Pouch gua kena curi…

Agak geram jugak lah….pouch gua kena curi semalam 14 Feb 2014…pencuri berjaya mencuri secara berpakej…mau taknya…ambil pouch, beliau berjaya menyebat :

  1. Dompet gua
  2. Handphone Nokia C2
  3.  Kunci Moto

Alkisah nak dijadikan, semalam gua pegi joging dipetang hari kat Taman Jaya Petaling Jaya. Seperti biasa ..gua park kat belah muzium MBPJ. Standard Operating Procedure gua untuk joging, gua akan tinggalkan beg pouch gua dalam box moto. Gua akan joging dengan membawa kunci box motor sahaja.Nak bawa pouch..macam terhoyang hoyang di pinggang plak sewaktu jogging..macam kaco plak. Setelah round dua, rintik2x hujan pun turun… perghh..alhamdulillah..agak lama gak hujan x turun dalam bulan Jan dan Feb 2014. Gua pun berlari2x anak menuju ke moto gua. Sampai je kat moto, gua tengok box moto gua dah terbuka pad kunci…Bila gua bukak box, memang terbaek lahh……pouch gua dah hilang.Aisyemann….soalannya…macammana aku nak balik ke rumah aku sedangkan kunci moto dalam pouch…Kesedihan gua disertai dengan hujan lebatnya….

Gua berlari2x anak pula pergi ke pondok pengurusan MBPJ yang diorang sewakan basikal kat taman tue. Gua pun beritahulah masalah gua kat brother situ… Brother tue feedback yang memang kat area taman nie banyak kes. Kes pukul bebudak sekolah lah..kes menyontot kapel lah…kes pecah cermin kereta sewaktu owner kereta tengah beriadah lah…kes hilang motor lah…termasuklah kes dompet kena cilok..macam kes aku nie…Dalam erti kata lain, kat luar je nampak aman damai taman jaya nieh…..tetapi hakikatnya…. penuh dengan seribu macam masalah….

Actually,gua agak terkejut sedikit dengan feedback dari brother tue pasal kejadian yang berlaku. Memang benar, pendapat gua terhadap taman nie….gua anggap bagus, dari aspek kebersihannya, susun atur landskapnya [ taman nie sentiasa diupgrage tanaman dan susun atur landskap..gua anggap MBPJ banyak wang untuk berbelanja hal2x tersebut ]..termasuklah dari aspek keselamatan. Gua selalu joging kat taman nie. Mungkin sebab atas faktor yang gua sebutkan tadi. Pernah sekali dua , gua nampak ex ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Hassan joging di kawasan terbabit.

Dengan kehadiran beliau dikawasan tersebut, gua anggap kawasan tersebut..keselamatan memang power kot..mungkin kehadiran beliau, anak buah diorang terasa diperhatikan..so..cargas skit la buat kerja tue bagi soal2x keselamatan.

Ex Ketua Polis yang maksudkan.

Dan..selama  setahun lebih gua joging dalam taman tue..baru gua tahu yang pondok sewa basikal MBPJ tue..boleh letak barang macam beg..wallet kat situ…siyess gua tak tahu…………..kalo ada signboard kat luar, at least bolehlah gua pegi risik2x sebelum ini kat diorang…. Dah terkena kes curi, gua pegi..baru gua tahu….

Pasal balik ke rumah….gua terpaksa la meredah hujan lebat dari taman jaya PJ tue ke sentosa jln klang lama.Ada la dalam 3.9 KM.

Malamnya gua pegi la untuk melaporkan pasal kejadian tue kat Balai Polis Petaling….

Lepas gua buat report polis, gua pegi lah usha motor gua.Alhamdulillah..moto itu masih berada di tempatnya. Sedikit risau, coz dalam pouch tue …ada kunci motor. Andaian gua, kalo pencuri tue cam tamak skit..dia kembali kat motor gua….terus dia ambil kunci dan start moto. Sedang gua usha2x moto gua bagi persediaan untuk membeli mangga baru…ada la salah sorang anggota Rela kat situ bertanya masalah… Gua rasa orang cina lebih mengambil berat bila diorang tengok aku tengok2x moto gua.

