Keselamatan Komuniti : Tindakan Bersama

Setelah gua post kat facebook gua semalam pasal isu pouch gua kena curi…ada gak yang response pasal apa yang berlaku. Input yang gua dapat dari rakan-rakan adalah kat Taman Jaya Petaling Jaya adalah memang kes jenayah berlaku kaw-kaw. Antara komen dari diorang…


Campur gak input dari kakitangan MBPJ yang jaga sewa basikal kat post area kawasan rekreasi tersebut iaitu:

Sumber gua quote dari entry sini. “Pouch gua kena curi…”

Lepas tue kisah nyonya kena rompak sampai perompak kena raba dalam tetek dan underware bawah.

Sumber gua quote dari entry sini. “Pouch gua kena curi…”

Dan kisah isteri dirompak sampai kes mati sambil dilihat oleh suami dan anak-anaknya semasa sedang joging di bukit gasing seperti yang dilaporkan oleh radio tahun lepas.

Sebelum2x ini, memang gua anggap kadar jenayah adalah rendah di kawasan PJ terutama di kawasan rekreasi Taman Jaya disebabkan landskap taman nya sentiasa dikemaskini oleh MBPJ…tersiratnya ..ada gak orang jaga… nak plak..ada post anggota MBPJ di hujung taman….belah malam..selalu gua nampak polis meronda patrol car…dan nampak anggota polis meronda naik motor dalam kawasan taman.

Oh yea.. dulu kalo tak silap….ada pos kecik diletakkan berhampiran port biasa gua parking motor. Dalam tue…ada “mak guard” lepak dalam tue…..tapi ntah mengape….tetiba post kecik tue dah takde……

Setelah gua kena rampok…nampaknya anggapan gua itu meleset…samada kaedah keselamatan yang telah dilakukan itu tidak mencukupi…atau yang melakukan jenayah itu lebih bijak dari management orang2x yang handle keselamatan dan jenayah.

Gua rasa..kalo pihak pengurusan meletakkan statistik kejadian jenayah yang berlaku dalam kawasan rekreasi situ…macam meletakkan papan tanda mengandungi statistik tahunan kejadian jenayah kat sekitar kawasan taman rasanya macam lebih memberikan “warning” kepada semua pengguna taman agar lebih berhati-hati. Kalo gua nampak papan tanda statistik sebelum2x nie,mungkin gua akan bawak sekali dompet semasa jogging sebab gua rasa macam x selamat tinggalkan pouch di motor setelah nampak statistik tersebut.

Pasang CCTV di kawasan yang dirasakan berkemungkinan berlaku port2x jenayah. Jangan lupa kasi CCTV ini berfungsi. Gua rasa..apalah sangat kos nya kalo nak dibandingkan nilai nyawa sampai ada yang telah terkorban dan tercedera. Kita harus ingat, kejayaan mencuri untuk merompak secara kecil kecilan boleh membawa lebih besar dan bahayanya kaedah mencuri dan samun. Dan gua rasa sesuailah pemasangan CCTV nie dengan status Selangor ini sebagai negeri maju yang telah sekian lama maju.

Atas kegiatan jenayah yang berlaku..sebagai penduduk bebiasa di Malaysia ini ..gua telah shoot email mencadangkan untuk menambah bilangan CCTV kepada pihak berkuasa setempat….atas tiada response dari penerima email tersebut, gua mengambil langkah meningkatkan awareness kepada public dengan menulis blog ini. Terpulanglah kepada readers samada nak baca atau tak entry ini…..

Mungkin gua akan lebih extreme lagi dalam meningkatkan awareness dengan tulis aje “warning” kat atas kertas A4, dan tempek kertas itu kat tiang2x dalam kawasan setempat. Nak harap tindakan polis sahaja…pouch aku pun boleh hilang…dalam erti kata lain..gua sebagai rakyat Malaysia harus bersama-sama membenteras jenayah.

Dan posting gua ini bukanlah untuk meraih simpati sebab pouch gua kena cilok….tetapi juga untuk mengelakkan kejadian jenayah berulang dan lebih buruk akan berlaku.

 

Advertisements

One thought on “Keselamatan Komuniti : Tindakan Bersama

  1. Pingback: Email Kepada Pihak Polis | Encik Pink

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s