ape aku nak pikirkan orang lain…

Untuk bab kebersihan..memang gua rasa lemau btol ar…

Papan tanda larangan menjual sampah dari DBKL dibiarkan bertempek dari orang yang tak bertanggungjawab

Sebelah tiang DBKL tue…dinding telah diconteng… boleh nampak sampah bertaburan….

Malaun mane ntah yang conteng.

Sapika? Mungkin budak sekolah yang conteng..

Pintu naik ke rumah gua…geram btol ar..

Kat padang nie..aku kira consider…tak teruk sangat sampah bertaburan…kalo tak…lagi lah teruk.

Kat area tengah block2x nie…gua rasa..macam tak ramai orang lalu…so..diorang bleh letak kenderaan tak pakai sesuka hati.

Hasil ‘kreativiti’ yang ada di dinding.

Sebelah kiri lorong plak…meriah ‘grafik’ dan sampah tepi jalan.

Restoran cina mula menambak binaan.Mungkin untuk protect supaya barang tak hilang.

Peniaga barang lusuh….selamba longgok ‘hasil’ diorang

Lorong lain pula… Ada individu yang sudi menutup longkang dengan daun pintu. terima kasih kepada individu tersebut bagi mengelakkan kemalangan terutama dari budak kecik terjatuh dalam tueh.

Daun pintu ditutup di sebelah lorong ..

Hasil nukilan..

Gua memang perlu membuat sesuatu bagi menjadikan kawasan kediaman ini selesa untuk didiami. Bagaimana..??

Gua cuba tinjau ke kawasan perumahan berhampiran dengan rumah gua…

Rumah apartment yang gua rasa macam elit skit dapat ‘Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia’

Apartment berpagar ada guard…dapat ‘Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia’

Flat yang gua consider ramai yang tinggal ..sentiasa dicat selalu.

Ketiga2x gambar diatas adalah saling sebelah menyebelah. Rujuk peta dibawah.

Berdasarkan pemerhatian gua…flat yang berwarna kuning ..bertingkat2x tue…konsepnye sama juga…bawah deretan kedai… tinggi plak tue…rajin plak kontraktor cat rumah diorang. Dan yang peliknye skit..Apartment yang gua anggap berwang..bleh plak ada pacakan ‘Tabung Penyelenggaran 1 Malaysia’. Gua semakin konpius.. apakah yang sedang berlaku di Malaysia kini???

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s