Hakak di Kaunter 1 Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya cakap cam tue..

Since pouch gua hilang.. [ Klik sini untuk usha ape barang yang hilang ] ..maka dokumen2x penting macam mykad , lesen memandu , ATM card pun dah hilang…

Hari nie dah 3 hari pouch gua hilang. Since hari nie hari senin…maka gua pun merajinkan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk buat MyKad baru. Well well well…gua agak impress kerana proses buat MyKad baru cepat gilers. Orang pun tak ramai.. selesa giler la gua buat MyKad rini. Mungkin ada korang yang tak tahu bangunan persekutuan PJ nie masih menjalankan perkhidmatan membuat kad pengenalan.Dan tarikh untuk ambil myKad, boleh ambil esok hari..best beb..

Bab bayar….gua ingatkan RM 110 …sebab gua pandang kat atas meja kaunter tue ada keratan akhbar mengatakan kena bayar RM 100 untuk kecuaian dan topup lagi RM 10 ..untuk proses myKad. Alhamdulillah…..hakak tue cakap..gua kena bayar RM 10 sahaja.hepi beb….

Hakak kaunter nombor 1 tue tanya la cammane boleh hilang sambil tengok report polis. gua cakap kat hakak tue yang nie angkara pencuri yang telah sebat pouch gua kat Taman Jaya. Nak dijadikan cerita, hakak kaunter tue pun mengiyakan kes aku nie dengan mengatakan ramai yang dah dikelepet kat situ. Untuk hari nie ….dah beberapa orang yang senasib dengan gua …datang kaunter buat IC baru..ramai yang dikelepet kat kawasan rekreasi Taman Jaya. Sebelum2x ni pun…ada yang dikelepet dengan buka tempat duduk motor….

Well well well..nampaknya pattern nasib malang nie bukan hanya terjadi disebabkan kecuaian gua.Ini sememangnya modus operandi yang memang nak rampok sesape yang parking kat situ. memang diorang dah aim awal2x.Berdasarkan dari cerita hakak kaunter nombor satu tu..macam dah banyak kes sebelum2x ini terjadi di tempat yang sama.Oh My englishh….kalau dah banyak kali berlaku…kalo ada penguatkuasaan yang bagus..dah tentu la gua tak jadi mangsa pada 14 Feb 2014 yang lepas…

Terima kasih diucapkan kepada hakak di kaunter satu tue atas keramahan beliau. Dan tak lupa juga kepada awek yang snap gambar passport yang mempercepatkan urusan gua pada hari ini.

Advertisements

One thought on “Hakak di Kaunter 1 Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya cakap cam tue..

  1. Pingback: Email Kepada Pihak Polis | Encik Pink

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s