Setiap rakyat mesti bersuara

Tajuk post nie nampak macam susah je..ki3x.

Gua tak pasti negara2x lain macam Georgia..Rusia…China dan lain-lain lagi…Berdasarkan pemerhatian gua terhadap negara Malaysia….secara logik…setiap pembangunan yang berlaku adalah datang pelbagai sumber… samada sumber daripada pinjaman tabung bank dunia, hasil dari cukai yang dikenakan kepada rakyat..[contoh : Rokok] , penggunaan sumber alam seperti kayu balak… dan sumber dari Rakyat Malaysia itu sendiri.

Topik gua ini memberi fokus kenapa kita sebagai rakyat Malaysia harus bersuara hatta kepada sesiapa yang tak pernah bayar cukai pun seumur hidup . Orang kata…ko tak bayar cukai ….ko senyaapp arrr..

Bak kata aku tadi….antara sumber pendapat kerajaan Malaysia adalah datang dari rakyat malaysia itu sendiri. Bagi yang bekerja di swasta, dah tentu majikan akan menyediakan sistem potongan gaji yang dinamakan KWSP dengan tagline mudah ” Simpanan Hari Tua Anda”. Bagi yang muslim, kebanyakan dari kita…akan menyimpan wang kita dalam tabung yang dipanggil “Tabung Haji”.

Kalo aku ada kuasa kepada semua tabung tue…tak rambang mata kooo..kalo jumlah terkumpul setiap tahun makan billion untuk satu tabung.. kalo 10 tabung….mau taknye berbillion billion. tak mengelupur aku kalo aku ada kuasa nak sebat 1 juta masuk dalam kocek sendiri..Contoh aje noookkkk..hi3x.

Pernahkan korang terfikirkan…yang duit simpanan kita itu dibuat apa? Adakah pihak pengurusan tabung sebagai contoh “Tabung Haji” biarkan duit seramai  8.1 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji  diam kaku di dalam ‘tabung’ itu? Adakah pengurusan seperti KWSP membiarkan duit pekerja Malaysia untuk hari tua ini…kekal dalam ‘tabung’ sehingga ke hari tua korang? Adakah pengurusan tabung ” Amanah Saham Bumiputera” membiarkan duit itu kaku di dalam tabung?

Kalau tak manakan  datangnya nilai dipanggil ‘dividen’ dihujung tahun ? Secara asasnya nilai wang yang kita simpan di dalam KWSP, ASB, Tabung Haji dan lain-lain akan dicairkan oleh pihak kerajaan untuk program pembangunan yang kita nampak dan tak nampak.

Logik asas aliran wang negara kita.

Disebabkan business model aliran tunai duit kita dalam tabung-tabung simpanan dibuat begitu, maka kita mempunyai hak untuk mempersoalkan apa yang berlaku di Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih organisasi seperti kerajaan Malaysia, maka hasil keuntungan yang diperolehi dari pelaburan akan dibayar yang kita kenali sebagai ‘dividen’ hujung tahun. Even,simpanan tetap dalam BSN juga memperolehi untung…walaupun nilainya kecil…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s