Nak dijadikan cerita lucu, anggota Rela tue boleh plak cerita pasal kes yang dia dengar..yang sorang nyonya pernah dirompak kat PJ Old Town. Nyonya tue naik basikal ..saja round2x cari kawan dia….Nyonya tue tak bawak duit,pakaian pun seluar pendek dan t-shirt sahaja…. Ntah cammane..datang 2 moto…budak melayu…tahan dia…Nyonya tue ketakutan…Salah sorang perompak tue bleh plak tak puas hati coz nyonya tue cakap tak bawak duit…..perompak tue raba dalam bra nyonya tue…lepas tue perompak tue meraba dalam seluar dalam sampai celah kangkang [sambil cina Rela tue tunjuk action perompak tue raba ke bawah seluar dia]. Selepas tak dapat apa perompak tue nak…perompak tue chow. Cina Rela tue tanya kat Nyonya tue…nampak tak nombor plate…Rupa2xnya nyonya tue tak dapat nak pikir apa2x sebab takut punya pasal…

Actually kan…pada 21 April 2013, gua pernah meng’shoot’ email kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu ke email aduan@mbpj.gov.my berkenaan meminta mereka untuk memasang CCTV.

Email yang gua hantar ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Email ini gua shoot kepada diorang atas keperihatinan gua bagi mengelakkan atau menurukan kadar kes jenayah. Gua agak simpati kepada keluarga yang isterinya mati sambil disaksikan oleh suami dan anak mereka tanpa dapat berbuat apa2x.Gua dengar dari dalam radio kes ini. Oleh itu, gua ingin memohon kepada pihak yang gua rasakan berwajib untuk at least buatlah sesuatu untuk mengelakkan kejadian ini berulang.

Tak kisahlah apa pun nawaitu gua initiate. Yang pasti, kaedah memasang CCTV ini gua rasa ok memandangkan ..at least hasil rakaman tersebut boleh membantu pegawai penyiasat membuat siasatan. Atau setidak2x nya….. dengan kamera tergantung di tiang tue…boleh membantutkan sesape nak buat jenayah pikir 2 kali….

Since email yang dari tahun lepas tak berbalas2x macam email kepada DBKL [ entry gua pasal email gua shoot ke DBKL ].. maaf gua cakap….pegawai kerajaan makan gaji buta….samada makan gaji buta…ataupun …rakyat biasa2x macam gua tak payah layan..melainkan menteri kat atas …”korang” layan dengan secepat kilat. At least yea pun…response la mengatakan sebagai contoh..”email encik akan kami bawa ke pihak pengurusan” . Ini senyap je…makan setahun la jugak tak response2x.

Akhir kata…gua mula ragui Moto Majlis Bandaraya Petaling Jaya iaitu “Mesra Cepat dan Tepat – Kualiti Keutamaan Kami” dan matlamat mereka, iaitu “Menjadi Bandaraya Terulung Dalam Penyediaan Perkhidmatan Dan Prasarana Yang Berkualiti Untuk Pelanggan”.Nak kata ..”mesra, cepat dan tepat”…email aku pun takde nak cepat langsung… Ntah prasarana yang berkualiti ape ntah yang diorang inginkan..Wallahualammm….

Advertisements

5 thoughts on “Pouch gua kena curi…

  1. Pingback: Keselamatan Komuniti | Encik Pink

  2. Pingback: Jejak Penjenayah | Encik Pink

  3. Pingback: Hakak di Kaunter 1 Jabatan Pendaftaran Negara Petaling Jaya cakap cam tue.. | Encik Pink

  4. Pingback: Buat apa nak susahkan diri..yea tak? | Encik Pink

  5. Pingback: Janji2x polis. | Encik Pink

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s